Haiiiiii serapan lengkong!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Lengkong semalam!!!!!!!!!!!!!!
Ramai akan tanya “ape bende serapan lengkong???”
Ok ni aku bagi tau. Dulu2 kat sekolah. Aku ngan membe2 selalu gurau guna ayat neh!!
Hahahaha
Nak masuk dorm je “serapan lengkooong!!!”
Masuk kelas je “serapan lengkoooong!!”
Nanti yg ada kat dalam kelas or dorm tu mesti jawab “lengkong semalaaam!!!”
Hahaha aku tau bukan tu caranya kita beri dan jawab salam
Seharusnya begini
“assalamualaikum!!” kan?
Tapi apepun aku tetap akan guna ‘serapan lengkong’ tu
Ade yg akan menghentam aku lagi pasal hal ini
Tapi aku xkesah
‘aku memang xde civic. Tapi jangan sebok nak pertikaikan sampai kemana tahap keislam aku. Statement ni bukan sebab aku ego. Tapi soal agama tuhan lebih tahu. Aku tidak salahkan orang yang mahu menegur untuk kebaikan. Tapi biar kena caranya. And terima kasih untuk orang2 yg memberi teguran itu. Aku hargai!’
Maaf emo sekejap.
*kesat air mata* hahahahaha
Ok kita balik pada topik asal entry hari ni
Selamat ulang tahun sayang
Aku sgt suka lagu atas neh!!
Sangat2 suka!!
Suara imran ajmain memang sangat sesuai dengan lagu ni
Dan aku sangat kagum dengan orang2 yang macam dia neh
Orang panggil ‘singer songwriter’ i like!!
Ok. tajuk je selamat ulang tahun sayang. Tapi xde siapa2 pun yg aku sayang lahir pada tanggal neh. Kalaupun ada cuma junior aku si ‘pojon’ yg gila yoona snsd tu. Aku mau wish kat dia
“saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun pojon shi
saeng il chuk ha ham ni da”
sebab dia suka korea kan. So aku nyanyilah bahasa korea. Hahaha penat gak nak cari kat google lirik korea neh! Aku neh nak sebut boleh, nak menaip ejaan lagu tu yg betul tu susah. ‘jawa’ lah katakan.
Cop!! Tapi jangan salah sangka dulu. ‘pojon’ buka ‘sayang’ aku. Hahaha. Cuma kebetulan notifikasi hari lahir di fb aku tertulis nama dia. So… aku wish lah.
Ok kita teruskan topik hari ni. Hari lahir.
*scrool balik ke atas*
“oh tuhan, jauhnya aku melaut hari neh!”
Cakap mengenai hari lahir. Pasti terlintas di otak2 kita ini gambaran2 seperti kek coklat Baskin Robbins, berkotak2 hadiah berbalut kertas penyampul corak bunga2, topi cone yg panjang ala2 birthday party di mcd, and macam2 lagi. Tak ketinggalan ucapan2 penuh bahagia yg diberi lewat kad ucapan, msg di telefon, wall fb, dan panggilan telefon. Betapa bahagia saat itu.
Tapi kisah aku lain. Waktu kecil aku suka sambut birthday aku. Seingat aku mungkin hingga umur aku 7 tahun. Walaupun jamuan xsebesar mana. Yang datang pun cuma jiran2 tetangga. Tapi aku happy. Potong kek segala. Ada lah sekeping dua gambar kenangan hari lahir aku yg masih aku simpan. Setidaknya itu boleh jadi bukti aku pernah senyum pada tanggal 14ogos itu.
Aku redha. Setiap insan tuhan jadikan berbeza. Latar belakang, rupa, suara, keturunan, kisah hidup. Semua berbeza. Tanggapan aku tentang hari lahir mula berubah sejak usia 8 tahun. Seingat aku lapan tahun. Ya, mungkin bertahun2 sebelum itu aku sudah tahu 14 ogos itu adalah hari lahir aku merangkap hari kematian arwah mak. Sebab mak meninggal waktu lahirkan aku. Tapi di usia 8 itu baru aku sedar yang aku tak seharusnya berseronok memotong kek segala menyambut hari itu. Maaf untuk 7 tahun itu, aku budak2 yg masih xmengerti.
Aku bukan benci 14 ogos. Aku cuma risau. Aku tak tahu bagaimana sepatutnya aku be’reaksi’ hari itu. Di kalangan kawan2, aku dikenali dengan perangai gila2. Mulut kepoh xingat dunia. Bising memekak segala. Tapi 14 ogos selalunya buat aku senyap.
Xtahu apa harus aku buat
Xtahu apa patut aku rasa
Xtahu apa patut aku tunjuk
Di kalangan rakan2 yang mengerti, mereka akan biarkan aku sorang2. Faham aku tidak mahu diganggu
Pada mereka yg xtahu, wall fb aku akan penuh dengan ucapan2 yg bisa buat aku terharu. Terima kasih!
Aku terharu
Dan di kalangan adik beradik aku pula. Selalunya mereka kirimkan msg di handphone. Dan aku akan diam saja. Penuh serba salah aku akan balas “tq” atau sesekali “nak hadiah” sambil pura2 seronok.
Tapi jujur aku serba salah. Ramai yg xakan faham kenapa perlunya aku serba salah.
Tapi cuba kau sarung sepatu aku. Nanti kau faham betapa payahnya mahu melangkah.
Hidup atas kematian seseorang yang lain itu susah. Kau akan berkali2 menyalahkan diri. Mungkin menyalahkan takdir tuhan. Aku tahu itu tidak baik. Cuma terkadang iman ini terganggu jua. Dan di kalangan orang2 kesayangannya yang di tinggalkan, engkau akan rasa malu dan tidak layak berada di tempatmu. Mendapat perhatian kasih sayang segala. Tapi aku syukur. Keluarga aku memahami. Aku syukur. Aku redha.
*diam*
Terima kasih tuhan untuk nyawa ini
Terima kasih tuhan untuk nafas ini
Terima kasih tuhan untuk hari ini
Terima kaish kerna dikurniakan aku keluarga yang memahami
Terima kasih kerna berikan aku insan2 hebat yang sentiasa ada di sisi
Terima kasih untuk ujian2 mu untuk aku jalani
Terima kasih
Jujurnya aku redha.
Untuk arwah mak,
Terima kasih sebab berkorban demi orang
Terima kasih sebab melahirkan orang
Terima kasih sebab jadi mak untuk orang
Untuk semuanya terima kasih!
alfatihah untuk ibu terbaik di dunia dan akhirat ini. Laminah bte mohsin.
*senyap* *tarik nafas dalam2*
Ok aku tak mahu terus ada dalam perasaan sayu ni sekarang.
Baik kita sambung lagi perihal ulang tahun. Tentang kisah aku tadi, harap tiada yg prejudis dengan bilang aku meminta simpati di sini. Jujur aku cuma mahu berkongsi rasa, pegalaman. Terpulang pada pembaca untuk menilai.
Ok. Sambung lagi
Jujur aku bukanlah jenis orang yg suka mengingat.
Ada yang suka menghafal nombor plat kereta
Ada yang suka menghafal nombor telefon
Ada yang suka menghafal tarikh lahir, alamat rumah segala
Tapi itu bukan aku.
Plat kenderaan yg aku ingat cuma nombor motor kriss lama ayah aku. JEX 2701. Itu pun sebab nombor itu terbalik dari nombor rumah aku. 1072. Dan juga aku cuma ingat nombor plat motor yg aku bawa sekarang. JKN 7001. Itupun kerna hari2 ade depan mata. Yang lain jujur aku xtahu. Xingat dan xhafal.
Aku cuma mengingat kereta pada jenis, warna, dan adalah sedikit2 keunikan pada kenderaan tersebut. Contoh macam stiker bunga2 yg melekat di sisi kereta avanza kak long. Ataupun comot2 kesan tapak kaki ayam yang selalunya melekat di kereta Honda warna hitam ayah aku. Aku bukannya pelupa, cuma malas nak ingat.
Nombor telefon???
Dulu masa di tingkatan satu, sebab xtahan duduk di asrama, aku akan selalu ke public phone untuk bercakap dgn keluarga. Lepas mengadu dekat kak long, aku call pula kak ina, kak iza, kak nani. Jarang sekali aku call abang2 aku. Aku tak tahu kenapa. Dan yang paling kerap aku akan call mak. (lepas arwah mak pergi, ayah kahwin dengan mak)
Sebab kerap sangat jadi pengunjung tetap public phone tu, aku dah hafal semua nombor2 telefon kakak2 aku. Itu je lah kot nombor yg aku ingat. Hinggalah aku punya handphone sendiri, semua nombor2 yg aku hafal itu sudah hilang dalam memori. Nak buat apa hafal2 lagi kan??? Haha
So samalah jugak halnya dengan hari lahir. Jujur aku bilang aku cuma hafal hari lahir beberapa orang sahaja. Itupun aku hafal cuma kerana ianya senang dihafal macam hari lahir kak nani 1 jun. ataupun xsengaja hafal macam birthday abah 15 oktober. Itupun aku ingat sebab aku hafal no ic abah 491015-01-____ empat nombor akhir aku lupa. Hahahahaha.
Ok. Untuk itu aku jujur dengan kalian di sini. Aku memang xpernah ingat hari lahir kalian itu berapa tanggalnya. Bukan bagi aku xpenting, cuma aku memang lemah bab2 menghafal ini.
Untuk itu aku bersyukur sebab di wall fb ada birthday notification. Jadi aku boleh tau siapa yg birthdaynya hari itu. Setidaknya aku boleh menghantar ucapan2 tanda aku turut bergembira meraikan hari lahirnya.
Maaf andai ada yang terasa. Memang aku cuma tahu tarikh lahir anda dari notifikasi2 percuma yang dihantar di fb. Tapi jujur aku bilang, ucapan2 yang aku hantar itu jujur dari hati aku.
Mendoakan engkau sihat
Mendoakan engkau bahagia
Mendoakan engkau panjang umur
Dan selalunya ucapan aku akan berbunyi begini:
“happy birthday tou you…………………… happy birthday to youuuuuuuu…………. Happy birthday to (si polan) happy birthday to you……..” (soprano version) hahahaha. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.”
Begitulah aku akan tulis. Kalau ada ramai yg sambut birthdaynya hari itu, maaf cakap, aku copy paste saja ucapan itu untuk semua orang. Tinggal edit di bahagian nama. Tapi sekali lagi aku bilang, ‘ucapan itu jujur dari aku untuk engkau’
Aku percaya ramai di kalangan kita yang sama jenisnya dengan aku ini. Yang cuma mengharap notifikasi2 percuma dari laman fb untuk mengetahui hari ni siapa punya hari jadi.
Untuk itu aku mau bilang ini. Dalam beratus2 post di wall kau yg dihantar rakan2 fb mengucap syabas tahniah segala. Cuma beberapa orang saja yang benar2 ingat dan hafal tanggal lahir engkau. Bukan aku bilang yg lainnya xbaik. Bukan. Cuma yang benar2 ingat itu jauh lebih bererti. Kan??
Bukan bilangan post 2 itu yg harus engkau kira
Bukan bilangan hadiah2 yang patut engkau bangga
Tapi doa2 mereka itu yg utama
Untuk kita teruskan hidup sampai tua
Disayangi insan2 sekeliling penuh cinta
Aku buat entri ini bukan untuk mengata orang xikhlas menghantar ucapan hari jadi
Bukan juga untuk meminta orang ingat hari lahir aku
Cuma ingatan untuk kita2 ini
Umur yang bertambah melambangkan betapa kita perlu menjadi lebih matang dalam hidup
Umur yang bertambah melambangkan betapa besarnya tanggungjawab pada diri sendiri keluarga dan masyarakat
Melambangkan kita bukan lagi budak2
Melambangkan kita makin tua bapak budak
Melambangkan kita makin dekat dengan nazak
Biar kita insaf agar bahagia di akhirat kelak
So aku sudahi entri hari ini dengan ucapan
Wasalam! moga bertemu lagi di entri2 akan datang!!
Selamat ulang tahun sayang: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
1 comment:
deeeee....
Post a Comment