oh belog

Monday, July 25, 2011

saya nak jadi wartawan

Haiiiiiii serapan lengkong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum!

Kebelakangan ini aku selalu teringin nak menulis. Entah, jari2 neh macam gian nak bergerak. Tapi setiap kali aku mula nak menaip aku ragu. Aku nak tulis pasal apa??
Selalu sangat begitu. Aku selak2 surat khabar konon nak cari berita2 yg boleh aku kupas lebih lanjut mengikut ‘kanta duniaku’. Tapi hampeh. Xde apa pun yang terlintas. Yang menarik untuk aku ulas.
Yang selalunya ada cuma berita2 korupsi sana sini. bosan

Tapi tiba2 ingatan aku melayang-layang balik kemasa kecil2 dahulu.
Darjah satu. Kelas Satu Cerdik. Cikgu abd bar bin bakar guru kelas aku. Entah apa yg dia lihat pada aku hingga dilantiknya aku menjadi ketua kelas ketika itu. Aku ingat banyak nama guru2 di sekolah rendah itu. Tapi aku akan terkebil2 lupa bila kau tanyakan siapa guru2 yang mengajar aku di tahun satu. Jujurnya aku lupa cikgu mana yg mengajar subjek mana-mana. Tapi cikgu abd bar aku ingat.

Dia ajar kami matematik. Setiap hari ada kelas mengira pasti disuruhnya kami2 ini bawak lidi2 yg dikerat pendek sejengkal untuk dijadikan ‘kalkulator’ manual kami. Habis penyapu lidi mak aku rembat. Buat matematik.

Tapi mak tak marah. Sebab cuma 30m ke belakang rumah kami di felda itu sudah jumpa ladang kelapa sawit. Tempat aku dengan adik gali air mata air di paya bila musim hujan tiba. Kalau nanti ada pekerja indon yg menyabit tandan sawit di belakang rumah, selalu emak pesan untuk jatuhkan beberapa pelepah untuk dibuat penyapu.

Sungguh aku rindu zaman kecil2 aku!

Ok itu pasal lidi. Lain pula kalau musim buah-buahan tiba. Pasti nanti cikgu  akan suruh kami bawa rambutan dari rumah masing2. Ganti kepada lidi. Pagi2 masuk kelas tangan penuh dengan beg plastic berisi rambutan. Hazam bawa rambutan gading (warna kuning). Mila bawa rambutan merah. Falah bawa rambutan gula batu.

Dah macam pesta buah. Di felda itu, kalau sesiapa yg rumahnya xde pokok rambutan itu pelik. Persamaannya sama macam ‘siti nurhaliza nyanyi sumbang’. Semua org ada pokok rambutan di rumah. Dan suasana kelas akan jadi meriah bila kelas matematik bermula. Kami2 ini akan jadi soalan matematik bergerak. Contoh.
‘nina ada 12 biji rambutan kuning. Dia memberikan 3 biji rambutan tersebut kepada junaidah. Berapa biji rambutankah yang nina ada?’
Ataupun
‘farhana ada 20 biji rambutan. Dia memberikan masing2 5 biji rambutan kepada amir, rais, dan saifudin. Berapa biji rambutan yang masih ada pada farhana?’

Owh sweetnya ingat balik waktu2 begitu. Aku jadi menyesal besar cepat2.

*diam* *gelak sorang2*

Seperti biasa aku melalut panjang lagi hari ini. Sebenarnya di awal2 tadi aku mau ceritakan tentang ‘cita-cita’. Tapi kenangan2 kelas matematik, lidi, dan rambutan tu mengganggu konsentrasi aku.
Ok sekarang focus. Topic hari ini, CITA-CITA . kasi panas sikit. ‘CITA-CITA ITU SAMPAH’

“kenapa tulis camtu?” “lancangnya mulut kau!”
Itu mungkin ada terlintas di fikiran mana2 orang untuk disembur pada aku bila membaca tajuk di atas tadi. Tapi sudah aku bilang. Blog ini aku tulis berdasarkan pendapat aku.memang ramai yang akan tidak bersetuju. Aku tau. Buktinya di entri2 lepas ada saja yang mempersoal pendapat dan kepercayaan aku.

Ok aku bilang ini sekarang. Ini cuma pendapat dari aku. Terpulang pada pembaca untuk menilaikan. Kalaupun xbersetuju, please jangan emo maki2. Xelok begitu. Aku xbilang pendapat aku 100%nya betul. Cuma tuhan saja yang sempurna di dunia ini. Aku benci mau sebut ayat klise ini, tapi terpaksa. “kita xkan mampu untuk puaskan hati semua orang. Mulut orang ini bukannya macam mulut tempayan kita boleh tutup2” jadi jika sudi silakan baca. Jika tidak silakan pergi.
Aku sudah sediakan banyak link blog2 popular di blog ini. Silakan pilih salah satu dan pergi.

Ok untuk itu aku percaya siapa2 yang masih membaca ini sudi untuk terus berada di sini.

Kembali pada kisah cikgu abd bar. Di tahun satu pernah ditanyakan pada kami tentang cita2 masing-masing. Jadi berderet2 jawapan dari kami.
“cikgu”
“polis”
“bomba”
“askar”
“doctor”
“kerja kilang” (semua gelak)
“kerani”
Tiba giliran aku, aku jawab “wartawan”
Bila dia tanya kenapa wartawan aku bilang “saya nak bawa kamera pergi tanya2 orang. Pastu saya boleh masuk dalam berita hari2”
Cikgu abdul bar cuma angguk2 kepala. Dan terus beralih kepada pelajar2 lain
“perdana menteri”
“saintis”
“misi (nurse)”

Memang sejak di sekolah rendah lagi aku bilang aku mau jadi wartawan. Tapi lebih kepada  wartawan bahagian hiburan dan penyiaran sejujurnya. Dek kerana terlalu kerap membelek magazine ‘media’ dan ‘mangga’ koleksi kakak2 aku barangkali. Haha.  Xpun terlebih tonton program melodi. Jadi aku terikut-ikut. Aku rasa tertarik lihat orang2 ditemubual begitu. Rasa kagum.

Jadi sejak itu setiap kali ditanyakan tentang cita2, aku cuma akan bilang ‘wartawan’. Hinggalah di darjah 3. Waktu itu ada ceramah motivasi untuk pelajar cemerlang di sekolah itu. So aku yang konon2nya cemerlang ini terpilih untuk mengikuti program itu. Ceramah di dewan sebaguna @kantin sekolah itu  diberikan oleh seorang ‘motivator’ lelaki.
Aku tak ingat nama dia
Aku xingat muka dia
Aku cuma ingat rambut dia separuh botak dan beruban
And yang pastinya badan dia gempal tipikal pakcik2 seusianya

Xbanyak yang aku ingat tentang ceramah itu. Sebab kalau kalian perasan, kebanyakan inti ceramah2 motivasi ini sama saja. Tentang pentingnya menjaga masa, tentang perlunya disiplin yang tinggi. Tentang bla bla bla…
Di bahagian akhir ceramah itu diselitkan topik cita-cita dan kerjaya impian. Aku ingat lagi waktu itu, penceramah itu berkeliling satu dewan dengan microphone di tangan. Bertanyakan pada kami seorang-seorang tentang cita2 yang kami pilih untuk jadi bila besar nanti.
“saintis”
“peguam”
“pensyarah”
“angkasawan”
Dan banyak lagi kerjaya yg disebut. Penceramah itu pula hanya berkata
“bagus”
“ok. Awak?”
“baik”
Tiba giliran aku “wartawan” tiba2 seluruh prose ‘ya, baik, bagus’ itu bagai terhenti. Penceramah itu berdiri depan aku sambil buat muka hairan.
“wartawan?”
Aku angguk
“kenapa?”
Aku nyatakan jawapan aku persis yang aku jawab pada cikgu abd bar. Tapi dari versi budak darjah 3. Bukan lagi darjah satu. Jadi jawapannya agak dewasa sedikit.
“saya nak jadi wartawan penyiaran. Cari berita macam karam singh  walia”
Penceramah itu gelak. Dia sambung.
“kenapa nak jadi wartawan. Kamu kena cari cita2 yang lebih tinggi. Kan kamu pelajar cemerlang (aku nak muntah) jadi wartawan nanti kamu asyik kena halau2 je bila nak temuramah orang.  Cuba tanya cikgu2 kamu tu”

Jari telunjuk dia terus tuding pada barisan guru2 aku kat tepi pentas. Sejujurnya aku malu lihat muka2 mereka. Di depan semua org di dewan itu aku diperlekehkan. Aku malu.
“ok ok. Jadi sekarang kamu mau jadi apa?” nadanya kali ini bagai tergesa2 kerana lepas ini dia mau bertanya pada amir dan falah di sebelahku pula
Tergagap-gagap aku bilang “pensyarah”
“ok. Baik. Awak pulak” microfon terus dihala kepada amir di sebelah aku. Dan seterusnya. Dan aku xingat langsung apa yg terjadi lepas itu.

Jujurnya aku xfaham apa yg ada dalam pemikiran motivator itu. Aku xfaham. Salahkah aku mau jadi wartawan. Aku minat. Dia setuju aku bilang mau jadi ‘pensyarah’. Tapi tidak ditanyakan pula pensyarah subjek apa.  Tidak pula ditanyakan aku tentang kenapa mau jadi pensyarah.
Sebab mungkin bagi dia jawapan ‘pensyarah’ itu cukup baik jadi tidak perlu disoal tambah. Tapi seharusnya dia sedar jawapan ‘pensyarah’ itu cuma aku reka2 pada detik2 memalukan itu. Hanya pada bibir aku. Bukan pada niat dan impian aku. Bukan.

Jadi apa ada pada cita2 kalau hanya lafaz pada bibir saja??
Apa ada pada cita2 kalau hanya nak yg glamour saja?
Cita2 hanya pada yang ‘gaji tinggi’ ‘nampak intelektual’. Itu inti yg aku dapat dari ceramah motivasi itu. Kepercayaan aku pada pentingnya ‘minat’ ‘niat’ ‘impian’ itu xlaku.

Dari dulu selalu aku impikan bila bekerja nanti, biarlah sesuatu kerja itu dari bidang yang aku suka. Biar dibuat macam ‘hobi’. Bukan ‘kerja’. Jadi aku akan buat itu dengan penuh rela hati dan minat yang mendalam.
Bukan kerana ‘paksaan’
Bukan kerana ‘gaji’
Bukan kerana ‘ikut2 orang’

Ibaratnya begini:

Pelacur yang melacurkan tubuhnya itu bekerja. Dia suka melacur. Dapat perhatian dan jantan segala. Itu boleh kita bilang ‘hobi’nya. Jadi, bila dibayar gaji oleh pelanggan. Dia dapat dua2. Wang dan juga kepuasan bekerja.
Bukannya aku bilang pekerjaan melacur itu baik. Subhanallah. Harap engkau bukan dari golongan yg sempit pemikirannya. Aku cuma jadikan itu contoh.

Ok contoh lain
Siti nurhaliza itu hobinya menyanyi. Dia sangat suka menyanyi. Menjadikan nyanyian itu sebagai kerjaya buat dia kaya raya. Beribu2 orang bayar untuk cuma satu dua lagu.

So Nampak tak betapa bahagianya menjadikan hobi dan minat itu sebagai kerjaya. Kerja dengan gembira. Kepuasan dapat. Duit pun dapat.

Jadi kalau kau suka melukis, jadilah pelukis
Kalau kau suka mengajar, jadilah guru
Kalau kau suka berdakwah, jadilah pendakwah
Jadilah apa jua selagi tidak melanggar syarak. Selagi tidak memudaratkan diri atau mana2 pihak. Jadilah mengikut apa yang engkau suka.

Kalau kau suka melacur, aku xkan bilang jadilah pelacur. Gila! Aku bilang pergilah berubah sebelum engkau jadi lagi hancur. Yang salah tetap salah. Itu hukum tuhan. Tiada siapa boleh pertikai. Tiada siapa boleh mengubah. Jelas? Tapi itu tergantung pada pilihan setiap orang. Kalau kau rela menanggung azab, silakan!

Aku tanyakan ini sekarang. Soalan ini aku tujukan khas pada pembaca2 dewasa yg sudah bekerja tetap. Tanyakan pada diri. Adakah  pekerjaan aku ini sama dengan cita-cita yang aku bilang aku mahu jadi waktu kecil2 dulu?
Kalau sama aku ucapkan tahniah
Kalau sama aku ucapkan syabas
Anda mungkin antara orang yang kuat niat dan azamnya
Anda mungkin orang yang bertuah tuhan berikan apa yang diimpikan segala cita-cita.

Bagi yang jawapannya tidak. Aku bilang ini

Tuhan jadikan kita berbeza. Setiap kita diberikan jalan masing2 untuk kita tempuh. Ada yang cantik, lurus, bersih jalannya.
Ada yang bersimpang siur selekoh tajam segala
Ada yang bercabang2 tersesat2 jalan xjumpa.
Tapi tuhan itu maha adil. Bila dikurangkan kita di situ, dilebihkan pula di sini. Mungkin suara kita sumbang xmacam siti nurhaliza. Tapi masakan kita sedap macam chef wan. Tiada insane yg sempurna serba serbi. Jadi bersyukurlah.

Nicole david itu Berjaya. Tapi mungkin dia bilang mau jadi doctor pada guru kelas darjah satunya.
Sheikh muzaphar syukur itu ternama. Tapi mungkin dia bilang mau jadi pemain bola sepak di usia kanak2nya.
Siapalah kita-kita ini untuk mempersoal takdir tuhan. Cuma yg bisa kita  lakukan adalah usaha dan berdoa. Kalau benar kau mau menjadi doctor nantinya, belajarlah bersungguh2.
Kalau benar kau mau jadi saintis segala,  berusahalah. Berdoalah. Ada rezeki tuhan makbulkan segala permintaan.

Dalam kes aku ini. Mungkin dalam hati aku masih mahu jadi wartawan. Tapi jalan yg aku tempuh nampaknya jauh dari matlamat itu. Jauh
Mungkin aku lebih selesa mengikut apa yg ada disediakan untuk aku. Sehabis PMR, aku masuk ke sekolah teknik dalam jurusan kejuruteraan awam. Padahal aku xpernah tahu apa radiusnya pelajaran itu. Bila aku tanyakan pada cikgu norlawati guru sains aku waktu itu, dia katakana kejuruteraan awam itu adalah ilmu2 yang berkaitan dengan bangunan, struktur, jalan dan blab la bla.aku bukannya berminat dalam bidang itu. Tapi aku percaya mungkin rezeki aku di situ. Jadi aku pergi.
Dan Alhamdulillah percaturan aku menjadi. Aku buat bersungguh2. Spm aku tidaklah perfect A semuanya. Tapi aku bersyukur kejuruteraan awam aku A1 gradenya.

Bila masuk ke university pula. Jujurnya aku mahu ambil pengajian komunikasi massa. Tapi ‘kejuruteraan awam’ sedikit sebanyak mempengaruhi minat aku. Jadi waktu itu pilihan aku ada 3. Senibina landskap, senibina  bangunan, dan interior design. Masscom aku letak di pilihan bawah2. Aku tahu itu minat aku. Tapi jalan aku nampaknya sudah jauh menyimpang. Jadi aku putuskan untuk tidak berpatah balik.

Permulaannya aku letakkan senibina landskap sebagai pilihan pertama. Sebab bagi aku, aku selesa bekerja dengan tumbuhan2 hijau semulajadi. Tapi kata2 cikgu pauziah guru kaunseling aku buat aku mengubah pilihan itu. Katanya  “kamu ambil senibina saja. Di uitm. Nanti kamu terus dapat ambil degree hanya dengan spm kamu. Xperlu masuk matrix, asasi segala. Dari spm terus ke degree”

Jujur aku kabur mata mendengar perkataan DEGREE itu. Padahal aku tidak tahu apa2 pun tentang senibina. Ingat lagi waktu sesi temuduga. Kalau ditanyakan aku siapa nama arkitek yang aku kenal pastinya aku fail di situ juga. Kalau ditanyakan nama2 artis terkenal, berjela2 aku boleh bagi. Memang aku tidak tahu. Tapi untungnya aku tidak ditanyakan soalan itu. Orang2 yang menemuduga aku itu lebih tertarik untuk bertanyakan aku tentang senibina rumah2 FELDA dan aktiviti2 masyarakatnya. Jadi untuk itu aku bersyukur kerana terpilih untuk memasuki uitm perak dalam jabatan senibina itu.

Boleh juga dibilang aku bertuah. Terpilih dalam ‘ketidaktahuan apa2 tentang senibina’. Tapi aku percaya itu jalan untuk aku tempuh yg diberi oleh tuhan. Jadi aku ikutkan saja. Sekarang, sudah habis 6 semester aku bergelumang dengan ilmu2 senibina. Tinggal 2 semester lagi untuk aku habiskan dan menggenggam ijazah. Itupun kalau nantinya tiada subjek yang sangkut. Tapi Alhamdulillah setakat ini semuanya lancar.

Aku bukanlah dalam kategori ‘cemerlang’ di sini. Tapi setidaknya aku bersyukur aku masih mampu bersaing dengan rakan2 yang aku sudah anggap bagai saudara sendiri. Jujurnya jauh dalam hati aku bilang ‘aku masih belum benar2 jatuh cinta dengan senibina’. Tapi macam yang aku katakan tadi, tuhan sudah berikan peluang untuk aku lalui jalan ini. Maka aku akan mencuba sedaya upaya untuk melangkah.

Tentang minat aku dalam bidang kewartawanan. Hmmmm.. susah untuk aku bilang. Tapi tuhan punya hikmah untuk sesuatu yang dia tentukan. Aku percaya itu. Jadi kalau nantinya aku bejaya menjadi arkitek. Ataupun berpatah balik mencari masscom. Aku tentukan itu pada tuhan. Cuma dalam hati aku sekarang, aku bersyukur dengan segala apa yg telah diberi.

Panjang pula tulisan aku hari ini………….

Berbalik tentang cita2 tadi. Aku berharap aku tidak akan berjumpa dengan org2 yang mindanya sama macam ‘motivator’ itu lagi. Harap semua orang lebih terbuka untuk menilai isu ini. Biar masyarakat Nampak cita2 itu bukan hanya pada ‘nama’ ‘gaji’ ‘pangkat’ segala.
Biar masyarakat jelas tentang ‘squasy’ ‘badminton’ ‘penyanyi’ ‘pelukis’ ‘penulis novel’ itu pun adalah cita2 juga. Memanglah bunyinya x sehebat ‘saintis’ ‘jurutera’ ‘doktor’ segala. Tapi  insan2 seperti, Nicole david, lee chong wei, karam singh walia, siti nurhaliza sudah membuktikan kerjaya mereka itu mampu membawa nama mereka, dan nama Negara ke mata dunia. Kejayaan yang diraih mereka menjulang  nama Negara ke merata2 negara.
Harap pemikiran kita mampu berubah. Berubah kepada yang lebih baik.

Untuk itu, entri hari ini aku sudahi dengan ucapan wassalam.
Moga bertemu lagi dalam entri2 akan datang



Saya yang melaporkan dari lokasi kejadian: deedymyself ‘buletin utama tv3’ haha








Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: