oh belog

Monday, August 1, 2011

ramadhan datang lagi

Haluuuu serapan lengkoooooooooongg!!!!!
Assalamualaikum!!

Ramadhan datang lagi. Datang bersama segalanya keistimewaan dan kebaikannya. Buat aku bersyukur betapa bertuahnya kerna berjumpa lagi dengan ramadhan tahun ini. Alhamdulillah!

Ada yg ditarik nyawanya beberapa hari sebelum ramadhan ini. Macam sepupu aku, zaharuddin yg meninggal 3 minggu lepas. Dan juga ‘angah’ jiran aku, yang meninggal khamis lepas. Untuk itu, kita2 yang masih hidup ini harus bersyukur masih diberinya lagi kesempatan. Masih diberikanny lagi kekuatan untuk bersama-sama lagi di bulan ramadhan. Syukur.

Tergelak aku bila ingat balik peristiwa semalam. Bila ‘aniq’ anak sulung kak iza yg baru 5 tahun usianya itu selamba je masuk dapur tengah2 hari meneguk air. Pastu bila ditanya “aniq tak puasa ea?” dia jawab “kita puasa lah”  lepas tu ‘sambung’ puasa sampai petang. Hahaha biasanya dialah cucu paling xreti dok diam bila balik rumah abah. Tapi semalam dialah yg paling senyap sekali. Elok je dok depan tv. Tapi muka serius cam dah xlarat langsung. Masa buka terbaring sebelah mama dia. Hahaha kesian.

Lain pulak cerita ‘dek ya’ anak bongsu abang adi. Start tengahari je dah merengek2. Haus dia kata. Macam2 dah orang pujuk nak bagi dia tahan puasa. Merengek jugak. Haha. Xboleh blah bila dia kata “bu, adik nak minum sikit je ibu!!” “bu, adik rasa sikit ea!!” hahhaha. Masa nak buka, belum lagi azan dia dah nak suap mee goreng dalam mulut. Hahaha. Kesian.

Teringat pulak zaman kecik2 dulu nak belajar puasa. Masa kat tadika, cikgu xbagi makanan, so aku ‘puasa’. Balik rumah je terus bukak peti ais. Hahaha. Nakal gila time budak2 dulu. Tapi start darjah satu aku dah mula puasa penuh pagi sampai petang. Adalah jugak terbabas sini sana. Tapi oklah. Start darjah 3 baru dapat puasa penuh sebulan.

Hahaha. Seperti biasa aku akan rindu zaman kecil2 aku bila mula bercerita tentangnya.

Aku nak tanya neh. Korang ada x kebiasaan2 yang korang buat bila bulan ramadhan yang lain dari bulan2 yang lain???

Kalau aku, kebiasaannya aku xkan berbuka dengan nasi berlauk. Maksudnya bukan dengan nasi putih, ayam masak merah, sayur2 atau sebagainya. Dari kecik aku lebih suka berbuka dengan benda2 lain. Contohnya, mee goreng, mee sup, nasi lemak, nasi ayam, nasi kerabu or sebagainya. Aku bukannya memilih, tapi… ntah, xtau kenapa aku begitu. Susah nak terima makan nasi putih waktu berbuka. Bukannya demand lebih, sebab kadang2 aku lebih suka masak ‘maggi special’ ala2 aku kalau mak masak nasi putih. Selera aku di bulan puasa ni lain sikit.

Kalau mak pulak lain. Tekaknya xboleh terima ikan masa bulan puasa. So memang xjumpalah ikan goreng or apa2 saja lauk ikan sepanjang satu bulan. Kalaupun ada, cuma sardine dalam tin yang mak masak waktu sahur.

Haha. Cerita pasal makanan je! Aku tau sepatutnya di bulan ramadhan neh kita harus banyak bercakap tentang amalan2 ibadah. Tentang benda2 yang baik. Bukannya tentang makanan. Tapi entah, aku tergerak untuk tulis tentang ini hari ini. Jangan marah ok! Blog aku memang bukan blog dakwah. Ia cuma blog ‘sampah’. Tempat aku membebel sorang2. Tempat aku berangan2, memekak main gitar sorang2.

Semalam satu ogos. Merangkap satu ramadhan. So aku ngan abg adi pergi ke kubur arwah mak. Bersihkan segala rumput2 lalang. Makin lama makin jauh nak ke kubur arwah mak. Makin hari makin bertambah kubur di barisan depan2. Jadi kubur arwah mak yang berada di barisan ketiga itu letaknya jauh ke belakang di tanah perkuburan felda itu. Hati aku cakap “sekejapnya dah penuh tanah perkuburan ni”

Ramai juga yg ada di tanah perkuburan tu semalam. Masing2 sibuk membersihkan kubur ahli keluarga masing2.  Kubur2 di situ boleh aku kategorikan pada 3 bahagian.

1)     Kubur2 baru yang masih merah tanahnya. Belum ber’kepuk’ dan nisannya masih lagi nisan kayu seperti yang asalnya

2)      Kubur2 cantik berkepuk konkrit, marmar atau kayu. Bersih tanpa rumput. Dan kebiasaannya permukaan kubur2 ini ditaburi dengan batu sungai yang halus bewarna putih kebanyakannya. Jadinya susah untuk rumput2 atau lalang bercambah di situ.

3)      Kubur2 yang Nampak macam ‘tidak terbela’ dengan rumput dan lalang di sini sana. Pokok kemboja putih tumbuh tinggi xterjaga. Batu nisan yang tumbang dan patah segala. Permukaan kubur dgn level tanah sekeliling hampir sama rata. Mujur ada nisan. Kalau tidak pasti sudah orang langkah sini sana. 

Lihat kubur jenis 1, aku akan fikir, “owh ni kubur baru ni”
Lihat kubur jenis 2, aku akan fikir “baguslah, terbela kubur ni. Ada orang jaga. Mesti selalu sanak saudara datang bersihkan semua”
Bila lihat yang nombor 3. Aku rasa kesian “mana pergi saudara mara? Xingat kah pada dia? “ dalam hati aku doa. Kalau aku mati nanti, harapnya kubur aku terbela. Doa2 xputus aku terima. Dosa2 aku diampunkan semua. Harap xada yg lupa. Amin

Usai membersihkan kubur arwah mak. Sempat juga aku dan abang adi menyedekahkan alfatihah. Di kubur barisan belakang2 itu, xramai keluarga yang datang semalam. Jadi cuma aku dan abang adi. Betul2 selepas barisan pertama kubur2 itu, terus sudah jumpa ladang kelapa sawit. Mujur pokoknya masih kecil2. Kalau tinggi melangit, tentu aku gerun untuk berada di situ sungguhpun waktu siang2 hari.

Aku tenung nisan kubur emak. Sekarang 1 ogos. Bermaksud, 13 hari lagi genap 21 tahun usia aku. Dan genap 21 tahun juga emak pergi. Lama sudah. Memang arwah emak antara yang terawal meninggal dunia di felda itu. Jadinya kubur emak di barisan belakang2 sekarang. Aku tenung masa2 dulu. Hmmm cepanya masa berlalu. Aku bukannya budak2 lagi sekarang.

Tahun ini birthday aku di bulan ramadhan. Harap ada hikmah berlakunya semua ini. Harap ada kebaikannya semua ini.

Harap aku terus tabah
Harap puasa aku cukup
Harap dapat raya
Harap aku jumpa lagi ramadhan2 akan datang
Harap aku mampu menjadi insan yang lebih baik
Harap ibadah aku diterima
Harap ibadah aku dilipat ganda
Harap semuanya bahagia
Harap keluarga aku bebas dari segala musibah menimpa
Harap rakan2 aku sihat
Harap rakan2 aku selamat
Harap semuanya diberkati tuhan dunia dan akhirat

Aku ada kerja nak dibuat sekarang. Jadi proses membebel hari ini terbantut di sini. Moga bertemu kalian lagi di entri2 akan datang wasalam.

Ramadhan datang lagi: deedymyself




edited: mungkin ada yg keliru tentang 'mak' yang aku maksudkan di atas. arwah mak aku meninggal sewaktu lahirkan aku. jadi 'mak' yg aku katakan xmakan ikan di bulan puasa itu adalah mak tiri aku. dia jaga aku dari kecil. and aku xpernah anggap dia mak tiri. so sekarang xkeliru lagi kan???







Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

1 comment: