oh belog

Thursday, June 30, 2011

ku suka sama kamuu!!!

dulu aku kata aku suka
tapi aku xsure betul ke aku suke

dulu aku kata aku suka
maybe sebab semua orang lain da ada yg suka

dulu aku kata aku suka
sebab aku pun teringin nak suka

jadi aku kata aku harus suka
jadi aku bilang aku harus ada yg suka

suka ke?
aku rasa aku suka
tapi aku takut kau yg tak suka
so aku diam je
'suka' aku buang jauh2

sekarang....
aku rasa aku masih suka
so, aku kutip 'suka' yg aku buang dulu sikit2
konon nak pamer kat kau koleksi 'suka' aku
tapi aku still malu
sebab aku takut kau tak suka
hingga aku cakap "biarkan je lah aku suka sorang2"

cik suka
aku xkan tag kamu di sini
tapi andai kau baca ini... aku just nak bagitau
yg aku suke... dari dulu aku suka
sampai sekarang aku suka

aku xsure kalau kau da ada yg suka
tapi kalau xde...... aku tambah suka
tapi please jgn biar aku suka sorang2
sebab aku nak suke sama-sama



aku sukaaaaaaaaaaaa sama kamu: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

tentang hari ini

Lihat hari ini
Cerah pagi-pagi
Bunga2 warna warni
Harum  mewangi

Senyum hari ini adalah berkat perit semalam
Riang hari ini berkat sakit yg semalam
Berbunga jiwa ini akibat layunya yg semalam

Sebab hari baru ini cerah
Sebab hari baru ini meriah
Hasil semalam yg gundah
Hasil semalam yg lelah

Aku tenung langit cerah hari ini
Berfikir sejenak dalam hati
Mana perginya awan mendung semalam?
Mana perginya  bayu dingin semalam?

Sebegitu cepat hari berubah
Membawa bersamanya segala rasa yg semalam-semalam
Datang dengan senyuman secerah mentari pagi ini
Aku riang
Hati aku bilang “jangan hujan lagi”

Pagi ini aku doa pada tuhan
Minta dicerahkan walau Cuma sehari
Minta dijauhkan dingin semalam untuk hari ini
Minta itu dan ini

Hingga aku lupa
Segala itu tuhan jadikan punya hikmah tersendiri
Ujian2nya hanya untuk yg mampu menanggungi
Selepas hujan pasti muncul pelangi

Jadi hari ini aku bilang
Kalaupun hujan, aku bawa payung warna warni
Kalaupun hujan, aku xkesah kebasahan lagi
Kalaupun hujan, pasti nanti muncul pelangi

Indah hari ini buat aku bersyukur
Tentang rahmat ilahi
Tentang anugerahnya pada diri
Tentang hari esok yg menanti
Dan hujan semalam yg membasahi

Hari ini aku senyum: deedymyself


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Monday, June 27, 2011

hamba

Tawa riangmu
Herdikkan melulu
Buat resahku xmenentu
Buat aku benci diriku

Lihat insan hina ini
Lihat apa yg terjadi
Semuanya dari acuanmu
Semuanya dari benci dusta kamu

Dan aku adalah aku yang sekarang
Hasil dari pedih benci
Jauh dari yang dulu-dulu
Jauh dari hina cerca dulu

Pandang tepat ke sini
Acuanmu menjadi
Sebaik yang sebelumnya
Sekejam dari yg kau sangka

Terima tabik hormat ini
Kerna ini yang terakhir kali
Buatmu pemusnah jiwa suci
Kini aku bebas berlari
Usah sesali semua
Kerna itu bukan sia-sia
Aku bukan lagi sang hamba
Merana, merintih meminta

Bebas: deedymyself.




aku harap sgt gitar aku ada pada aku skrg! haraaap sgt!
biasanya aku akan tulis lagu selepas aku dapat melodinya
sebab aku xpernah cuba cipta melodi berdasarkan lirik yg telah siap

tapi kali ni lain
lirik kat atas ni.. aku sgt mahukan melodi untuknya. sangat!!
sebab itulah ape yg aku rasa sekarang
owh i miss my 'gee'
gitar aku yg aku tinggal kat perak tu..

hamba..
aku bukan lagi hamba.
harap aku jumpa melodi yg seswai untuk ini.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

minat sangat dgn kpop. xpatriotikkah kita??


Haluu…
Entri ini tentang masalah aku dikebelakangan ini.
Dan aku pasti ramai juga yg di luar sana sama macam aku. Kpop lover sejati. Hahaha
Aku sgt bengang bila aku di cop xpatriotik semata2 hanya kerana aku minat kpop
Aduhh come on lah, dulu pun kita sama2 minat lagu and drama2 indonesia
Patriotic sgt ke??? And ape pula yg dimaksudkan dgn patriotic bagi engkau??
Berjoget2 nyanyi lagu ‘pakai buang’ Stacey. Itu patriotic ke?
So ape bezanya dgn aku nyanyi lagu ‘genie’snsd sambil buat pose kaki yg melentik tu??
Kau minat Stacey, aku minat snsd so kau patriotic aku x
Sebab Stacey org malaysia, sebab Stacey org sabah
Camtu????

Tolonglah ye. Aku xde kacau kau pun!!!
Kalaupun aku pakai profile pic mana2 artis kpop pun, apa masalahnya?
Kau pakai pic ‘messi’ ‘bruno mars’ tu patriotic lah!!!
Owh lepas ni aku nak pakai profile pic ‘messi’ gak
Nanti patriotic!

Adooiiiiiiiiiiii
Ha, cakap pasal ‘messi’
Yg korang dok bersorak malam2 kat kedai mamak tu memekak tengok bola memalam buta tu
Xmenyusahkan org ke?
Kalau tengok piala Malaysia ok lagi
Ni tengok liga eropah, worldcup
Patriotic sgt ke??
Kalau aku Tanya apsal xtengok liga super or liga Malaysia
Kau bilang xde kelas!
Owh patriotiknya kauu!!!!!

Dengar sini ya,
Minat kpop xbermakna aku xsokong industry kita
Aku minat je artis2 kita cam aizat, siti, anuar zain.. hmmm ramailah
Xpernah pulak aku kata industry kita xde standard.
Aigooo pleaselah

Dgr sini ya
Minat org Malaysia ni berubah ikut masa
Ingat tak dulu kita selalu balik sekolah je terus buka tv2 tengok cite2 latin
Por tu amor, el amor no es como lo pintan,Rosalinda kat tv 3 byk lagilah. Waktu tu mmg semua org gila cerita tu kan

Lepas tu pulak muncul pangako sayo. Dah semua org gila Filipina punya movie pulak
See… minat kita berubah2 sebenarnya

Lepastu pulak keluar band2 indonesia macam peterpan, samsons,Sheila on 7,letto, and belambak lagi. Pulak tu dgn lambakan sinetron2 seberang kat tv-tv kita macam bawang merah bawang putih. So itu trend waktu tu

sekarang giliran korea pulak amik tempat. So kau tak Nampak ke putaran tu??? Tapi walaumacammana berputar pon, industry kita still lagi ok. Meletup2 je siti nurhaliza. Kalau tenggelam pun, adelah artis reality yg suam2 kuku. Ataupun artis yg kontroversi lebeh tapi bakat hampeh. Yg lain still ok. Masih boleh cari makan.

walaupun skrg kpop ambil tempat, tapi tengok, filem2 kita meletup2 je kat panggung. Ramai je penonton yg tengok! Kl gangster lebih 10 juta kot kutipan. Beli tiket sampai beratur panjang. Kaau kitorang tengok kpop pun, tengok free je kat internet. Kat youtube. Ataupun mintak dari kawan2 yg gila download. Kalaupun berbayar, itupun kalau pergi konsert cam super junior wat haritu. So ape pointnya yg kami ni rosakkan industry seni kita???
So renungkanlah. Sebelum lancang mulut nak mengata org x patriotic, bukak dulu kamus dewan, cari apa maksud patriotic tu sebenarnya. Jangan terus main menuding jari. Tersalah tuding nanti memakan diri. Akhir kata dari aku.. I love snsd forever!!!  Aku xpeduli ape org nak kata. Janji aku xganggu sesiapa!
So sampai jumpa!!! Wasalam!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Sunday, June 26, 2011

epson perfection 610

Dari jumaat lepas sebenarnya aku dok membelek2 google cari installer scanner kat office aku neh. Aduhh leceh gila. Da boleh download tetiba xleh install lak.
                Wehhh aku nak guna scanner lah!!!!! Apsal xleh lak nehh??
                Bukannya aku nak scan kandungan ke ape! Nak scan gambar2 furniture dari magazine je. Nak guna cepat. And akhirnya aku jumpa neh. Rupanya scanner neh mmg xleh guna untuk window 7 pon. Haih hampeh. So camnelah????
                Xkanlah aku nak kene scan kat luar kot?? Hmmm leceh r camni!! Haih susahlah!! ape nak buat???

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Saturday, June 25, 2011

paparazzi_lady gaga cover

lagy gaga time!!! hahahaha. mungkin org tanya, apsallah aku minat ngan si gaga ni. dia ni kan iluminati segala! hmmm aku xnafikan tu. tapi aku percaya, apa2 hal yg kita buat sekalipun, niatnya kena betul kan? lagipun lagu neh sgt seswai dgn aku. haha. aku kan paparazzi malatop gitu!! xpercaya? tanyelah membe2 aku! so.. moge terhiburr!!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Friday, June 24, 2011

what???? 12???

haha macam kelakar kan? blog neh da lama jugak wujud tapi baru 12 org pelawat. hahaha.

xdelahh.......
aku baru je tambah gadget tu. mmglah start dari kosong semula hahaha
alah tapi aku sedar diri
berapa sgtlah org yg bukak blog ni pun kan. haha
harap2 makin ramailah yg sudi nak bukak kan
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

telephone_lady gaga and beyonce_cover

love love love this song!!!!!!!! its hard to follow the original version. haha. aku kan amatur. so i just try to play it in my own style. hope u'll like it
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Thursday, June 23, 2011

poligami

ini aku petik dari entry blog feveret aku sekarang.http://puisitepijalan.blogspot.com.

seorang ustaz meluahkan:
"kalaulah tahu dek perempuan2 betapa indahnya habuan memberikan suaminya bernikah lagi,
nescaya diparangkan leher suami dan disuruh menambah bini."

serentak,
lelaki2 sekelilingnya ketawa bersama2.

disambung dek ustaz itu pula:
"dan kalaulah tahu dek lelaki2 betapa payah dan susahnya punya berbilang isteri,
nescaya diparangkan leher isteri dan dijerkah 'kenapa diizin aku bernikah lagi?'"

dan serentak juga,
lelaki2 sekelilingnya terdiam bersama2.



aku xnak komen apa2 pasal isu poligami. aku cuma minat ayat2 di atas ini. hahaha
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

semua tentang kita

aku suka lagu ni dari dulu. dari zaman peterpan mula2 muncul hinggalah zaman si peterporn pulak yg glemer skrg. yup.. mmg suara aku xberapa sedap. tapi aku cuma suka nyanyi. sebab aku rasa jadi lebih yakin kalau nyanyi. xkesahlah org cakap ape. yg penting aku xbuat salah and aku happy. kan kan kan?
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

aku benci tayaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

                Aku xtahulah ape malangnya nasib aku neh ha. Kalau cakap pasal tayar, akulah org yg paling malang sekali agaknya. Benci benci benci!!!!
                Heran kan? Apsal bila part aku je mesti tayar bocorlah! Pancitlah!  Fade up gila! Sampai abg bengkel moto tu pun sampai dah kenal sgt muka aku neh! Entah2 aku da ada nickname da kat bengkel tu. ‘budak pancit’.
                Aduh…. Leceh gila nak menolak motor bagai! Tengah2 panas! Jalan penuh org. aaaaaa malunyaa
                Org selalu cakap “ha tulah kau! Berat sgt siapa suruh” hello… berat aku mmglah lebih, tapi aku Cuma telebih 5 kilo je dari BMI tahap normal ok. Xdelah terlebih obes kot!
                Owh malangnyaaaaaa……………………….
                Ade ke org yg senasib dgn aku??
                Aaaa benciciciiicicicicicicicici!
                Hari ni jadi lagi. Nasib baik aku sempat sampai office da. Haih balik ni karang menolak lagi aku. Ommaaaaaaa xsukanya….
                Maybe org boleh cakap “alah normal lah tu” hello… kalau da semalam tukar tube, hari ni bocor lagi tu normal ke???? Waaaaaaaa sedeyh!!
                Xsuka xsuka xsuka!!!!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Wednesday, June 22, 2011

bosan tahap gaban!!

bila keje belambak, memang sakit bila nak buat
tapi bila xde keje nak buat
lagilah sakit dok melepak dalam office neh lelame
kematu dok dari pagi sampai petang
tolonglah cepat sikit pukul 5!!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com