oh belog

Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

KOSONG

haluuuuu serapan lengkong!!!

lama xmenulis di sini
jadual aku berterabur sekarang ni
byk sgt benda nak kena fikir

xtahulah kalau ada yang perasan
tapi kebelakangan ni aku dah jarang buat lagu
kalaupun ada, cuma lagu2 kpop yang aku 'melayukan' tu

jujur, sebenarnya aku tengah kosong
otak and jiwa aku kosong

sebabnya, aku akan tulis lagu kalau hati aku benar2 rasa apa yang aku nak tulis
kalau perasaan aku betul2 rasa apa aku nak jadikan baris-baris
lagu2 gelak tawa atau serak nangis.

lagu2 kpop tu... jujurnya aku tulis liriknya dari translation lagu tersebut
kalaupun bukan direct translation, aku tuliskan ikut jalan cerita lagu tersebut

jadi jgn salah sangka
lagu2 tu bukan dari dalam aku
bukan

lagu2 tu cerita pasal rindu
itu bukan rasa aku

lagu2 itu cerita pasal benci
itu bukan aku punya hati

lagu2 itu cerita pasal cinta
aku kosong xda apa2

jadi natijahnya,, jangan salah sangka


aku tau ada yang rasa jelak dengan post2 vid itu di fb
tapi macam aku bilang dulu2,
aku rasa aku xganggu orang lain dah cukup

memang dulu aku bodoh
ikut sgt kehendak orang
video2 yang awal2 aku upload di fb semua aku buang
sebab malu orang kata aku poyo perasan segala

tapi dengar
sekarang aku dah kosong
cakaplah apa saja
aku kosong!



kau nak isi???? : deedymarji
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Thursday, April 5, 2012

to my little dongsaeng

yes its hard
i know
jeongmal minhae!!

aku pernah bilang dulu
yang semua kawan2 perempuan aku, aku anggapkan sebagai adik dan kakak
aku selesa begitu
xramai malah cuma beberapa yang bisa tembus status 'adik akak' itu
namun aku terlalu bodoh dulu untuk berterus terang

ye mungkin aku kejam buat kamu begitu
tapi pleaseeeee... aku cukup rasa bersalah buat 'adik kakak' aku sakit hati
buat 'adik kakak' aku benci aku

kenapa mesti lari
itu buat aku tambah bersalah
xboleh ke kalau terus jadi 'adik kakak' aku?
sebab aku mahu yang macam dulu-dulu

jeongmal minhae!!!!!!!!!!!!!!!!
jaebal!! aku cukup rasa bersalah sekarang ini


please forgive me!!




my cute little dongsaeng: DeedyMarji
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Sunday, January 15, 2012

status pilihan 2011

haluuuu
serapan lengkong!!!
diam x diam dah 16 january
maksudnya dah 16 hari masuk tahun baru

makin tua dah rasanya
kena cari bakal isteri cepat2 ni!!!
hahaha sengal

ok sebenarnya aku baru try satu application kat fb yang mana kita boleh tengok balik status2 fb kita sepanjang tahun

ok bila tengok hasilnya..... mmg banyak!!! dah boleh buat novel dah aku! lol

ok kat sini just nak kongsikan beberapa status yg aku tulis sepanjang tahun lepas
status2 yang aku rasa sesuailah untuk diletakkan kat sini

kalau ada yang perasan aku mmg suka tulis status panjang2 dgn ayat pelik2 sikit
aku mmg suka menulis
xkesahlah apa orang nak kata
so kita mulakan status pertama



'belsalji di kuala lumpur' 'kekanda adinda' 'hantu kak limah balik rumah' '150 juta' 'kalau berpacaran' hmmmm selera rakyat malaysia makin berubah. lepas ni apa pulak yang keluar?? kebaya merah mak kiah???? or kangkung belacan jenab meletops!! hahahaha


seronoknya kau makan xhengat dunia, tapi badan still kering macam lidi. ada yang jaga makan setengah seksa, tapi still gedabak ala ala gergasi. dimanakah keadilan????


berhentilah, berhenti takut untuk dicaci maki, berhenti takut untuk dibenci, berhenti risau diperbanding,kerna ilmu tidak pernah tentang siapa terbagus, terhebat, tersohor terpingat, ilmu adalah bila untungnya setara didapat


belajarlah untuk menerima 'perli'an kerna si penutur itu tidak ada secebis langsung niat untuk memuji apatah lagi untuk menjulang engkau setinggi langit


berapa ramai yang kau bisa bilang teman? yang tahu makanan kegemaran, yang tahu kau sedang menangis dalam senyuman


bernafas tanda ada nyawa, menagis tanda ada jiwa


kaki ini tidak pernah layak untuk menyarung sepatumu. tapi andai kau bisa melangkah sekaki cuma bila menyarung sepatuku, akan aku tunduk kepadamu tanpa ragu


bila orang kata hidup itu macam roda, aku bilang hidup itu umpama dadu. berani lempar, berani tanggung


terlalu percaya pada kudrat diri sehingga lupa yang aku xbisa berdiri


disetiapnya punya kelemahan, kerna itu memang sifatnya manusia. siapalah kita2 ini untuk terlalu mengejar kesempurnaan, kerna kesempurnaan itu hanya milik tuhan


orang yang arif tentang hukum tidak seharusnya hanya tahu menghukum. menilai dan mengadili itu penting sebelum sesuatu itu ditentukan betul salahnya. main sembur tanpa usul periksa buat kau seperti xpunya tamadun. xsemua orang buta hukum, dan yang celik pun terkadang terpejam juga akhirnya


tangan kanan disarung intan permata, yang kiri untuk angkat batu bata


hidup itu indah walaupun terkadang nyata berat sebelah.senyumlah hari2 walau apapun bersarang dalam hati. sebab dengan senyum kita happy. sebab dengan senyum kita suka hati. sebab dengan senyum kita susah nak moody


sesat. terus berjalan. sesat. terus berjuang. nanti pasti ada jalan pulang. percaya itu!


its better to say ou hate something rather than pretend to like it


handphone adalah gatget yang boleh dipura-pura tekan, dan dipura-pura dial apabila situasi2 yang awkward terjadi


adakalanya menjadi cahaya yang terlalu terang itu membinasakan diri. nanti empunya kedai2 lampu akan sabotaj hidup kau sampai kau mati


jangan sesekali segan untuk bilang "saya tidak tahu" bila mau diajarkan sesuatu. ego kalau dibawa kepasar, beli gula2 pun xlaku


musibah itu bukan masalah, musibah itu hikmah


sebaik apepun kita, pasti ada yang benci
sejahat apapun kita pasti ada yang sayang dalam hati
manusia lumrahnya sebegitu, jadi beringatlah
setiap dari kita ini ada si pemerhati
ditingginya kita ada yang memuji
dijatuhnya nanti pun pasti ada yang simpati


tuhan jadikan kita berbeza
setiap kita ini diberikan jalan berbeza untuk kita tempuh
ada yang lurus cantik jalannya
ada yang bersimpang siur selekoh tajam segala
ada juga yang tersesat2 jalan xjumpa
tapi tuhan itu maha adil
bila kirurangkan kita di situ, dilebihkannya pula di sini
maka bersyukurlah


plagiarism itu keji
engkau akan sangat terasa bila yang dicopy itu adalah hasil engkau sendiri
jadinya aku pun akan beringat2 di sini
beringat untuk tidak mengulangi itu lagi
kerna hakikatnya tiada apa yang perlu dibanggakan dengan yang bukan hak milik sendiri


beruntunglah pada insan yang mampu menjaja 'i love you' merata sana sini
kerna ada diantara kita yang cuma mampu sebutkan itu dalam hati
sikap percaya diri itu penting, tapi rasa rendah diri dan sedar diri itu pun harus seiring
agar tidaklah nanti digelarnya kita2 ini playboy tahi kucing


terkadang kita menangis bila mendengar lagu
itu bukan mengada ada
itu bukan gila
tapi itu jiwa


setiap orang punyai hak untuk percaya apa yang dia mahu percaya. 
kalaupun salah, perlu apa kita2 ini mem'bodohbangang'kannya di depan orang. dakwah yang berkesan adalah dengan hikmah. bukannya dengan kejian dan sumpah seranah


im a muslim first
and im a malay second
and that doesn't make me less malaysian


aku jumpa ramai insan yang tersenyum tapi menangis di hatinya.
tiada siapa sudi memujuk, tiada siapa sudi simpati
mereka2 ini adalah insan paling tabah dalam dunia
kerna xsemua masalah boleh dijaja merata
dan xsemua insan ikhlas mendengar walau sekejep cuma


sahabat sejati itu harta
dijatuhnya engkau dia terima
dibagusnya engkau dia bangga


kita selalu saja mempersoal takdir kehidupan
bila hakikatnya tuhan punya sebab untuk setiap yang ditentukan
bila hakikatnya ada hikmah untuk setiap ujian


hidup itu adalah sesuatu tentang percaya
sihat itu kurnia
sakit itu hikmahnya
cinta itu terima
dan mati pula adalah tentang sedia


orang kalau dah benci, buatlah baik macammana pun kita tetap kena maki
tapi orang kalau dah jatuh hati,seranap apapun engkau, dia akan sanggup jadi teman sampai mati


bila keihlasan itu diibaratkan bagai semut hitam, di atas batu hitam di malam gelita,
ketidakikhlasan pula terkadang boleh jadi sejelas klcc di tengah sahara


orang yang pentingkan diri sendiri itu jauh lebih baik dari orang yang xpentingkan apapun dalam hidup


usah dipandang rendah latar belakangnya seseorang
usah diperlekeh darjat keturunan seseorang
hargailah manusia itu dari hatinya, dari jiwanya
kerna dicelah kotoran lumpur itu teratai berbunga
kerna dibalik tajamnya durian itu, lemak berkrim isinya


tiada apapun yang tinggal dari yang 'gempak' bila 'bongkak'
menunduklah si resmi padi
janganlah pula melalang tinggi


semua insan diciptakan cantik
tinggal dipilih yang mana hatinya baik


tak semua yang tersenyum itu gembira hatinya
sebab dibalik senyum itu mungkin tersimpan pelbagai duka
tak semua yang tersedu itu bersedih hantinya
kerna ada antara kita yang bergenang airmata hanya sekadar untuk mengada-ada


ok itu saja setakat ini. penat sudah bye!!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Wednesday, January 11, 2012

OMBAK RINDU ost_cover



asyik2 nak memekak je kan mulut neh!!
maap le jiran sebelah
aku dah try buat bilik ni jadi se'soundproof' yg mungkin!
harap2 diorang xkesah

bila semua org cakap pasal ombak rindu, mula2 aku cam pelik
best sgt ke cite tu??
bila semua org g panggung, aku pun cam teringin nak tengok gak
tapi waktu tu tengah busy ngan assignment

so baru2 ni lepas filem tu terlepas kat utube barulah berpeluang tengok
bestlah jugak
sedih pun ada
tapi xdelah sampai menitis air mata pun

tapi apepun aku suka lagu dia
yg hafiz ngan adira nyanyi tu
soo ni percubaan aku untuk wat cover
maap le xfamiliar sgt ngan lagu ni
so main hentam2 ikut cara sendiri



Intro: Am Dm G C Dm F Dm E

     Am                     Dm

Tuhan tolong lembutkan hati dia

G              C

Untuk terima ku seadanya

 Dm

Kerna ku tak sanggup

 F

Kerna ku tak mampu

Dm                     E

Hidup tanpa dia di sisi ku

  Am                      Dm

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

G                    C

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Dm               F

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Dm               E

Pintu hatinya tuk cintaku


Am              Dm

Malam kau bawalah rinduku

   G               C

Untuk dirinya yang jauh dari ku

A              Dm

Agar dia tidak kesepian

B7             E

Selalu rasa ada cinta agung

 
Am             Dm

Hujan bawa air mata ku

     G                C

Yang mengalir membasuh luka ku

A               Dm

Agar dia tahu ku terseksa

B7               E

Tanpa cinta dia di hatiku

F           E

Hanya mampu berserah

F       E        Am

Moga cahaya di penanti




ombak rindu: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Tuesday, January 10, 2012

ARTIS KPOP PLASTIK?????

hola!!!
serapan lengkong!!!!!!

aku tengah bosan sebenarnya. lusa nak exam tapi mmg xde mood langsung nak study
lagipun dah lama gila xmembebel kat sini. kalaupun ada cuma memekak2 dgn gitar

sooo topik hari ini adalah... artis kpop plastik????

ok ok.
ramai yg tanya apsal aku minat sgt ngan kpop
and ramai jugak yg perli2 aku poyo konon2 korea
tapi aku xpernah kisah pon.
muzik tu universal kan. kau nak bergoyang gerudi nyanyi lagu inul pun aku xde masalah
nasyid, rock, indie, balada, r&b itu semua muzik
and aku percaya setiap orang ada citarasa sendiri, ada selera sendiri
and kebelakangan ni ramai sgt yg sibuk nak perjuangkan 'kebebasan'
so apa salahnya bebas nak bermuzik kan?? selagi xhanyut, selagi xlalai, masih ok

aku pernah jumpa makcik goreng pisang nyanyi lagu awie sambil bancuh tepung
and aku penah nak pecah perut tahan gelak bila ada abg rockers kedai makan pakai ringtone ramlah ram
muzik xsalah
cuma manusia je yg selalu buat salah

ok jujur dulu waktu mula2 kenal dengan yg namanya kpop aku xsuka
sebab aku kata diorang ni semua cuma jual muka
tapi betul pepatah kata 'xkenal maka xcinta'

tapi lepas aku dengar muzik diorang
aku baca kisah perjuangan diorang
aku tonton drama diorang, performance diorang
aku terus jatuh hati
aku kagum

sebabnya diorang berbakat
kalaupun tidak, kita boleh lihat betapa diorang berusaha sampai setanding dengan artis2 luar

cakap pasal bakat, mmglah xsemua boleh menyanyi dengan baik
dalam ramai2 satu kumpulan tu, maybe 2-3 org je yg meletup suara
tapi unfair lah kalau nak cakap mereka xde bakat
sebabnya tahu menari tu bakat
pandai rapping pun bakat
jadi pak lawak je pun kira bakat jugak
diorang saling melengkapi

ok sebenarnya aku macam dah lari tajuk ni
terus ke topik hari ni 'plastik'

aku xnafikan memang ada dikalangan mereka yg buat plastic surgery
buat mata, hidung, serba serbi
tapi xadillah kalau kita nak tuduh semua sekali kan

ok dekat bawah ni aku sediakan gambar2 beberapa kpop idol sebelum dan selepas jadi artis
tengok ok!!

GIKWANG_BEAST


ni gambar di sebelum jadi artis

selepas jadi artis. nampak beza??

NICOLE_KARA
SEBELUM
SELEPAS

TAECYEON_2PM
SEBELUM
SELEPAS
UEE_AFTER SCHOOL
SEBELUM









                                            

SELEPAS



JAEJOONG_DBSK



SUNNY_SNSD
SEBELUM

SELEPAS
TIFFANY_SNSD



HYUNAH_4MINUTE
SEBELUM


                                                           

SELEPAS

ONEW_SHINEE
SEBELUM


SELEPAS

KHUHYUN_SUPER JUNIOR

SEBELUM



SELEPAS


KAHI_AFTER SCHOOL
SEBELUM
SELEPAS


IU
SEBELUM


SELEPAS


HAN SUNHWA_SECRET
SEBELUM


SELEPAS

LEE HONGKI_FT ISLAND



TOP_BIG BANG
SEBELUM



SELEPAS


ok cukup sampai situ
so... lepas korang tengok gambar2 di atas apa pendapat korang?? 
plastik???

nanti dulu
jangan terus buat tuduhan melulu
aku xnafikan memang ada di kalangan artis2 di atas ni yg buat plastik surgery
contohnya macam uee after school
tapi macam aku bilang tadi... xadil kalau kita tuduh semua org tu plastik

korang percaya x kalau aku cakap yg tranformation diorang dari buruk kepada cantik tu banyak bergantung pada make up???
percaya x??

siapa2 make up artis atau minah2 kaki make up sure akan setuju dengan aku
sebabnya kuasa make up tu besar!
dengan make up kita boleh buat macam2!
aku bukannya pak andam, hahaha. tapi aku ada beberapa bukti
bukti yg menunjukkan siapa2 pun boleh transform jadi artis kpop hanya dengan make up

XPERCAYA?????

 ok sila tengok gambar2 di bawah ni pulak

ok tengok minah ni, dengan make up n rambut palsu, meletops terus muka!

hanya dengan make up

muka normal dia mmg dah comel. tapi dgn make up n rambut tu, dia transform jadi  sgt 2 charismatic

sorry to say, muka makcik2 pun jadi cun melecun dgn make up



jauh beza kan????


muka camni pun boleh nampak hot lepas make up. sorry aku bukan nak mengutuk diorang2 ni buruk ke apa ok!! aku just nak tunjuk transformation diorang

Add caption


nampak hot lepas make up kan??


macam2 gaya boleh jadi. and setiap satu transformation tu ada imej and character tersendiri


ha, so camne???
apa pendapat korang??
so kat atas tadi adalah bukti2 yg sesipapun boleh transform jadi kiut miut cam artis korea hanya dengan make up.
soooo.... xheranlah kalau muka artis2 korea tu buruk kalau tanpa make up kan!
sebabnya diorang jadi cantik dgn make up2 tu semua

nak nampak hidung jadi mancung,
mata jadi besar,
bibir jadi tebal
semua boleh buat dgn make up

soooo... gambar2 'sebelum-selepas bedah' tu aku rasa perlu diubah jadi 'sebelum-selepas make up'
siapa setuju???

mungkin fakta2 aku ni bersifat defensif,
yelah, korang boleh kata, kalau aku minat, mestilah semuanya ok, semuanya betul
tapi apa yg cuba aku sampaikan kat sini adelah, xsemua artis korea tu buat surgery
bukan sebab aku nak menyebelahkan diorang
cuma nak bagi korang nampak yg ada banyak lagi cara kita boleh ubah imej kita selain dari surgery

ok aku ada satu set gambar lagi.

korang kena tengok gambar ni betul2 ok!!!

jom kita tengok apa akan jadi bila kita buang sikit2 make up yg ada ka muka orang ni

hahahahaha
cam xpercaya kan?????

tapi mmg tulah kenyataannya
even jantan pun boleh transform sebiji cam pompuan hanya dengan make up

so.... kalau korang still dengan pendapat yg korean artist tu plastik aku xboleh nak paksa
terpulanglah
korang percaya atau x aku xdapat apa pun

gambar2 ni semua bokan hak milik aku, aku cari kat google
malas pulak nak bagi credit satu2

so harap2 post panjang berjela ni dapat bagi sikit2 informasilah ye

lain kali kalau rajin aku post lagi benda2 camni k!

annyeong!!!!!!!

                                                          
                                                           
                                                         

                                                    
                                               




















Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com