oh belog

Wednesday, July 27, 2011

bendera putih



Haluuuuuuuuu……… serapan lengkoonggggg!!!!
Assalamualaikum.

Entri hari ini insyaallah aku buat pendek sahaja. Xmahu aku melalut2 seperti biasa. Sebab hari ini aku kekurangan masa.

Kau baca tajuk di atas itu?
Kau lihat gambarnya?

Ok itu sejujurnya dari hati aku yg paling dalam. Aku surrender. Pada semua2 kalian yang aku kenal ini.

Aku tahu mulut ini banyak menyakitkan hati orang
Perangai aku ini ramai yg tidak senang

Jadi untuk itu aku menyerah sekarang. Untuk siapa2 yg terasa hatinya dibuat aku. Untuk siapa2 yg tersentap jiwanya dikata aku.  Untuk siapa2 yg terdetik hatinya pernah benci aku. Jujur ikhlas aku minta ampun.

Pernah aku katakana dulu aku benci perperangan. Aku benci pertelingkahan.

Oleh itu aku mau hentikan semua benci2 itu di sini. Sudah tidak larat mengusung benci dan sakit hati kesana kemari.

Semua yg kau tidak puas hati itu ‘salah aku’
Semua yang engkau xsuka itu ‘sebab aku’
Semuanya yang engkau benci itu ‘dari aku’

Aku merendah diri untuk mengakui semua kesalahan aku. Harap selepas ini tiada lagi benci dari engkau2 dan juga dari aku. Sebabnya aku sudah penat. Sudah tidak aku peduli itu salah engkau atau salah aku. Aku sudah penat.

Dulu aku pernah bilang, aku suka jadi hipokrit. Sebab aku xmahu terlalu menunjukkan diri aku yang sebenar pada orang. Perasaan aku yg sebenar pada orang.

Tapi sekarang aku takut. Sebab aku tak tahu laratkah lagi untuk aku senyum bila hakikatnya dalam hati ini pedih lihat kamu2.
Aku tak tahu kuatkah lagi diri ini untuk ketawa geli hati dengar lawak2 kamu bila hakikatnya aku xseikhlas itu.

Jadi sebelum semuanya jadi parah,
Untuk semuanya yg pernah aku sakiti. Aku mohon ampun sekarang
Untuk semuanya yg benci. Aku angkat bendera putih sekarang

Biarlah mereka kata aku penakut
Biarlah mereka bilang aku pengecut

Jujurnya aku tidak larat layan benci
Jujurnya aku tidak larat fikir pasal dendam, dengki

Aku kosongkan ‘tabung benci’ aku sekarang. Sekosong2nya
Aku tutup ‘akaun dengki’ aku sekarang
Biar aku miskin dengan semua itu. Taka pa.

Tapi….
Ada tapinya di sini.
Aku kosongkan ‘tabung’ itu hari ini.
 Jangan pula sesekali kau sengaja menambah2kan lagi isi
Aku tutup ‘akaun’ itu tadi.
Jangan pula kau paksa aku buka lagi sekali.

Sebabnya aku manusia
Sebabnya kita punya hati

Mulut boleh senyum
Tapi kau tak Nampak hati yang mencaci

Mata boleh tenang
Padahal jiwa panas berapi

Aku manusia juga seperti kamu2
Harapnya dimaafkan aku kali ini

Aku campak ego aku jauh2
Bukan lagi salah engkau2 atau salah aku
Tak kira salah siapa aku mau tamatkan di sini

Sebab aku mau senyum jujur bila lihat engkau
Sebab aku mahu gelak menonggeng dengar lawak engkau

Penat sudah layan benci
Penat sudah layan sakitnya hati

Bendera putih ini aku kibar
Tanda aku mahu berhenti
Tanda aku xlarat lagi

Aku mahu ingat kawan2 aku kerana segala jasa baiknya pada aku
Bukan kerana rasa benci mereka terhadap aku
Bukan juga kerana rasa benciku pada mereka

Sebab bagi aku rakan2 itu harta
Kedua paling tinggi harganya selepas keluarga

Duit tidak akan aku buang dalam longkang
Emas tidak akan aku campak senang2

Jadi lagi sekali ini aku mau bilang
Untuk semuanya…….. sorry!!!

kalau xmahu kau terima maaf aku ini
silakan terus benci aku lagi
tapi jujurnya aku sudah tiada masa mahu melayan
kalaupun nantinya aku menyerang kembali
itu tandanya 'tabung' aku sudah penuh kau isi
'akaun' aku sudah kau paksa dibuka kembali


Aku angkat bendera putih sekarang: deedymyself

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: