oh belog

Friday, November 11, 2011

LAGU UNTUK 'DIA'


haluuuuu serapan lengkong!!!!

hari ni aku mau kongsikan lagu lagi
lagu yang aku tulis lama dulu

dulu pernah aku khaskan kepemilikan lagu ini untuk 'dia'
macam poyo
tapi aku buat betul2 untuk dia

tapi aku tau dia xpernah dengar
sebabnya aku terlalu penakut untuk lagukan ini depan dia
terlalu bodoh untuk terus diam duduk xberbuat apa

jadinya sekarang
kerna dia sudah ada yang punya
kerna aku pun dah boleh lupakan semua
lagu ini aku kongsikan di sini

lagu untuk 'dia' sudah bertukar jadi lagu untuk 'semua'
sudah tidak ada lagi pengkhususan untuk sesiapa

tapi itu buatkan lagu ini kurang bermakna
tapi biarlah..
semua dah lepas
kan??

sebab aku pun sudah boleh senyum sekarang
sebab aku suka lihat dia senang
jadi aku boleh nyanyikan ini dengan riang
lalalalalalala

aku sediakan sekali lirik yang aku karang
and maaflah pada yang xsuka tulisan jiwang2
sebabnya lagu yang ini  terpaling karat jiwangnya


lagu untuk dia






Dan berlari aku mencari
Diriku
Dan berhenti aku menghindar
Rasaku

Laguku
Bernyanyi aku sendiri
Menahan rasa
Kembali aku ragui
Hatiku

Kau
Kuharapkan kau mengerti
Maksudku
Tak perlu
Kan ku tersiksa begini
Fahami aku

Maafkan
Kutakkan pernah bisa untuk
Melafazkan


Maafkan
Kutakkan pernah mampu untuk
Menyatakan

Oh padamu
Kurindu, kumahu
Akhirnya telah kubiarkan
Kau pergi berlalu

Berlari
Mencari
Cinta, cintaku

Tak perlu kau ragu
Kusedia, kusedia
menunggu




lagu untuk 'dia': deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Thursday, November 10, 2011

TRAGEDI OKTOBER


haluuuu serapan lengkong!!!!!!!!!!!!!!!!

haih tragedi betul!
suara aku hilang lagi!
sakit tekak lagi

so aku ambil kesempatan tengah serak2 ni konon2 nak bawak lagu awie
tragedi oktober
and yg lebih tragedinya lagi, lagu rock kapak ni dah jadi balada jiwang karat bila dapat kat aku
hahahahaha

sorry lah ye
dah memang teman ni macam ni
nak wat camne lagi

so kalau sudi dengarlah tragedi oktober versi tragis xbermaya ni
aku sertakan sekali lirik dan chordnya di bawah nanti



Am                   G
   Tak sanggup lagi aku
                     F
   Mengenang kisah lalu
         C          G      Am
   Keganasan menghantui diriku
                 G
   Biarkan ia pergi
                      F
   Menjadi suatu misteri
            C       G           F
   Bagaikan tiada hati yang peduli

 

         G        C
   Tidak mahu ku ingat lagi
F      G          C
   Apa yang telah terjadi
           G
   Tragedi Oktober

 

           C     G        F
   Sesalan aku hanya untukmu sayang
         C       G       F
   Ampunilah segala dosa-dosaku
           C      G         F
   Tidak sengaja aku mengasari diri mu
          C        G   F
   Bagiku kau bukanlah lawanku
Am           G
   Kekasihku
 
 

Am                  G
   Hanya satu ku pinta
                 F
   Kujujuran darimu
           C       G    Am
   Berilah peluang hidupmu
                 G
   Aku rela bersama
                   F
   Meranjau onak duka
           C       G     F
   Agar berkekalan hendaknya
 

         G        C
   Tidak mahu ku ingat lagi
F      G          C
   Apa yang telah terjadi
           G
   Tragedi Oktober

 

           C     G        F
   Sesalan aku hanya untukmu sayang
         C       G       F
   Ampunilah segala dosa-dosaku
           C      G         F
   Tidak sengaja aku mengasari diri mu
          C        G   F
   Bagiku kau bukanlah lawanku
Am           G
   Kekasihku
tragedi oktober: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Saturday, October 29, 2011

abah

serapan lengkong!

semalam aku mimpi abah
tak tahu kenapa setiap kali mimpi pasal abah aku mesti nangis

aku mimpi aku salam abah
aku cium pipi abah kiri dan kanan
sesuatu yang cuma aku buat time hari raya
pagi raya
bila berkumpul adik beradik minta doa restu abah
minta dihalalkan makan minum
minta diampunkan segala dosa
setahun sekali aku cium pipi abah
jujur aku mengaku
cuma setahun sekali

tapi dimimpi yang semalam tu aku cium pipi abah
aku cium kiri dan kanan
dan pastinya hari itu bukan hari raya
sebab aku xrasa aku berbaju melayu atau songkok
dan abah duduk di kerusi biasanya dengan rokok daun di bibir
perkara biasa abah buat bila duduk kat rumah

lepas aku cium pipi abah,
dia tarik tangan aku
dia cium pipi aku belah kanan
dia cium pipi aku belah kiri
dia peluk aku
dia peluk aku kuat
kuat

dan air mata aku gugur kat situ juga
tersedar dari tidur pun aku masih menangis

orang sayang abah!: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Tuesday, October 25, 2011

selamat ulang tahun

happy birthday!!!!!!!
semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan
insyaallah!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

sekuntum mawar merah_ella cover


haluuu serapan lengkong!!!!
dah dekat dua minggu aku batuk2 macam gila

akibat berhujan satu malam main bola masa archisport
menyesal dah

and kesannya, dua minggu juga xdapat nak memekak2 dengan gitar kesayangan
sebabnya suara xkeluar
pecah-pecah
macam haram!

tapi sekarang alhamdulillah suara da kembali ok
tekak da kurang sakit
so bolehlah memekak-mekak lagi

ambil kesempatan suara still serak2 ni
so aku memekak lagu rock sikit
ella_sekuntum mawar merah
boleh? haha



Kord Gitar , Guitar Chord
Ella - Sepi Sekuntum Mawar Merah

Am G C
Berulang kali ku mencuba
Dm Am E F E
Memujuk hati lupakan semua kenangan

Am G C
Namun Mimpi bertemu lagi
F Am E Am
Di saat engkau tiada disisi

G C
Ku berpegang pada janji
Dm E
Tercipta antara kita dulu
G C
Hilangmu tiada berganti
Dm E
Biarlah begini

chorus

Am F
Ku berlayar dilautan
G Am
Tidak betepian
F
Sesekali disedarkan
G C
Ombak yang mendatang
Dm Am
Aku seperti hilang
E Am
Punca arah dan tujuan

Am G C
Aku puisikan namamu
Dm Am E  Am (last F)
Bersama rindu didalam sendu
Am
Didalam sendu


sekuntum mawar merah: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Thursday, October 13, 2011

BERIBU SESALAN ning,jac,shila_cover



haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu serapan lengkong!!!
hari ni aku memekak2 lagi

lagu yg tengah aku minat sekarang
beribu sesalan dari ning jac and shila

bukan setakat aku je yg suka
satu rumah ni pun gila lagu tu
jangan ingat org bujang xtahu jiwang2 ok! lol







Intro Am G F C Dm Am F E

Am G
Ku susuri malam ini
F C
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Dm Am
Juga rembulan dah menghilang
F E
Dalam kelam ku sendiri

Am G
Ku mencari hembus bayu
F C
Yang slalu berbisik madah rindu
Dm Am
Kini membisu dalam sayu
F E
Tidak ku temu suaramu

**
Dm G
Kekasihku di jalanan yang berliku
C F
Di saat ku perlukanmu
Dm E
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Am G
Di sini ku tersedu-sedu
Dm E
Setelah cinta pergi
Am G Dm
Ku mengusung duka ini diiringi
Dm E
Kisah janji dimungkiri lagi

Am G F C Dm Am F E

Repeat Chorus

Am G
Sia-sia ku Mencintaimu
F C
Setia padamu Percayakanmu
Dm Am
Sebak dadaku Retak hatiku
F E
Luka jiwaku Dihiris pilu

Am G
Sia-siaku Mencintaimu
F C
Setia padamu Percayakanmu
Dm Am
Sebak dadaku Retak hatiku
F E
Luka jiwaku Dihiris pilu

E
Beribu sesalanku

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Monday, October 3, 2011

AKU ADA KAMU

haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu serapan lengkong!!!

owh lama sudah tak membebel di sini
jujurnya memang dah lama aku xmembebel
tapi sekarang xbanyak masa yang terluang nak menulis tentang apa2
projek cerpen pun masih tergendala
haih!

tapi harini seperti biasa aku mau kongsikan lagu lagi
lagu baru yang aku beri nama 'aku ada kamu'
lagu ni akan aku jadikan lagu tema untuk cerpen aku bagi episode kelima
jadi nantikan. hehe

lagu ni berkisahkan tentang kisah cinta (poyo gila!)
tentang kekasih yang sentiasa ada disamping di waktu susah atau senang
aku sediakan sekali liriknya di bawah
so silakan dgr kalau sudi





aku ada kamu

hariku yang kulalui
diam sepi gelita tanpamu disisi

dan setiap apa yang terjadi
pasti resah gelisah bermain di hati

tanpamu di sisiku tak pernah ku bahagia
tanpamu bersamaku tak pernah ku ceria

kau kasih semuanya untukmu
takkan pernah ku berpaling kau hanya satu

disetiap adanya dirimu
penuh warna warni disegenap hariku

hadirmu di sisiku tak pernah ku derita
hadirmu bersamaku takkan ada bosannya

engkaulah segalanya untukku bahagia
dan engkaulah segalanya untukku ceria

engkaulah segalanya pengubat derita
kuberharap, aku akan ada kamu
selama-lamanya



aku ada kamu: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com