oh belog

Wednesday, January 11, 2012

MAAF



tiada sebarang kata untuk lagu yg ini
cuma............ maaf




maaf

pernah kubilang kucinta padamu
bila hakikatnya ku masih ragu
tentang apa yang aku rasakan
tentang apa yang aku mahukan

maaf bukan niatku sebegitu
bukan maksudku menyakiti kamu
aku akui itu semua salahku
jadi tolong jangan kau benci aku

kusedar semua itu xkan mudah
untuk kau lupakan saja
ampuni aku untuk semuanya

dan jangan terus bersedih sendiri
kau harus terus berdiri
di suatu hari kan kau temukan cinta yg hakiki

memang aku xpernah berkasih
dari itu kumahu mencuba
mencuba terimamu apa adanya
ternyata aku buta tentang cinta

maafkan aku sekali ini
kau sungguh manis dan baik hati
namun kuragu dengan segala rasaku
jujur kutakmahu menyakitimu

kusedar semua itu xkan mudah
untuk kau lupakan saja
ampuni aku untuk semuanya

dan jangan terus bersedih sendiri
kau harus terus berdiri
di suatu hari kan kau temukan cinta yg hakiki








mereka kata xsalah mahu mencuba
sebab selagi tidak cuba selagi itu aku xkan tahu

tapi mendengar 'cuba' sahaja itu cukup kejam bagi aku
ini bukan eksperiment yg boleh dimanipulasikan pembolehubahnya
hati manusia itu indah
xboleh sendirinya diubah2

tapi jika kau berikan peluang itu
mungkin aku bisa untuk cuba
untuk cari siapa aku sebenarnya
untuk aku pasti rasa itu sejujurnya
untuk aku kenal apa itu cinta

maaf: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: