oh belog

Wednesday, September 28, 2011

hikmahnya

haluuuuuu serapan lengkong!!!

seperti biasa aku mau kongsikan lagu lagi
hahahahahaha
mmg xde kerja pon

lagu ni tajuknya 'hikmahnya'
ilham dari kerumitan hidup yg dihadapi

percayalah
setiap kesusahan itu tuhan berikan dengan hikmah disebaliknya
maka terimalah dengan tabah
terimalah dengan penuh berserah
nanti tuhan sediakan balasan yang baik selagi kita tak menyerah


hikmahnya


HIKMAHNYA

Langit biru menjadi kelabu
Ombak lesu kembali menderu
Bersama dugaan menimpa hidupku
Melemas nafasku mencari hikmahmu

Oh tuhan di sini kuberdiri
Tangisan sepi tak mampu ku hindari
Berserah, berharap semua kan teratasi
Biarkan mendung itu berganti pelangi

Bukanlah maksudku untuk meraih simpati
Ku hanya manusia kuperlu petunjukku
Berharap semua bahagia kan abadi
Mudahkan segala rintangan menghalangi

Oh.. tunjukkan
Padaku hikmahnya
Oh.. mudahkan
Bagiku jalannya




Jadikan dunia yang tersenyum selalu
Menadahkan doa bersujud kepadamu
Tunjukkan ku hikmah di balik ujianmu
Agar tak ku rebah dalam perjuanganku

Oh … tunjukkan
Padaku hikmahnya
Oh… mudahkan
Bagiku jalannya

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Friday, September 23, 2011

meet my GREYSON!

haluuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
serapan lengkong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dah lama aku xmembebel dalam ini blog
sebabnya masa2 yg ada aku isikan dengan kelas2 and assignment2 yang dah mula nak bertimbun
capek deh!!!

hari ni pun aku xmau membebel panjang
just nak uploadkan gambar2 pet terbaru aku

so ini dia Greyson!!!!!!!!













Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Thursday, September 22, 2011

KERNA KAU SATU

haluuuuuuuuu serapan lengkong!!!!

hari ini aku mau kongsikan lagu aku lagi.
kali ini 'kerna kau satu'
lagu jiwang karat tapi agak rancak melodinya

jujurnya aku tulis lagu ini cuma beberapa minggu selepas aku belajar main gitar
sebab mmg azam aku belajar main gitar untuk buat lagu sendiri

aku tau lagu ini xmatang melodinya
nampak sangat amaturnya

tapi cukuplah bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan gitar waktu itu
aku sertakan sekali liriknya
harap dapat diterima



kerna kau satu


Kekasihku hanya engkau yang satu
Di dalam beribu hanya kau di mataku

Jangan pernah kau dustai aku
Biar apa terjadi setia padaku

Kekasihku janganlah ragu dan malu
Sudikah dirimu menjadi milikku

kupersebahkan laguku untukmu
biar kau membisu ku tetap menunggu

janganlah engkau terus membisu
janganlah engkau terus tersipu

kerana dirimulah yang selalu ku rindu
kerana dirimulah yang selalu ku mahu

kekasihku kau tataplah mataku
moga  kau temukan keikhlasan hatiku

Katakanlah kau juga begitu
agar kita berdua kan bisa menyatu
kerana dirimulah yang selalu ku rindu
kerana dirimulah yang selalu ku mahu
kerana dirimu yang mencuri hatiku
kau satu tiada ragu
dikaulah sayangku.



mood jiwang karat: deedymyself

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com