oh belog

Showing posts with label felda. Show all posts
Showing posts with label felda. Show all posts

Monday, August 15, 2011

SIAPA MAHU ANAK ANGKAT???


Haluuuuuuuuuuuuu…… serapan lengkong!!!!!
Jawab ape?? Ahaha lengkong semalam!!
Assalamualaikum

Banyak feedback yang aku terima dari entri yang lepas.aku anak felda.  Kebanyakannya tentang warga2 felda yang bersetuju dengan aku tentang betapa bertuahnya hidup di felda. Ada juga individu2 yang tidak tahu apa itu felda rasa tertarik dengan kehidupan di felda. Jadi untuk itu aku ucapkan terima kasih pada kamu2 yang sudi membelek blog sampah rojak aku ini.

Ramai yang xsuka baca entri panjang2, aku tahu. Tapi aku memang gemarkan tulisan yang panjang2 ini. Rasa seronok. Macam yang aku selalu tuliskan di sini, kalaupun tidak ada yang sudi membaca, aku anggapkan ini macam tulis diari. Ok!!

Baik kita teruskan lagi. Entri hari ini lain sikit tajuknya. Konon2 macam aku ada baby untuk diberi pada orang pula. Hahahaha. Sory, aku bukan maksudkan baby orang ok!!
bukan baby yang ini ok!!!!

haaa.... yang inilah yg aku maksudkan!!

Seperti yang aku ceritakan di entri lepas, di felda itu abah bela kambing. Seronok!!! Ok bagi yang xmembaca entri lepas, aku sertakan ‘petikannya’ di sini. Haha. Malas mahu menaip lagi.

“Kebanyakan felda bergantung pada hasil ladang getah dan kelapa sawit.  Di bukit waha ini kami2 mengusahakan ladang kelapa sawit. Bagi aku, banyak untungnya ladang sawit berbanding ladang getah. Memanglah secara relatifnya harga getah jauh lebih tinggi dari kelapa sawit. Tapi penjagaan dan pengelolaan ladang kelapa sawit itu jauh lebih mudah. Di ladang getah kau harus menoreh hari2. Baru dapat hasilnya. Kalau musim hujan, langsung xmendapat apa. Tapi di ladang sawit, penuaian hasil cuma dilakukan 2 kali sebulan. Selebihnya kau boleh duduk goyang kaki. Sebab itu ramai peneroka dari felda aku buat kerja sendiri. Ada yang bercucuk tanam, berniaga, memandu texi, bas kilang, dan lain2 lagi.

Abah aku pula memang jenis yang xreti duduk diam. Dari dulu sampai sekarang ada saja kerja yang nak dia buat. Ladang kelapa sawit memang abah jarang pergi. Sebab selalunya proses menyabit sawit itu abah upahkan pada pekerja2 indonesia.

Dulu abah ada ladang pisang. Luas. Pisang tanduk, pisang nipah, banyak abah tanam. Lepas itu kebun pisang itu abah tanamkan pula dengan nenas madu. Yang itu aku suka! Sedap!! Tapi tanam nenas leceh. Akhirnya kebun itu abah tanamkan sawit juga. Dan sekarang sudah boleh dikutip hasil tiap2 bulan.

Masa aku di sekolah rendah, abah bela lembu. Banyak. Lebih 40 ekor macamtu. Jadi akulah yang jadi mangsa kena tolong abah petang2. Kami guna pagar elektrik untuk kurung lembu2 itu. Jadinya bila kawasan itu dah kurang rumputnya, nanti selang 2 hari kami pindahkan ke kawasan baru. Penat ok kerja dok gulung wayar and angkat tiang2 tu. Belum lagi kalau lembu2 tu terlepas ke kebun orang. Rasa nak sepak2 sekor2. Tapi kadang2 seronok juga. Bila fikir2 balik, itulah pengalaman yang berharga. Berapa ramai kawan2 sebaya yang ada pengalaman sebegitu? Boleh dikira. Aku ini kira beruntung diberikan tuhan pengalaman itu. Syukur.

Lama juga abah bela lembu2 tu. Hinggalah aku di tingakatan 2 kot. Bila abah sakit teruk dan xada sesiapa nak jaga lembu2 tu. Kebetulan ladang2 kelapa sawit itu pun baru ditebang dan ditanam semula, jadi abah terpaksa jual semua lembu2 kesayangan dia tu. Abah memang sayang. Kalau boleh hari2 dia nak pindahkan pagar lembu2 tu. Takut xcukup makan. Padahal banyak lagi rumput yang belum disentuh. Agaknya kalau aku yang jaga mati kering lembu2 tu. So kami jualkan semua. Pada siapa aku xtahu. Beberapa bulan lepas tu abah dah sihat dan duduk dirumah saja. Xpun dia kekebun pisangnya.

So masa aku ditingkatan empat. Abah bela kambing pula. Dia buat kandang kambing di kebun. Kecil je. Dalam  4 meter kali 4 meter. Mula2 abah bela dalam 5-6 ekor macamtu. Buat suka2 dia kata. Buat hilang bosan. Nanti tengah hari abah lepaskan kambing2 tu ke tanah untuk cari makan. Petang abah datang halau balik kambing2 tu ke kandang. tapi diam-diam dia beli lagi dua ekor lembu pulak. Konon nak bela macam dulu2. Tapi kami adik beradik xbagi. So dia jual semula. Jadi di bela kambing sahaja.

Aku xtahu bakat apa yang specialnya ada pada abah. Sebab semua binatang yang dia bela mesti hidup sihat2 dan membiak dengan banyak. Mula2 kandang kecil itu, lepas itu kambing abah dicuri 6 ekor. So abah buat kandang baru. Lebih besar dan ditempat yang susah orang nak curi sebab di situ dekat dengan rumah orang2 indonesia ya bekerja di ladang.

Kandang baru itupun xmuat. Dan abah buat lagi satu kandang di sebelahnya. Lagi besar. Baru saja siap minggu lepas. Ternakan yang hanya untuk suka2 tu dah jadi macam serius pulak. Bermula dengan beberapa ekor, sekarang kambing2 abah dah hampir seratus lebih bilangannya. Itupun banyak yang sudah dibeli dan disembelih orang. Kalau tidak makin penuhlah jawabnya.

 Itu cerita kambing. Ayam kampung yang abah bela di rumah jgn cerita. Bersepah. Pagi2 mesti dengar mak membebel sebab nak basuh tahi2 ayam di tangga dan beranda. Hahaha. “xpe mak, raya nanti kita sembelih tu semua buat rendang!”

Ok itu cerita pasal abah. Peneroka2 lain pun banyak aktivitinya. Ada yang menanam ubi. Berekar-ekar. Perusahaan belacan, tempe.. banyaklah. Dan yang paling popular di waha memestinya tapai ubi. Kalian akan lihat berderet2 gerai2 kecil menjual tapai sepanjang jalan masuk ke felda ini. Cubalah rasa. Sedap ok!!!”

Ok teruskan lagi. ada yg minta aku uploadkan gambar2 kambing itu di sini. Jadi hujung minggu lepas aku sempat balik ke kampung. So di sini aku sertakan gambar2 kandang kambing abah untuk tatapan pembaca.


semua dah menunggu kat pintu minta aku lepaskan



ok yang tergantung tu adalah sejenis garam. aku pun xsure garam ape. tapi kambing2 ni suka jilat2 garam tu.
anak kambing ni sgt comel. dia ada kembar sekor lagi. mak dia just jaga yg sekor tu je. so ygni xdapat kasih sayang mengikut je kemana orang pergi

aku geram gilaaaaaa!!!

manja sgt. macam anak anjing pun ada ni


tengok. mengikut je mana aku pegi
yg ini miracle. selalunya kambing berank 1 je. kadang2 dua ekor. tapi yang ini anaknya empat ekor. tapi tinggal 3 sebab sekor lagi mati. semuanya hitam. bapak korang hitam ea??? hahaha

yg ini si kembar kambing kecik tadi

tengoklah mak dia pilih kasih!!!


ni kandang yg baru siap tu. tapi kat bawah dah penuh tahi. haha


yang sebelah tu kandang yang lama




Ok sudah lihat gambarnya. Aku xambil gambar di bawah  kandang itu. Penuh tahi!! Ahaha.  Cukup kau lihat haiwan2 itu saja ok!!


*owh penat*


Ok teruskan. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan benda-benda ni semua dengan tajuk entri hari ini?? Haha. ok aku nak cerita ni.


Sekarang ini, siapa-siapa yang lalu jalan di depan rumah wak marji mesti pelik. “eh wak marji bela anjing ke??”

Ahahahaha. Sekali pandang memang Nampak macam ada dua ekor anjing depan rumah aku. Abah ikatkan bawah pokok. Seekor putih, seekor tompok2 hitam. Tapi bila pandang kali kedua, “lahhh kambing rupanya”


Tambah lagi bila sebok dua ekor tu mengembek lapar susu. Xkanlah anjing bunyi embekkk embeekk pulak kan?? Haha.

So inilah anak2 angkat abah. Yang aku ceritakan  tadi itu. Ahahaha. Comel kan???


Ok mari sini aku kenalkan sekor-sekor


Yang besar ini namanya Ujang. Umur dalam 3 bulan macamtu. 


Abah bela Ujang dekat rumah sebab ibu dia dah mati masa beranak. So xde yang nak bagi dia susu. Jadi abah letak dia di rumah. Senang nak beri dia munum nanti.  Jangan tanya kenapa Ujang? Sebab aku xtahu kenapa abah bagi nama tu. Abah memang suka bagi nama dekat binatang. Tapi bukanlah semua, nak hafal nama cucu2 dia yang 15 orang tu pun kadang2 tersasul-sasul abah salah panggil. Ini pula kambing yang berpuluh ekor.

Adelah sekor dua yang abah bagi nama. Macam ujang ni. Dulu masa abah bela lembu pun ada jugak yang abah bagi nama. Contohnya macam Popo, Kancil, Bagong. Hahaha comel je!! Macam tu lah wak Marji kalau korang nak tau.


Ok yang putih ni pulak abah bagi nama Upin. Haha kartun feveret cucu2 dia. Yang ni baru dua bulan. Abah bela kat rumah sebab ibu dia xnak bagi dia susu. Kedekut! Buat anak je pandai! Hahaha



Diorang dua ekor ni minum susu 3 kali sehari. Pagi, tengah hari and petang.  Kat rumah ada doktor haiwan abah upah untuk jaga budak2 dua ekor ni. Doktor tu siapa lagi. Adik akulah si Lily itu. Hahahahaha . Dia kan pelajar UPM jurusan veterinar. So cuti 3 bulan feeling2 jadi doktor jaga kambing2 abah. Hahahaha. Pernah sekali tu si ujang kembung perut xtahu kenapa. Bulat macam nak meletup perut dia. Bulu2 pun gugur semua. So Lily bagi dia ubat ape ntah. Ubat cacing kot. Terus je ok budak sekor tu! Haha. nasib baik sihat. Kalau tak fail kau jadi doktor dik oi! haha






haha ni kes kebulur lapar susu



Yang dua ekor nilah aku boleh peluk2 cium bagai. Sebab xbusuk. Lily mandikan kadang2. Yang lain kat kebun tu. Aduh!!! Harum!!


Ada yang cakap “ha puaslah kau makan kambing!!”
Tapi aku bilang ini, bapak aku memang bela kambing. Tapi aku xreti makan kambing. Orang cakap aku jakun, rugi xmakan and apa2 lagi. Tapi aku memang xmakan kambing

Daging lembu pun aku kurang makan. Tengok pada masakannya. Kalau rendang, black pepper, sate, burger, tu memanglah aku makan. Tapi yang lain2 aku xnak. Lagi2 kalau masih fresh. Aku xminat bau daging segar. Sup tulang lagilah aku xpernah sentuh. Cakaplah sedap mana pun. Aku tak minat.

Ingat lagi awal tahun ini. Lecturer aku en Azman buat rumah terbuka. Jemput student2 semua. Dia buat kambing bakar. Entah kenapa dalam hati hari tu aku niat yang aku nak belajar makan kambing! Aku nak makan!

So aku ambil sepotong gading kecil masuk dalam pinggan. Aku belah tiga. Baca bismillah terus makan. Dua tiga kali kunyah aku loya. Xtahu kenapa tiba2 aku rasa feelingnya macam TADAH HIDUNG  AKU DEKAT BAWAH KANDANG KAMBING ABAH. Terus aku keluarkan balik daging tu. Ihsan kat sebelah tengok aku semacam. Haha. akhirnya dia yang habiskan lagi dua potong daging tu. Ye aku JAKUN! Last-last hari tu aku balik perut penuh nasi goreng saja.

Bukannya mengada-ngada. Tapi tekak ini xmahu terima. Lagi untung tak makan. Daging kambing kan mahal sekarang ni. Hehehe. Kalau kau bagi aku seafood tang itu jugak aku balun semua. Sotong sama udang itu feveret aku!!! Alamak, tetiba teringat ‘mee banjir udang’ yang selalu aku makan kat perak sana. Owh terliur pula  puasa2 ni.

Nanti balik perak aku mau balun mee banjir udang tu lagi. Banyak ok udang dia. Besar2 pulak tu!!!!!!! hahahahaha


Adus. Penat sudah menaip ni. Jadi mahu tamatkan entri ini di sini saja. Maaf kalau ada tersilap kata atau apa2. Setakat ini itu saja yang mau aku kongsikan pada pembaca. Moga kita jumpa lagi di lain2 masa ok!! Terima kasihlah pada yang sudi membaca entri ini sampai ke hujungnya. Lain kali aku ceritakan benda2 yang lain pula ok!! Wasalam!




Jangan belanja aku makan kambing: deedymyself





Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Wednesday, August 10, 2011

AKU ANAK FELDA

Aku anak felda

Haluuuuuuuuu serapan lengkongggggggg!!!!
Jawab ape? Lengkong semalam!!!
Assalamualaikum!

Sering aku ceritakan tentang masa-masa kecil aku di blog ini. Hingga mungkin ada yang sudah naik muak. Tapi bagi aku bercerita tentang itu memberi kepuasan tersendiri. Kalaupun tidak ada yang sudi membaca, aku anggap itu macam satu imbasan memori. Menggali semula kisah2 lama yang telah aku lalui hingga ke hari ini. Sebab bagi aku, masa depan seseorang itu ditentukan dari apa yang pernah dia lalui. Yang pernah dia tempuhi. Kalaupun kamu2 tak sudi membaca, xpe, aku anggap ini macam tulis diari.

Jadi hari ini aku mau menulis tentang tempat aku membesar. Tempat aku mengenal erti hidup. Tempat aku belajar membaca ‘a,b,c,elemenopi’ alif, ba, ta, 1+1=2,. Tempat bermula semua tentang aku. Kampong halaman, rumah aku, syurga aku, di felda itu.

Hidup aku mula di felda itu. FELDA BUKIT WAHA. Letaknya di kota tinggi johor. Aku xmalu nak mengaku aku orang felda. Orang kampong. Sebab memang di situ aku hidup. Perlu apa malu? Perlu apa segan? Kalaupun nak sorok-sorok,

Dalam ic kau
Dalam lesen kau
Dalam pasport semua tertera nama felda itu
Buat apa nak sorok? Buat apa nak malu?
Kau perlu bangga. Xperlu rasa terhina atau apa-apa. Ok!

Ok aku teruskan lagi. Di felda itu aku membesar. Sejak kecil baby hinggalah di tingkatan empat aku berpindah sekolah di jb. Jadi banyak yang aku sayangkan pada felda itu. Banyak yang aku rindukan tentang felda itu. Banyak.

Seringkali masyarakat felda dituding dgn pelbagai kesalahan. Terutamanya pada golongan belia2 felda seperti aku ini. Kononnya di feldalah berlakunya banyak kegiatan jenayah, merempit, anak luar nikah, atau apa2 juga. Tapi jujurnya aku tidak faham. Mereka yang menuding jari itu menuduh atas dasar apa? Aku tak nafikan di felda aku memang wujudnya perkara2 itu. Banyak. Tapi xadillah kalau semua generasi felda dituduh sedemikian. Kan??

Di kampung2 mana pun adanya jenayah. Di bandar2 pun ramai nak luar nikah. Di jalanan merata-rata mat rempit bersepah. Jadi di felda memang ada itu semua. Tapi sekarang ini di mana pun kita, situasinya sama sahaja. Kau ke kampung, pekan, bandar, ceruk mana pun. Rakyat malaysia ini dah jadikan itu semua macam budaya.

Dah xlarat nak maki mat2 rempit yg berdesup memekak sini sana
Dah kering air mata menangisi bayi2 yg ajalnya dalam longkang, tong sampah atau di mana-mana
Dah naik jemu kes rompakan, korupsi atau apa2 saja

Selagi bukan anak sendiri mati dilanggar mat rempit
Selagi bukan saudara sendiri yang dirogol hingga ‘buncit’
Selagi bukan rumah sendiri  yg dirompat wang ringgit
Selagi itulah kita diam. Kalaupun ada, cuma kesedaran yang sesaat cuma. Manusia kan memang begitu.

Jadi sekali lagi aku nyatakan. Kami generasi felda memang ada segelintir yang terlibat dengan itu semua. Tapi xadil kalau dikatakan kami ini punca. Sebabnya aku boleh lihat ramai kawan2 aku dari felda itu yang berjaya. Banyak juga generasi2 felda yang berjawatan sini sana. Untuk itu aku tak pernah malu mengaku aku anak felda. Aku bangga!

Ok kita tinggalkan isu itu

Teruskan lagi. Kalau engkau tanyakan aku tentang perkara apakah yang paling aku suka tentang felda itu, aku akan katakan semuanya. Kalaupun ada yg aku xsuka, mungkin cuma segelintir rakan2 yang gemar mengejek2 aku waktu kecil. Tapi bila dah besar2 ni baik2 saja. Ataupun segelintir orang2 yang tak mahu bercampur. Dan xlupa bunyi memekak warung karaoke seberang jalan rumah aku. Mujur dah tutup. Kalau tidak berdosa aku tiap2 malam mengutuk yg itu suara sumbang, yang ini suara tersepit. Haha.tapi yang lainnya aku suka! Sangat suka!!

Pemandangannya
Bunyinya
Masyarakatnya
Kedai2 dan pasar malamnya
Kenduri kendara
Sekolahnya
Simpang 3 tempat aku tertonggeng  berdarah luka
Pokok rambutan yg kami panjat2 konon itu robot power rangers nak lawan raksasa
Padang awam tempat aku ngan kawan2 berjoget2 waktu konvokesyen tadika
Tanah lapang depan rumah tempat berkejar2 yg kini dah dibina dewan serbaguna
Paya2 di kebun2 sawit tempat berkubang mandi manda
Lembu,kambing dan ayam2 kampung yang dulu selalu aku laga-laga (serius jahat gila)
Makcik2 berkumpul ramai2 mengumpat mengata (haha terpengaruh juga)
Pelepah2 anak pokok sawit yg dibuat joran nak pancing haruan dan pelaga
Cikgu2 yang baik dan garang pun ada
Pokok2 durian yang aku kutip buahnya pagi2 buta
Semak samun tempat main sorok2 dengan jiran2 tetangga
Semua
Semuanya aku suka!!
Kalau aku terus menulis tentang itu, nanti penuh berjela-jela.
Jadi cukup aku bilang semuanya.

Masyarakat di felda ini Unik. Baik hati. Sungguhpun terkadang ada juga berselisih sana sini. Hujungnya nanti pasti berbaik lagi. Kalaupun tidak, biar benci sampai mati. Yg itu aku xboleh nak komen apa2. Pilihan masing2 kan.

Kalau ada kenduri kendara. Ramai yang datang menolong. Dari sekecil2 majlis bacaan yaasin, hinggalah kenduri perkahwinan segala. Semuanya lancar dengan gotong royong. Basuh pinggan mangkuk, potong daging dan ayam, melayan tetamu, masak memasak. Semuanya bergotong royong. Kalaupun dibuat secara catering atau sendiri2, rasa ‘kendui’ or ‘majlis’ itu bagai xlengkap. Xpunya nyawa. Ingat lagi kenduri kahwin kak iza abah beli ‘ayam segera’ yang ‘tinggal goreng’ itu saja. Bising pakcik2 tu kata ‘rewang’ xde kerja. Ingat nak memudahkah mereka, tapi jadi masalah pula. Jadi di majlis kak nani abah beli ayam2 segar macam biasa. Maka me’rewang’lah semua potong ayam potong daging segala.

Di majlis ‘rewang’ itulah nanti kau lihat makcik2 melatah sampai pitam2 segala. Di situlah nanti kau lihat pakcik2  ketawa berdekah2 bergurau sesama mereka. Anak2 kecil main kejar2 merata-rata. Silaturrahim yang erat. Hubungan masyarakat yang kuat.itu yg buat aku bangga dengan felda. Buat aku seronok jadi anak felda.

Keluarga aku sudah 6 kali buat kenduri perkahwinan untuk abang2 dan kakak2 aku. Dari kak long sampai kak nani. Semuanya dibuat di sini. Dengan gotong-royong rewang semua. Nanti beberapa hari sebelum majlis, rumah kau akan jadi macam pusat pengumpulan bantuan makanan untuk mangsa-mangsa banjir. Kenapa aku bilang begitu?

Kejap2 cik midah datang bawak satu guni bawang
Cik musa datang bagi berpapan-papan telur
Malam, Cik ani zawi bawak bertelap-telap kerepek pisang
Gula, tepung, kek baulu, semua ada.
Semuanya menghulur. Nanti tiba giliran mereka2 itu buat kenduri, mak dan abah akan hantar benda2 begitu juga.
Saling balas membalas bantuan. Indah sungguh! Cantik saja  pusingannya. Sekali lagi aku bangga jadi anak felda.

Kalau ada majlis2 besar seperti maulidurrasul, perayaan sambutan kemerdekaan atau sebagainya, semua itupun hasil gotong royong semua. Kalaupun ada kematian atau sebagainya, pasti ramai yang datang melawat bantu sini sana.

 Aku bukannya mahu mengangkat darjat atau mahu menjulang kelangit betapa hebatnya hidup masyarakat felda. Tapi cukuplah sekadar para pembaca dapat melihat betapa kami2 ini hidup dalam perpaduan dan kesepakatan bersama. Hidup dalam kesepaduan antara golongan tua dan belia. Itu sudah cukup. Kami bukannya sempurna. Sebab dicelah2 itu terkadang terselit juga pertelingkahan. Di celah2 itu juga terkadang tercemar dgn kes2 jenayah, anak luar nikah  dan rempit2 jalanan. Macam yang aku bilang di awal-awal tadi.

*patah2kan jari. Lenguh*

Ok sambung. Yang tadi itu cerita tentang masyarakatnya. Sekarang aku mahu fokuskan pada benda2 lain pula. Aku mau bercerita tentang perkembangan ekonomi dan pembangunan infrastrukturnya.

Abah masuk ke felda di awal tahun 80an. Waktu itu aku masih belum lahir. Xtahu pun keadaannya waktu itu. Yang aku tahu rumah yang disediakan untuk setiap keluarga adalah rumah kayu yang sederhana saiznya. Aku pun xtahu bagaimana rupa. Air dan elektrik masih belum ada. Cuma ada perkampungan dan ladang kelapa sawit yang masih kecil2 pokoknya. Yg lain masih hutan agaknya.

Aku ingat lagi bagaimana waktu aku ditemuduga untuk masuk ke uitm dalam bidang architecture 4 tahun lepas. Aku ditanyakan tentang ciri2 senibina rumah kayu di felda. Aku ternganga. Aku lupa. Xtahu nak jawab apa. Sebabnya cuma beberapa tahun aku duduk di rumah itu. Itupun sudah abah tambah depan dan belakang. Seusia 4 tahun aku abah sudah buat rumah baru. Begitu juga rumah2 orang2 yang lain. Semuanya sudah berganti rumah batu. Besar2. Cantik2 semua. Jadi aku cuma bilang pada orang itu tentang rumah itu cuma ada dua bilik, dibina guna kayu, kebanyakannya sudah bertambah sana sini. Selebihnya aku mengalih cerita kepada aktiviti2 masyarakat felda. Hahah syukur aku terpilih dalam sesi temuduga itu. Mungkin dia tertarik pada cerita ‘rewang’ aku barangkali. Hehe

Seingat aku, di waktu kecil2 aku di felda itu sudah ada bekalan air paip dan elektrik ke rumah2. Jalan raya pun kebanyakannya sudah berturap. Bukan lagi jalan tanah merah. Xpasti aku tentang tahun bila semua itu dimasukkan. Sebab waktu itu semua sudah ada. Tapi memanglah kualiti bekalan itu terkadang xmemuaskan. Sekejap ada air, sekejap tak ada. Pantang hujan lebat nanti blackout. Tapi setidaknya ada. Sudah memadai.

Ingat lagi dulu-dulu waktu bekalan air putus. Tak kiralah musim kemarau atau apa2. Pemandangan yang kau akan lihat ialah semua rumah di felda itu akan bertimbun segala periuk2 belanga, besen, baldi, tong2 air diletak di depan rumah. Itu bukannya pertandingan ‘periuk siapa paling berkilat’ atau ‘rumah siapa paling banyak besen’ bukan!. Periuk dan besen2 itu untuk diisi air. Sebab nanti berderet2 lori SAJ (syarikat air johor) masuk ke felda tu dan mengisi segala besen2 itu. Setidaknya cukuplah bekalan air sehingga nanti perkhidmatan bekalan air berjalan semula. Sebab itu kau akan lihat di setiap rumah di felda itu pasti ada kolah2 besar tempat simpanan air jika waktu2 terdesak itu tiba. Di rumah aku saja ada 3. Satu di bilik air, dua di belakang rumah tempat aku campak anak2 ayam yang akan berenang macam anak itik atas air itu (dulu kecik2 nakal gila. Haha)

Ok itu tentang kemudahan asas. Cukup sampai disitu. Beralih pula pada kemudahan2 lain yang telah disediakan di felda ini. Memanglah tidak secanggih yg diluar2 sana. Tapi setidaknya ada. Contohnya
·         Surau (tempat aku belajar mengaji dgn ustaz wahid)

·         Masjid


·         Perpustakaan awam (tempat melepak petang2 dgn kawan2. Dulu kak rahemah yang jaga, sekarang xsure siapa)

·         Dewan sebaguna (baru beberapa tahun dibina di tanah lapang depan rumah aku. Tempat aku main kejar2 dulu)


·         Dewan jkkr

·         Gelanggang sukan


·         Padang bola (kami xperlukan stadium. Padang bola itu kelilingnya tebing tinggi. Jadi tebing2 itulah nanti tempat kami duduk memekik segala. Tapi maaf, kami xmain mercun atau laser. Itu main tipu dan perbuatan hina)

·         Bangunan GPW (yang ni khusus untuk persatuan wanita. Tempat mak aku belajar menjahit, buat kek, dengar kuliah agama dan apa2)


·         Pejabat felda

·         Sekolah tadika (tempat aku belajar nyanyi “ABCDEFG,HIJK..ELEMENOPI”)

·         Sekolah kebangsaan


·         Sekolah agama

·         Sekolah menengah

Banyak lagilah. Bagi sesetengah orang benda2 di atas ini tiada yang perlu dibanggakan. Tapi bagi aku itu suatu pencapaian. Pencapaian yang diperoleh masyarakat felda itu selama hampir 30 tahun membangunkannya bersama. Sebenarnya sudah 2 kali felda itu mendapat tempat KEDUA dalam pertandingan keceriaan felda. Mendapat tempat kedua sebagai felda yang paling ceria dari seluruh felda yang ada di malaysia. Jadi aku bangga sebagai warga felda bukit waha. Walau belum ada rezeki nak dapat tempat pertama. Setidaknya tempat kedua itu pun sudah cukup membanggakan. “makcik2! Pakcik2! Kawan2! Terus jaga keceriaan felda kita ok!!!!!!!!” haha exited tiba-tiba

Ok kat sini aku sertakan gambar2 di sekitar felda bukit waha terchenta. Setidaknya untuk pembaca dapat melihat dan merasai suasana atau keadaan di sana. Ok!!




ok yg ini papan tanda di blok aku. blok 07 tercinta

buah tandan sawit is our mata pencarian. so itu sesuatu yang kami banggakan di sini


ini sekolah rendah aku

yang ini jalan masuk ke sekolah

pintu masuk utama. korang boleh lihat replika ubi kayu di situ. salah satu produk kebanggaan kami juga

inilah surau bukit waha. tempat aku belajar mengaji dulu2

yg ini gerai cendol en said. yg dibelakang itu rumah aku. kat sinilah tempat aku tertonggeng yg aku ceritakan tadi itu

cantik kan????





Sudah lihat gambar2nya? Huh, banyak pula aku menulis hari ini. Mungkin sebab aku benar2 mau tunjukkan pada kalian betapa aku sayang felda. betapa aku suka duduk felda. FELDA BUKIT WAHA.

Ok sekarang beralih pada kegiatan ekonomi. Kebanyakan felda bergantung pada hasil ladang getah dan kelapa sawit.  Di bukit waha ini kami2 mengusahakan ladang kelapa sawit. Bagi aku, banyak untungnya ladang sawit berbanding ladang getah. Memanglah secara relatifnya harga getah jauh lebih tinggi dari kelapa sawit. Tapi penjagaan dan pengelolaan ladang kelapa sawit itu jauh lebih mudah. Di ladang getah kau harus menoreh hari2. Baru dapat hasilnya. Kalau musim hujan, langsung xmendapat apa. Tapi di ladang sawit, penuaian hasil cuma dilakukan 2 kali sebulan. Selebihnya kau boleh duduk goyang kaki. Sebab itu ramai peneroka dari felda aku buat kerja sendiri. Ada yang bercucuk tanam, berniaga, memandu texi, bas kilang, dan lain2 lagi.

Abah aku pula memang jenis yang xreti duduk diam. Dari dulu sampai sekarang ada saja kerja yang nak dia buat. Ladang kelapa sawit memang abah jarang pergi. Sebab selalunya proses menyabit sawit itu abah upahkan pada pekerja2 indonesia.

 Dulu abah ada ladang pisang. Luas. Pisang tanduk, pisang nipah, banyak abah tanam. Lepas itu kebun pisang itu abah tanamkan pula dengan nenas madu. Yang itu aku suka! Sedap!! Tapi tanam nenas leceh. Akhirnya kebun itu abah tanamkan sawit juga. Dan sekarang sudah boleh dikutip hasil tiap2 bulan.

 Dulu masa aku di sekolah rendah, abah bela lembu. Banyak. Lebih 40 ekor macamtu. Jadi akulah yang jadi mangsa kena tolong abah petang2. Kami guna pagar elektrik untuk kurung lembu2 itu. Jadinya bila kawasan itu dah kurang rumputnya, nanti selang 2 hari kami pindahkan ke kawasan baru. Penat ok kerja dok gulung wayar and angkat tiang2 tu. Belum lagi kalau lembu2 tu terlepas ke kebun orang. Rasa nak sepak2 sekor2. Tapi kadang2 seronok juga. Bila fikir2 balik, itulah pengalaman yang berharga. Berapa ramai kawan2 sebaya yang ada pengalaman sebegitu? Boleh dikira. Aku ini kira beruntung diberikan tuhan pengalaman itu. Syukur.

Lama juga abah bela lembu2 tu. Hinggalah aku di tingakatan 2 kot. Bila abah sakit teruk dan xada sesiapa nak jaga lembu2 tu. Kebetulan ladang2 kelapa sawit itu pun baru ditebang dan ditanam semula, jadi abah terpaksa jual semua lembu2 kesayangan dia tu. Abah memang sayang. Kalau boleh hari2 dia nak pindahkan pagar lembu2 tu. Takut xcukup makan. Padahal banyak lagi rumput yang belum disentuh. Agaknya kalau aku yang jaga mati kering lembu2 tu. So kami jualkan semua. Pada siapa aku xtahu. Beberapa bulan lepas tu abah dah sihat dan duduk dirumah saja. Xpun dia kekebun pisangnya.

So masa aku ditingkatan empat. Abah bela kambing pula. Dia buat kandang kambing di kebun. Kecil je. Dalam  4 meter kali 4 meter. Mula2 abah bela dalam 5-6 ekor macamtu. Buat suka2 dia kata. Buat hilang bosan. Nanti tengah hari abah lepaskan kambing2 tu ke tanah untuk cari makan. Petang abah datang halau balik kambing2 tu ke kandang. tapi diam-diam dia beli lagi dua ekor lembu pulak. Konon nak bela macam dulu2. Tapi kami adik beradik xbagi. So dia jual semula. Jadi di bela kambing sahaja.

Aku xtahu bakat apa yang specialnya ada pada abah. Sebab semua binatang yang dia bela mesti hidup sihat2 dan membiak dengan banyak. Mula2 kandang kecil itu, lepas itu kambing abah dicuri 6 ekor. So abah buat kandang baru. Lebih besar dan ditempat yang susah orang nak curi sebab di situ dekat dengan rumah orang2 indonesia ya bekerja di ladang.

Kandang baru itupun xmuat. Dan abah buat lagi satu kandang di sebelahnya. Lagi besar. Baru saja siap minggu lepas. Ternakan yang hanya untuk suka2 tu dah jadi macam serius pulak. Bermula dengan beberapa ekor, sekarang kambing2 abah dah hampir seratus lebih bilangannya. Itupun banyak yang sudah dibeli dan disembelih orang. Kalau tidak makin penuhlah jawabnya.

 Itu cerita kambing. Ayam kampung yang abah bela di rumah jgn cerita. Bersepah. Pagi2 mesti dengar mak membebel sebab nak basuh tahi2 ayam di tangga dan beranda. Hahaha. “xpe mak, raya nanti kita sembelih tu semua buat rendang!”

Ok itu cerita pasal abah. Peneroka2 lain pun banyak aktivitinya. Ada yang menanam ubi. Berekar-ekar. Perusahaan belacan, tempe.. banyaklah. Dan yang paling popular di waha memestinya tapai ubi. Kalian akan lihat berderet2 gerai2 kecil menjual tapai sepanjang jalan masuk ke felda ini. Cubalah rasa. Sedap ok!!!

*tarik nafas dalam* owh banyaknya aku menulis hari ini

Ok sambung sikit lagi. Dari segi pendidikan, kami anak2 felda ini beruntung. Untuk peperiksaan seperti upsr,pmr,spm dan stpm, pasti nanti diadakan kelas2 tambahan di sekolah atas tajaan felda. Siapa xpergi itu rugi. Ilmu free. Xperlu nak ke kelas tambahan yang yurannya mahal2 di bandar. Di sini sudah cukup. Jadi pada yang tahu menghargai. Kelas itu pasti akan dihadiri dengan penuh minat nak belajar dalam hati. Yang xmahu pergi itu, mereka sendiri yang rugi.

Untuk lepasan sekolah pula, bagi yang kurang berkelayakan untuk diterima di universiti2 awam atau swasta, felda juga menyediakan pusat latihan kemahiran untuk warga felda yang berminat. Macam2 ada. Menjahit, memasak, permotoran dan banyak lagi kursus2 disediakan. Itupun secara percuma. Yang tinggal hanyalah niat dan keazaman untuk belajar. Jadi untuk belia2 felda ini khususnya, kesempatan yang ada itu harus kita ambil. Sebabnya xramai yang di luar sana itu bertuah macam kita. Disediakan itu dan ini. Jadi kalau ada kesempatan dan kemahuan, kenapa tidak kita mempertingkatkan diri dengan ilmu2 itu kan???? (haha terasa macam pak menteri pulak)
*gosok2 mata*

Ok jujurnya sekarang aku sudah penat mahu menaip. Banyak lagi yang mahu aku ceritakan sebenarnya. Cuma xlarat. Puasalah katakan. Hahaha. Ok so secara konklusinya, aku simpulkan di sini yang aku bangga jadi warga felda. Aku suka dan aku xmalu nak mengaku yang aku anak felda. Harap kawan2 aku pun begitu. Harap mereka2 itu xpernah lupa tanah tempat mereka membesar mengenal ertiya hidup.

Dan pada kalian2 yang bukan datangnya dari felda, aku harap entri ini sedikit sebanyak mengajar dan memberi maklumat pada anda tentang apa itu felda. Tentang masyarakatnya, tentang cara hidupnya. Walaupun cuma sedikit yang aku kongsikan di sini. Harap2 perkongsian ini memberi makna. Membuka mata anda2 tentang felda.

Siapa tak punya kampung itu rugi. Xtahu nikmatnya berkubang lumpur dan menuba si keli. Aku mahu berhenti menaip disini. Penat sudah jari jemari. Nanti2 aku membebel lagi. Bercerita pasal felda ini, rindu pula pada rumah aku. (ceh padahal baru minggu lepas aku balik). So di sini aku selitkan gambar2 di sekitar rumah aku untuk kalian lihat. Semoiga berjumpa lagi. Wasalam.

ok inilah dia rumah wak marji!!


ok yg ni kerja aku. haha

orkid feveret mak


sihat pulak pokok terung ni. mak memang suka tanam2 ni


buah mata kucing

nangka feveret kak nani

korang tau apa buah ni??? ni durian belanda

nak???? datang rumah! hahaha. tapi baru je habis musim


ni pokok manggis feveret aku


 ok itu saja gambarnya. dlam rumah xboleh tengok. rahsia! hahaha. ok bye!


Aku anak felda: deedymyself




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com