oh belog

Monday, February 28, 2011

taj mahal untuk aku

*diam*
xterkata apa
hilang semua madah2ku
sorok belakang pintu

*geleng2 kepala*
mana ilham aku???
mana inspirasi aku???
terpaling dari taat
terpesong dari patuh
yg biasanya bisa ku arah
yg biasanya bisa ku kerah
tapi kini aku kosong

*tarik anak rambut*
mana kau si taat yg derhaka??
aku mau kau ada
aku mahu guna kau
aku mahu kerah kau
bina astana seindah taj mahal untuk aku!
astana kata yg selalu aku minta dari dulu

*merah padam*
aku berang dgn kamu
terpesong melulu
siapa yg ajar kau begitu??
mana taatmu?
siapa curi patuhmu??
raja jiwa murka
kau mahu disula atau pancung kepala???

*diam lagi*
haih xsudi aku mau memujuk
tiada sebab untuk kau merajuk
selama ini kau kujaga
selama ini aku hargai lepas kau diguna
tapi kini aku kosong
tanpa kata2 jiwa yg diidam dari dulu

xkira!
aku mau taj mahal aku!!
dibina dari kata2mu
dibina dari madah2mu
kerahkan segala bala tentera untuk itu

taj mahal itu untuk aku
bukan untuk dipamer pada dunia
bukan untuk dibangga geran pemilikannya
tapi sebab aku idam itu
untuk kepuasan jiwa
untuk kata2 yg aku cinta

ilham,
aku perintahkan kau taat
tunduk padaku selagi mungkin
binakan 'taj mahal kata' ku
indah untuk aku
gemilang buat aku
untuk bahasaku









*maka ampunkan kataku ini
andai tersasul-sasul kau xmengerti
kerna ini jiwa aku
kerna ini cinta aku
xmudah nak fahami

taj mahal untuk aku: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Tuesday, February 15, 2011

Rizal yang Insaf


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


Sumbangan: Aiman
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

hidup segan mati xmahu

hahahaha
blog neh mmg hidup segan mati xmahu pon

mmg aku akui fakta itu!

ok lepas ni aku kasi topeng sikit2
make up sikit2
biar xsegan lagi

aku bagi oksigen sikit
if xaktif pun atleast bernafas lagi
ok!!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

jual ikan


mari!

mari!

mari!!

aku 'jual ikan' sekarang

jangan tanya kenapa

sebab aku da bosan kena tendang!

aku rasa aku da cukup bisnes mahal dari dulu

tapi still kena tendang juga

haih xcukup mahal ke?

ok fine!

lepas ni aku mahal

nak discount??? pegi mati!!

cukup sudah jaga hati org

cukup sudah ambil berat pasal org

lepas ni aku 'jual ikan'

so maaf xdapat nak layan

coz aku busy

bisnes xcukup tangan

peribahasa kata,

beri betis, nak paha

ok, lepas ni aku 'jual ikan'

kau nak betis ke, peha ke,

xde lagi ye!!

mintak maaf sesangat!

nak sesungut aku bagi!

terasa aku sudah cukup jahat

selama ni aku rasa aku jahat

heran camne aku dikuis jugak?

ok fine

lepas ni aku jadi lagi jahat

jangan tanya kenapa

sebab kau paksa aku begitu

90%

80%

70%

haih banyaknye discount aku bagi

lepas ni....

10% pun belum tentu kau dapat

jangan marah sebab aku da cakap awal2

jangan hairan sebab aku dah pesan dari awal

sakit kena pijak

sakit kena hinjak

mungkin selama ni kau jual tenggiri,

kerisi

patin,

keli

hahahahaha x relevant lagi

xkelas langsung!!

bankrupt kau pasni!!

sebab aku jual arowana

aku jual flower horn

aku jual goldfish

kau ada??

kelas gitu!!

haih rasa teruk pulak tulis camni

tapi ade aku kesah?

kau yg buat aku jadi camni

aku dah sedia 'format' diri

lepas ni if aku cakap"aku busy"

if aku cakap "p buat sendiri!"

if aku cakap "pegi mati"

jangan kecil hati

sebab aku mmg busy

'jual ikan' sana sini

macam beyonce cakap

"listen, im more then what, you made of me"

macam tu akan nyanyi depan muka kau lepas ni

sorry!

p/s: note ini untuk specific person sahaja ok !





pen'jual ikan' berjaya: deedymyself

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Monday, February 14, 2011

tidakkkkkkkkkkkkkk

tidaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
aku xmahu bayangkan itu!
aku xmahu dengarkan itu!

sebab itu semua cuma buat aku sakit
itu semua bikin aku sempit
itu semua jadikan aku terhimpit

jangan cakap lagi
cukup sudah aku terseksa dengar itu!!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

untuk dia yg telah pergi. ini..... 'KITA'

lirik lagu ni aku tulis untuk lagu tema archifest KITA 2011

diminta tolong oleh junior yg compose lagu ni

so aku try untuk karang lirik ni mengikut cerita yg dia nak

lirik ni siap seminggu lepas, waktu asar 06.02.2011

sambil guling2 atas katil aku konon2 cari ilham

so siap dalam 30 minit camtu

haih xsangka

takdir tuhan

apa yg aku tulis terkena balik pada aku

11.02.2011 lepas isyak aku dapat tahu

tarasa hilang itu

terasa kosong itu

bila seorang rakan yg aku kenal baik di sekolah dan di uitm perak ini juga

pergi selamanya kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya

terkejut dan xpercaya semua ada

and lagu ini berdengung2 dalam kepala aku sekarang

haih, tapi aku redha dgn takdir itu

so, buat kau yg telah pergi. ini......


KITA

keseorangan di situ

xsiapa yg menahu

menanti datangnya waktu

menanti hadirnya dirimu

kau mengisi sepi di hati


kau sahabat sejati

hadirmu menghapus sepiku

denganmu terukir senyumku

betapa indahnya waktu bersama dirimu


dan bila duka menangis bersama

dan diriku perlu kamu

aku yang sering memendam segala

hanya engkau tahu


cerita indah saat bersamamu

xkan luput didalam ingatan

kau hulur tangan disaat ku perlu

tersenyum kau genggam tanganku


dan

dikau pergi

tanpa ganti

kusendiri

penuh tenang, kau pejam matamu


sahabat tenanglah engkau di sana

ku di sini, merinduimu

doaku akan sentiasa buatmu

mengiringi pemergianmu


oh tuhan

berkatilah

sahabatku

di syurgamu

ampuni dosanya yang lalu


dan aku tetap disini

walau engkau tiada lagi

bersama

semangatmu akan tetap

kusemat di hati,

selamanya


sahabat, kita sehati

kita sejati

kita hakiki

selamanya

alfatihah untuk teman terbaik ini. (syafiq kusnin) moga kau ditempatkan di tempat org2 yg soleh

amin!

KITA:deedymyself

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com