Haluuuuuuuuuuuuu…… serapan lengkong!!!!!
Jawab ape?? Ahaha lengkong semalam!!
Assalamualaikum
Banyak feedback yang aku terima dari entri yang lepas.aku anak felda. Kebanyakannya tentang warga2 felda yang bersetuju dengan aku tentang betapa bertuahnya hidup di felda. Ada juga individu2 yang tidak tahu apa itu felda rasa tertarik dengan kehidupan di felda. Jadi untuk itu aku ucapkan terima kasih pada kamu2 yang sudi membelek blog sampah rojak aku ini.
Ramai yang xsuka baca entri panjang2, aku tahu. Tapi aku memang gemarkan tulisan yang panjang2 ini. Rasa seronok. Macam yang aku selalu tuliskan di sini, kalaupun tidak ada yang sudi membaca, aku anggapkan ini macam tulis diari. Ok!!
Baik kita teruskan lagi. Entri hari ini lain sikit tajuknya. Konon2 macam aku ada baby untuk diberi pada orang pula. Hahahaha. Sory, aku bukan maksudkan baby orang ok!!
|
bukan baby yang ini ok!!!! |
|
haaa.... yang inilah yg aku maksudkan!! |
Seperti yang aku ceritakan di entri lepas, di felda itu abah bela kambing. Seronok!!! Ok bagi yang xmembaca entri lepas, aku sertakan ‘petikannya’ di sini. Haha. Malas mahu menaip lagi.
“Kebanyakan felda bergantung pada hasil ladang getah dan kelapa sawit. Di bukit waha ini kami2 mengusahakan ladang kelapa sawit. Bagi aku, banyak untungnya ladang sawit berbanding ladang getah. Memanglah secara relatifnya harga getah jauh lebih tinggi dari kelapa sawit. Tapi penjagaan dan pengelolaan ladang kelapa sawit itu jauh lebih mudah. Di ladang getah kau harus menoreh hari2. Baru dapat hasilnya. Kalau musim hujan, langsung xmendapat apa. Tapi di ladang sawit, penuaian hasil cuma dilakukan 2 kali sebulan. Selebihnya kau boleh duduk goyang kaki. Sebab itu ramai peneroka dari felda aku buat kerja sendiri. Ada yang bercucuk tanam, berniaga, memandu texi, bas kilang, dan lain2 lagi.
Abah aku pula memang jenis yang xreti duduk diam. Dari dulu sampai sekarang ada saja kerja yang nak dia buat. Ladang kelapa sawit memang abah jarang pergi. Sebab selalunya proses menyabit sawit itu abah upahkan pada pekerja2 indonesia.
Dulu abah ada ladang pisang. Luas. Pisang tanduk, pisang nipah, banyak abah tanam. Lepas itu kebun pisang itu abah tanamkan pula dengan nenas madu. Yang itu aku suka! Sedap!! Tapi tanam nenas leceh. Akhirnya kebun itu abah tanamkan sawit juga. Dan sekarang sudah boleh dikutip hasil tiap2 bulan.
Masa aku di sekolah rendah, abah bela lembu. Banyak. Lebih 40 ekor macamtu. Jadi akulah yang jadi mangsa kena tolong abah petang2. Kami guna pagar elektrik untuk kurung lembu2 itu. Jadinya bila kawasan itu dah kurang rumputnya, nanti selang 2 hari kami pindahkan ke kawasan baru. Penat ok kerja dok gulung wayar and angkat tiang2 tu. Belum lagi kalau lembu2 tu terlepas ke kebun orang. Rasa nak sepak2 sekor2. Tapi kadang2 seronok juga. Bila fikir2 balik, itulah pengalaman yang berharga. Berapa ramai kawan2 sebaya yang ada pengalaman sebegitu? Boleh dikira. Aku ini kira beruntung diberikan tuhan pengalaman itu. Syukur.
Lama juga abah bela lembu2 tu. Hinggalah aku di tingakatan 2 kot. Bila abah sakit teruk dan xada sesiapa nak jaga lembu2 tu. Kebetulan ladang2 kelapa sawit itu pun baru ditebang dan ditanam semula, jadi abah terpaksa jual semua lembu2 kesayangan dia tu. Abah memang sayang. Kalau boleh hari2 dia nak pindahkan pagar lembu2 tu. Takut xcukup makan. Padahal banyak lagi rumput yang belum disentuh. Agaknya kalau aku yang jaga mati kering lembu2 tu. So kami jualkan semua. Pada siapa aku xtahu. Beberapa bulan lepas tu abah dah sihat dan duduk dirumah saja. Xpun dia kekebun pisangnya.
So masa aku ditingkatan empat. Abah bela kambing pula. Dia buat kandang kambing di kebun. Kecil je. Dalam 4 meter kali 4 meter. Mula2 abah bela dalam 5-6 ekor macamtu. Buat suka2 dia kata. Buat hilang bosan. Nanti tengah hari abah lepaskan kambing2 tu ke tanah untuk cari makan. Petang abah datang halau balik kambing2 tu ke kandang. tapi diam-diam dia beli lagi dua ekor lembu pulak. Konon nak bela macam dulu2. Tapi kami adik beradik xbagi. So dia jual semula. Jadi di bela kambing sahaja.
Aku xtahu bakat apa yang specialnya ada pada abah. Sebab semua binatang yang dia bela mesti hidup sihat2 dan membiak dengan banyak. Mula2 kandang kecil itu, lepas itu kambing abah dicuri 6 ekor. So abah buat kandang baru. Lebih besar dan ditempat yang susah orang nak curi sebab di situ dekat dengan rumah orang2 indonesia ya bekerja di ladang.
Kandang baru itupun xmuat. Dan abah buat lagi satu kandang di sebelahnya. Lagi besar. Baru saja siap minggu lepas. Ternakan yang hanya untuk suka2 tu dah jadi macam serius pulak. Bermula dengan beberapa ekor, sekarang kambing2 abah dah hampir seratus lebih bilangannya. Itupun banyak yang sudah dibeli dan disembelih orang. Kalau tidak makin penuhlah jawabnya.
Itu cerita kambing. Ayam kampung yang abah bela di rumah jgn cerita. Bersepah. Pagi2 mesti dengar mak membebel sebab nak basuh tahi2 ayam di tangga dan beranda. Hahaha. “xpe mak, raya nanti kita sembelih tu semua buat rendang!”
Ok itu cerita pasal abah. Peneroka2 lain pun banyak aktivitinya. Ada yang menanam ubi. Berekar-ekar. Perusahaan belacan, tempe.. banyaklah. Dan yang paling popular di waha memestinya tapai ubi. Kalian akan lihat berderet2 gerai2 kecil menjual tapai sepanjang jalan masuk ke felda ini. Cubalah rasa. Sedap ok!!!”
Ok teruskan lagi. ada yg minta aku uploadkan gambar2 kambing itu di sini. Jadi hujung minggu lepas aku sempat balik ke kampung. So di sini aku sertakan gambar2 kandang kambing abah untuk tatapan pembaca.
|
semua dah menunggu kat pintu minta aku lepaskan |
|
ok yang tergantung tu adalah sejenis garam. aku pun xsure garam ape. tapi kambing2 ni suka jilat2 garam tu. |
|
anak kambing ni sgt comel. dia ada kembar sekor lagi. mak dia just jaga yg sekor tu je. so ygni xdapat kasih sayang mengikut je kemana orang pergi |
|
aku geram gilaaaaaa!!! |
|
manja sgt. macam anak anjing pun ada ni |
|
tengok. mengikut je mana aku pegi |
|
yg ini miracle. selalunya kambing berank 1 je. kadang2 dua ekor. tapi yang ini anaknya empat ekor. tapi tinggal 3 sebab sekor lagi mati. semuanya hitam. bapak korang hitam ea??? hahaha |
|
yg ini si kembar kambing kecik tadi |
|
tengoklah mak dia pilih kasih!!! |
|
ni kandang yg baru siap tu. tapi kat bawah dah penuh tahi. haha |
|
yang sebelah tu kandang yang lama |
Ok sudah lihat gambarnya. Aku xambil gambar di bawah kandang itu. Penuh tahi!! Ahaha. Cukup kau lihat haiwan2 itu saja ok!!
*owh penat*
Ok teruskan. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan benda-benda ni semua dengan tajuk entri hari ini?? Haha. ok aku nak cerita ni.
Sekarang ini, siapa-siapa yang lalu jalan di depan rumah wak marji mesti pelik. “eh wak marji bela anjing ke??”
Ahahahaha. Sekali pandang memang Nampak macam ada dua ekor anjing depan rumah aku. Abah ikatkan bawah pokok. Seekor putih, seekor tompok2 hitam. Tapi bila pandang kali kedua, “lahhh kambing rupanya”
Tambah lagi bila sebok dua ekor tu mengembek lapar susu. Xkanlah anjing bunyi embekkk embeekk pulak kan?? Haha.
So inilah anak2 angkat abah. Yang aku ceritakan tadi itu. Ahahaha. Comel kan???
Ok mari sini aku kenalkan sekor-sekor
Yang besar ini namanya Ujang. Umur dalam 3 bulan macamtu.
Abah bela Ujang dekat rumah sebab ibu dia dah mati masa beranak. So xde yang nak bagi dia susu. Jadi abah letak dia di rumah. Senang nak beri dia munum nanti. Jangan tanya kenapa Ujang? Sebab aku xtahu kenapa abah bagi nama tu. Abah memang suka bagi nama dekat binatang. Tapi bukanlah semua, nak hafal nama cucu2 dia yang 15 orang tu pun kadang2 tersasul-sasul abah salah panggil. Ini pula kambing yang berpuluh ekor.
Adelah sekor dua yang abah bagi nama. Macam ujang ni. Dulu masa abah bela lembu pun ada jugak yang abah bagi nama. Contohnya macam Popo, Kancil, Bagong. Hahaha comel je!! Macam tu lah wak Marji kalau korang nak tau.
Ok yang putih ni pulak abah bagi nama Upin. Haha kartun feveret cucu2 dia. Yang ni baru dua bulan. Abah bela kat rumah sebab ibu dia xnak bagi dia susu. Kedekut! Buat anak je pandai! Hahaha
Diorang dua ekor ni minum susu 3 kali sehari. Pagi, tengah hari and petang. Kat rumah ada doktor haiwan abah upah untuk jaga budak2 dua ekor ni. Doktor tu siapa lagi. Adik akulah si Lily itu. Hahahahaha . Dia kan pelajar UPM jurusan veterinar. So cuti 3 bulan feeling2 jadi doktor jaga kambing2 abah. Hahahaha. Pernah sekali tu si ujang kembung perut xtahu kenapa. Bulat macam nak meletup perut dia. Bulu2 pun gugur semua. So Lily bagi dia ubat ape ntah. Ubat cacing kot. Terus je ok budak sekor tu! Haha. nasib baik sihat. Kalau tak fail kau jadi doktor dik oi! haha
|
haha ni kes kebulur lapar susu |
Yang dua ekor nilah aku boleh peluk2 cium bagai. Sebab xbusuk. Lily mandikan kadang2. Yang lain kat kebun tu. Aduh!!! Harum!!
Ada yang cakap “ha puaslah kau makan kambing!!”
Tapi aku bilang ini, bapak aku memang bela kambing. Tapi aku xreti makan kambing. Orang cakap aku jakun, rugi xmakan and apa2 lagi. Tapi aku memang xmakan kambing
Daging lembu pun aku kurang makan. Tengok pada masakannya. Kalau rendang, black pepper, sate, burger, tu memanglah aku makan. Tapi yang lain2 aku xnak. Lagi2 kalau masih fresh. Aku xminat bau daging segar. Sup tulang lagilah aku xpernah sentuh. Cakaplah sedap mana pun. Aku tak minat.
Ingat lagi awal tahun ini. Lecturer aku en Azman buat rumah terbuka. Jemput student2 semua. Dia buat kambing bakar. Entah kenapa dalam hati hari tu aku niat yang aku nak belajar makan kambing! Aku nak makan!
So aku ambil sepotong gading kecil masuk dalam pinggan. Aku belah tiga. Baca bismillah terus makan. Dua tiga kali kunyah aku loya. Xtahu kenapa tiba2 aku rasa feelingnya macam TADAH HIDUNG AKU DEKAT BAWAH KANDANG KAMBING ABAH. Terus aku keluarkan balik daging tu. Ihsan kat sebelah tengok aku semacam. Haha. akhirnya dia yang habiskan lagi dua potong daging tu. Ye aku JAKUN! Last-last hari tu aku balik perut penuh nasi goreng saja.
Bukannya mengada-ngada. Tapi tekak ini xmahu terima. Lagi untung tak makan. Daging kambing kan mahal sekarang ni. Hehehe. Kalau kau bagi aku seafood tang itu jugak aku balun semua. Sotong sama udang itu feveret aku!!! Alamak, tetiba teringat ‘mee banjir udang’ yang selalu aku makan kat perak sana. Owh terliur pula puasa2 ni.
Nanti balik perak aku mau balun mee banjir udang tu lagi. Banyak ok udang dia. Besar2 pulak tu!!!!!!! hahahahaha
Adus. Penat sudah menaip ni. Jadi mahu tamatkan entri ini di sini saja. Maaf kalau ada tersilap kata atau apa2. Setakat ini itu saja yang mau aku kongsikan pada pembaca. Moga kita jumpa lagi di lain2 masa ok!! Terima kasihlah pada yang sudi membaca entri ini sampai ke hujungnya. Lain kali aku ceritakan benda2 yang lain pula ok!! Wasalam!
Jangan belanja aku makan kambing: deedymyself