oh belog

Friday, September 4, 2009

LISTEN TO THE NATURE

Haiiiiiiii......................
Serapan lengkongggggg!!!!!
Jawab pe? Lengkong semalam. Hu3
Listen to the nature
Kenapa aku bangkitkan tajuk ni kat sini
Sebenarnya ni just monolog yg saje2 aku buat

Dalam monolog ni aku cume nak manusia sedar ape yang telah kita lakukan pada dunia kita sekarang
Pada alam semulajadi
Ya, mungkin pada dasarnya kita fikir dunia ni milik kita
Tapi kita tak boleh ketepikan hak makhluk2 lain untuk hidup kat dunia ni
Coz kita jgn lupa diorang pun diciptakan tuhan sebagai makhluk kat dunia ni

Kalaulah diberi kesempatan mereka semua untuk meluahkan apa yang mereka pendam
Apa agaknya yang akan diorang katakan.
So dengan monolog ni aku harap dapat kita sama2 realise and insafi apa yang telah kita lakukan pada alam ni sebenarnye


Tutup mata semua........ tutup mata.
Tutup rapat2
Tutup.......................
Tarik nafas......... tarik dalam2............
Kau nampak ape aku nampak?
Nampak tak?
Cantik kan air terjun tu?
Kau nampak tak air terjun tu?
Jernihnya air............... sejuk.
Macam dalam peti ais aku rase.....
Eh,.....
Kau nampak tak ikan yg berenang tu?
Ikan apa agaknye ye?
Banyaknya.................... boleh bakar ni!
Tapi kesian........ nanti sungai ni sunyi xde penghuni.
Eh.........
Banyaknye burung!
Warna warni!
Macam kat taman burung.
Tapi xde sangkar,
Bestnya jadi burung. Bebas xde sangkar.
Rame2 pun ade.................... cantiknye................
Mana datang rama2 banyak ni?
Kat situ.......... kat sane.......... eh kat sini pun ade
Putih...............
Wahhhhhh cantiknye bunga ni!
Wanginye......... boleh tak kalau nak petik?
Hmmmmmm letak kat telinga lah!

Ehhhhh...............
Kau dengar tak?
Dengarlah betul betul!
Suara apa tu ha?
Bising!



Arggggghhhhhhhhhhhh..........
Aku dah bosan!
Kami dah bosan!
Mana2 kami pergi......... semua tak aman
Dunia impian aku dah musnah
Semua pasal korang
Aku benci manusia!
Aku benci korang semua!
Apa? Korang fikir korang bagus. Dunia ni milik korang?
Habis tu macam mana dengan aku? Keluarga aku? Kawan2 aku?
Manusia memang pentingkan diri!
Xkesah pasal orang lain!
Apa? Apa dia?
Oh..... korang rasa aku binatang so aku tak pentinglah!
Korang memang tak patut!
Korang kurung aku kat sini.
Sorang2. Aku bosan! Aku nak teman. Aku nak terbang!
Apa? Korang cakap aku tak bersyukur korang bagi aku makan?
Hei, aku boleh cari makanan sendirilah.
Korang bagi aku makan pun pakai duit hasil aku juga.
Korang kurung aku kat sini, untuk bangse korang tengok. Korang juga yg dapat duit
Aku dapat apa?
Korang ingat aku ni ape? Badut?
Aku ingat nasib aku kat dalam ni je yg malang.
Rupanya kawan2 aku yg bebas pun korang ganggu juga.
Korang memang tamak!
Habis semua sarang si layang2 korang kebas.
Eh, korang ni xde bende lain ke nak makan?
Manusia memang tamak!
Habis semua sarang tempua korang kebas. Korang gantung kat depan rumah.
Eh, korang tak malu ke ambil rumah orang lain untuk cantikkan rumah sendiri?
Macam mane kalau orang lain ambil rumah korang?
Mesti korang marah kan?
Wey,....... lepaskan aku!
Aku benci lah duduk dalam sangkar ni!



Betul tu!
Betul!
Aku sokong cakap kau tu kakak tua!
Manusia memang tamak!
Aku benci manusia.
Korang rosakkan sungai aku! Rumah aku!
Sampah sarap bersepah!
Aku nak berenang pun tak bebas
Korang fikir rumah aku ni ape? Tong sampah?
Bila air paip kat rumah korang kotor korang bising.
Tapi..... korang tak rasa bersalah langsung buang sampah kat dalam sungai ni.
Bukan setakat sampah, mayat pun korang buang dalam sungai.
Korang tak reti2 nak tanam?
Aku benci manusia!
Selambe badak je korang tuang toksid kat rumah aku.
Bila semua keluarga dan kawan2 aku mati, korang biar je.
Korang tak pernah fikir ape yg kami rase.
Korang tahu tak aku menangis macam nak mati?
Korang tahu tak betapa sukarnya kami nak survive dalam sungai yg kotor ni?
Anak2 kami semua mati, baru je menetas 2 minit
Yang korang tahu bila kami dah dimasak 3 rasa korang main balun je!
Ape dia? Kau cakap kau tak mencemarkan sungai?
Kau tak payah nak bohong ngan aku
Kau ingant ape yg kau buat masa mandi kat air terjun ni dulu?
Baru je berendam dah kencing!
Pengotor! Mabuk aku!
Eh aku tak kesahlah kalau kau nak tumpang mandi kat sungai aku.
Tapi biarlah beradap sikit!
Manusia memang kurang hajar!
Bagi balik sungai aku!!!!!!!!


Aku sakit.
Badan aku sakit.
Manusia memang kurang hajar!
Sampai hati buat aku macam ni
Korang petik aku, korang kate aku cantik, bau aku wangi
Suka2 hati korang je cium aku
Korang fikir aku ni xde maruah?
Bila aku cantik korang simpan
Tapi bila aku layu korang buang
Korang memang tamak!
Nak tunjuk kasih sayang konon
Hari kekasih nak tunjuk kasih sayang
Tapi ape korang buat?
Cantas aku, balut dengan plastik
Aku tak boleh bernafas
Macam tu korang sambut hari kasih sayang ke?
Manusia memang tak guna
Habis semua kawan2 aku jadi mangse korang
Kekwa, dahlia, orkid semua korang bedal sampai si teratai dalam tasik pun korang kacau!
Ape masalah korang sebenarnye?
Apa salah kami?
Kami nak hidup!
Kami nak kembang mekar !
Biar rama2 dan lebah yg datang. Kami suka mereka datang.
Mereka bantu kami.
Tapi korang lain!
Korang tak didik anak2 korang untuk sayangi kami!
Habis semua kawan2 aku diorang petik buat main masak2!
Macam xde bende lain
Habis lumat si kemboja diorang tumbuk pakai lesung
Ingat kami ni ape?
Hei kami ni makhluk tuhan jugaklah!
Korang memang tak patut.
Korang manfaatkan kami!
Korang tanam kami dalam pasu
Nak cantikkan rumah konon
Tapi............. kawan aku si si bunga raya kat depan rumah kau tu dah berapa lama kau tak siram?
Bila dia dah layu nak mati baru korang siram dia
Manusia kejam...................!!!!!






Semua salah manusia!
Memang salah manusia!
Korang rosakkan bumi kita!
Koranglah makhluk perosak sebenarnya
Tapi korang perasan bagus
Korang jangan lupa korang dapat bernafas sebab ada kami
Kami, pokok2 yang berhempas pulas menyediakan oksigen tuk korang
Tapi apa yang kami dapat?
Carbon monoksida.
Apa ni????

Bila berlaku tanah runtuh, apa korang kata?
“Takde pokok kat kawasan tu”
Salah kami ke?
Korang yang tebang kami, korang balak semua bangsa2 aku kat hutan
Jati, merbau, meranti, apa lagi?
Semua korang cantas

Bila ada tsunami............ apa korang kate?
“poko2 bakau kat tepi pantai sikit sangat”
Salah kami ke?
Tanpa rasa bersalah korang tebang kami
Dengan alsan kami boleh tumbuh semula
Manusia tamak!!!!
Cuba aku potong tangan korang pulak. Apa korang rasa?

Eh cukuplah...
Aku dah bosan.
Satu demi satu kawan2 aku kat sini tumbang
Semua kerja korang
Aku tak sanggup lagi tunggu
Bila nak sampai waktu aku? Cepat!
Aku rela mati dari tengok semua kekejaman korang
Biar aku hempap korang dengan badan aku yang besar ni
Sama macam mana kami terhempap anak kami yang baru nak tumbuh
Bukan kami yang minta, tapi korang yang buat semua tu!
Cepat! Mana chain saw korang?
Aku cabar tebang aku sekarang!
Aku dah muak!!
Cepat!!!



Huh!
Aku peduli ape?
Pergi matilah korang semua
Yang penting aku kaya, aku bahagia.
Korang nak menderita korang punya pasallah!
Hei.....
Peduli ape aku kalau kakak tua kena kurung dekat zoo.
Janji aku dapat duit.
Bukannye aku tak bagi dia makan pun.
Selera je aku tengok dia makan hari2.
Xreti bersyukur kau ni!

Hmmmm....
Peduli ape aku kalau sungai kau kotor
Janji air paip kat rumah aku bersih.
Kalau x memanglah aku marah. Aku bayar bil tiap2 bulan kot!

Aku tak kesah langsung
Nangislah!
Marahlah lagi
Hua ha ha ha
Ape sangat yang korang boleh buat pon
Marahlah lagi!
Xde effect pun.
Hahahahahahahaah!!!!!!!

-The end-

So.................
Lepas ni, bila korang pandang pokok
Cuba fikir apa yang cube pokok tu katakan pada kita
Kalau terdengar burung berkicau,
Cuba dengar betul2
Apa celaan dan makian yang cuba dia sampaikan pada kita

So, Jangan ingat kita manusia saja yg ada perasaan ok!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: