oh belog

Thursday, June 30, 2011

tentang hari ini

Lihat hari ini
Cerah pagi-pagi
Bunga2 warna warni
Harum  mewangi

Senyum hari ini adalah berkat perit semalam
Riang hari ini berkat sakit yg semalam
Berbunga jiwa ini akibat layunya yg semalam

Sebab hari baru ini cerah
Sebab hari baru ini meriah
Hasil semalam yg gundah
Hasil semalam yg lelah

Aku tenung langit cerah hari ini
Berfikir sejenak dalam hati
Mana perginya awan mendung semalam?
Mana perginya  bayu dingin semalam?

Sebegitu cepat hari berubah
Membawa bersamanya segala rasa yg semalam-semalam
Datang dengan senyuman secerah mentari pagi ini
Aku riang
Hati aku bilang “jangan hujan lagi”

Pagi ini aku doa pada tuhan
Minta dicerahkan walau Cuma sehari
Minta dijauhkan dingin semalam untuk hari ini
Minta itu dan ini

Hingga aku lupa
Segala itu tuhan jadikan punya hikmah tersendiri
Ujian2nya hanya untuk yg mampu menanggungi
Selepas hujan pasti muncul pelangi

Jadi hari ini aku bilang
Kalaupun hujan, aku bawa payung warna warni
Kalaupun hujan, aku xkesah kebasahan lagi
Kalaupun hujan, pasti nanti muncul pelangi

Indah hari ini buat aku bersyukur
Tentang rahmat ilahi
Tentang anugerahnya pada diri
Tentang hari esok yg menanti
Dan hujan semalam yg membasahi

Hari ini aku senyum: deedymyself


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

4 comments:

farah wahida said...

hari ini...

DEEDYmyself said...

ari ini ape wahi???

arora said...

di..lpas bace puisi ko nie, jd rindu aku dgn sastera...skang da tak ada geng nak berkarya.. :(

DEEDYmyself said...

perlu ada geng ke? aku cuma bekarya sorang2. kepuasan diri sendiri tu yg penting kan.