oh belog

Tuesday, August 9, 2011

kau mahu jadi yang mana?



Haluuuuuuuuuuuuuuuu….. serapan lengkooooongggggggggggg!!!
Assalamualaikum!

Lama rasanya xmenulis di sini. Keinginan nak menulis itu ada. Cuma masa pula yg xada. Kalaupun ada masa, nantinya aku sendiri yg hilang mood nak menulis. Jadi bila ada masa dan mood macam sekarang, aku akan gunakan sepenuhnya untuk menulis. Walaupun merepek meraban, janji aku dapat menulis sudah cukup

Belum2 lagi aku sudah merepek. Melaut. Hahaha.

Ok baiklah. Entry yg lepas aku tulliskan ‘tetap aku’ tajuknya. Entri pendek yg aku selitkan video lagu aku dan sedikit lirik lagu tersebut di bawahnya. Xketinggalan sedikit kata alu2an di atas. Itu saja. Puncanya sebab aku kekurangan masa.

Padahal masih banyak yang aku mahu ceritakan mengenai hal itu. Mengenai betapa pentingnya kita2 ini menjadi diri sendiri. Tentang betapa kita tidak seharusnya melulu mengikut telunjuk orang tanpa mempedulikan kepercayaan pada diri dan jati diri sendiri.

Yang aku maksudkan di sini bukanlah kita harus mementingkan diri sendiri. Bukan! Aku maksudkan betapa kita punya hak untuk memilih haluan yang mana yang bakal kita tempuh dalam hidup. Jenis orang yang macam mana kita mahu jadi sepanjang kita di muka bumi ini. Bukannya kita harus hidup sorang2. Bukannya kita xperlu kesah pasal orang. Bukan.

Jujurnya bagi aku menjadi diri sendiri itu baik. Setidaknya kita xperlu terseksa berpura2 sepanjang hidup. Terkadang kita terpaksa mengikut kehendak orang. Terkadang kita terpaksa mengikut arahan orang. Xsalah mengikut. Selagi arahan itu tidak menyimpang hukumnya, ikutlah.

Tapi bagi aku, buat apa kita ikut kehendak orang jika diri sendiri terseksa? Buat apa menjadi orang lain jika diri sendiri merana? Jadilah diri sendiri. Jadi seperti mana yang kau mahu jadi.
Kau mahu mulut bising
Pendiam
Pemberani
Baik, sopan, santun
skema
pemberi senyum paling menawan
Jadilah!

Sebab pilihan itu di tanganmu. Selagi engkau percaya apa yang engkau mahu jadi itu betul. Selagi hukumnya tidak menyimpang. Selagi tidak menyusahkan orang. Maka jadilah. Aku percaya kau akan bahagia jadi diri kau sendiri.

Peduli orang mahu kata apa. Kau tak buat salah
Peduli orang mahu benci. Kau xperlu mengalah
Sebab manusia selalu dengki
Sebab ada di antara kita yang busuk hati

Tapi jika pilihanmu itu salah. Maka kau harus peduli bila orang mengata. berubahlah bila orang benci. Berubahlah. Tandanya kau xsesuai jadi diri sendiri. Pilihan kau menyimpang hukumnya.

Hukum tetap hukum. Haram tetap haram. Kalau dah salah, jangan pilih. Kalau dah sah2 menyimpang dari agama, jangan jadi. Pilihan itu di tangan kita. Maka bijaklah.

Kalau sudah jauh kau menyimpang. Jangan pula disalahkan orang. Jangan dituding jarimu pada muka2 orang.  Pilihan itu di tangan kita. Kita yang memilih, kita jugalah yg harus menanggungnya.

 “pasal kaulah aku jadi penagih dadah. Kalau kau x ajak aku mesti dah jadi mat masjid sekarang!!”
“dulu aku budak baik. Pendiam. Tapi sejak rahim ajak aku tonton video lucah. Aku terus jadi liar. Memanglah sekarang aku perogol. Tapi sebenarnya aku budak baik”
“mana ada aku curi?? Zani yg curi rambutan tu, aku makan je”
Wak lu!!!
Kepala lutut hang!!!!
Upsss sorry terlepas!!!

Apapun engkau jadi…….. jangan salahkan orang
Sehancur apa pun engkau nanti………. Jangan pernah tuding jari pada orang

Sebabnya, sehebat mana pun si abu menghasut engkau, engkau xkan hancur selagi hati kau tidak bilang ‘ya’

Sehebat mana pun si timah meracun otak engkau, engkau xkan terpengaruh selagi hati engkau tidak bilang ‘ok aku cuba’

Sebabnya semua itu kita yang pilih, kita yang tentukan.
Kita yang bilang “ya”
Kita yang bilang “sikit saja, xmengapa”
Kita yang bilang “ ok aku cuba”
So nak salahkan siapa??? Kan


Aku tulis semua ini, bukan untuk mengutuk atau menghina sesiapa. Sebab aku pun manusia. Banyak juga pilihan yang salah sudah aku buat. Banyak

Jadi aku tuliskan ini untuk renungan bersama. Untuk kalian dan untuk aku juga. Aku pun teruk. Aku pun banyak kurang sini sana. Cuma apa salahnya kita saling mengingat. Kan?

Ok untuk itu aku sudahi entri ini di sini. Nanti ada masa aku membebel lagi di blog ini. Wasalam.


Aku mahu jadi aku: deedymyself

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: