Serapan lengkong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Lengkong semalammmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!
Sebelum jauh kamu-kamu beca entry ini
Tolong kamu teliti video di atas ini dulu
Sudah tamat baru sambung bacaan ok!!
Dengar sekali lagi aku bilang
“TENGOK VIDEO TU DULU!!!” (ala2 rika sumanto dalam sinetron bawang merah bawang putih)
Jujur aku benci
Jujur aku jelak
Meluat lihat video di atas ini!!
Kalau kau bilang seronok, aku bilang kau kejam
Mungkin ada yg berkata “siapa suruh dia cari pasal?” “bodohnye mamat tu” dan apa2 lagi
Aku bilang ini,
Mungkin betul apa yg dia buat itu salah
Tapi perlu ke kita-kita ini buat begitu pada mamat tu hanya kerana dia pakai baju MAN U???
Come on lah!!
Kata kita demokrasi. Xkan pakai baju MAN U pun salah?????
Hahahaha orang2 akan bilang
“wey deedy! Hang xpayah nak sembang kencang lah! Hang pi dapur je masak! Tendang bola pun xtau! Sebok nak bising2 pasal bola awat? Hang pi layan korea je lagi baik lah!”
Haha. Kalau kau yg tergerak hatinya untuk berkata2 seperti yg diatas. Aku bilang terima kasih! Sebab engkau cukup kenal aku ini yg kaki bangku. And peminat korea sejati. Haha dan suka masak juga!
Terima kasih sebab kenal siapa aku.
Ya. Aku memang xminat bola. Ramai akan marah jika aku bilang ini. ‘bola sepak Malaysia malap’
Memang pun malap! Cuma kita masih dalam usaha menaikkan mutu bolasepak kita
Aku xbilang kita xpunya harapan. Nanti kau bilang aku pengkhianat
Aku bilang kita Cuma hambar. Xbanyak yg dapat dibanggakan
Bukan aku xsokong. Aku Cuma malas mau ambil tahu
Dengan permasalahan org2 atasan, masalah pemain, hinggalah penonton2 tegar yg hobinya main laser dan bakar mercun bola segala! Rimas!!
Xramai yg tengok badminton padahal pemain2 kita bertaraf dunia
Xramai yg tengok squash sungguhpun Nicole ann david itu tiada tandingannya.
Aku xfaham!
Aku bukannya marah pada peminat2 bolasepak kita. Aku suka. Sebab dengan adanya penyokong macam mereka2 itu bolasepak kita boleh maju.
Aku Cuma hairan. Apa dah jadi dengan kita??
Ok situasinya begini
Situasi A
Perlawanan akhir Piala Malaysia pasukan negeri A menentang negeri B.
Aku namakan negeri A dan B sebab aku xmau timbulkan isu ‘kenegerian’ di sini. Harus diingat ini Cuma contoh.
Penyerang pasukan A menggelecek bola ke kotak penalty. Penjaga gol pasukan B sudah bersedia. Tiba2 sebiji mercun bola melantun betul2 sebelah penjaga gol B dan meletup. Dengan pantas pengadil memberhentikan permainan dan seluruh stadium bising dgn caci maki. Permainan diberhentikan seketika and blab la bla
Situasi B
Pengulas sukan terkenal zainal abidin rawop sebok berceloteh tentang kerancakan permainan yg sedang berlangsung. Di skrin menunjukkan aksi pemain yg sedang berhempas pulas mencari gol. Tiba2 kamera tertumpu kepada pemain A terkelip2 matanya bagai ada seekor lalat hinggap2 di wajahnya. Tapi lalat tu warna merah.’lalat’ lah sangat! Laser! Hampeh!
Lihat penonton2 kita! Patriotic bukan!! Sanggup buat bermacam cara asalkan boleh menang. Ingat lagi isu laser ini pernah jadi cukup besar satu ketika dulu pada perlawanan akhir piala AFF SUZUKI kalau tidak silap aku. Perlawanan akhir Malaysia bertemu Indonesia.
Akibat ada penonton Malaysia yg gatal tangan bermain laser mengganggu pemain Indonesia sewaktu perlawanan pertama di sini. Peminat2 indonesia sakit hati dan membalas perbuatan itu apabila perlawanan kedua di Jakarta belangsung. Hinggakan artis terkenal Indonesia si ‘julia perez’ @ jupe itu sanggup keluar statement akan pakai bikini laser pada perlawanan tersebut. Lihat. Betapa kita sayangkan pasukan bola sepak kita. Betapa kita ingin menang. Walaupun cara mereka salah. Tapi setidaknya aku Nampak PATRIOTIK mereka itu. Tak pe.
Tapi sekarang aku hairan
Betul2 hairan
Korang lihat video di atas dan fikir
Apa sudah jadi?????
Mana patriotic kita????
Apsal semua merah????
Dia bilang “pakai kuning xboleh bro. nanti kena tangkap pasal BERSIH’
Hello, kita ada jersi warna biru ok!!!
Lupakan sekejap isu mamat yg kena buli sebab dia pakai baju MU tu. Aku mau focus pada hal ini dulu.
Mana patriotic kita????????
Pasukan KEBANGSAAN kita lawan dengan LIVERPOOL
Tapi rata2 yg hadir sarung jersi merah
Rata2 yang Cuma mahu lihat pasukan MERAH
Apa sudah jadi????
Siap ada yg ‘boooo’ lagi pasukan KEBANGSAN
So apa sudah jadi.??
Hey!!!!! Mana laser???? Guna lah! Suluh je muka2 yg jersi merah atas padang tu!!!
Mana pergi mercun bola??? Xsyok r camneh!!! Biasa korang sumbat celah kasut, celah spender. Hari ni xbuat ke???
Sebabnya mereka yg datang tu rata2 mau lihat Liverpool
Sebabnya mereka xyakin Malaysia boleh menang
Sebabnya mereka malu kalau dunia tahu kita main laser and mercun segala masa lawan Liverpool
TAHU PUN SOPAN!
Tak gatal ke tangan kau xdapat main mercun hari tu??
Laser habis stok ke???
Mereka semua mungkin bilang
“alamak rilek r bro. biasa tengok Liverpool dalam tv je. Hari ni tengok live. So apa salahnya wa sokong”
“lu kecoh r bro. gua memang r pakai baju Liverpool bro. tapi gua sokong pasukan kita lah!”
“aku da lama xmain mercun bro. dah lama insaf”
“laser tu ape????” (dengan muka innocent mintak pelempang)
Ok kita ubah cerita sikit
Konon2 aku minat LIN DAN.
Sebab dia terer main badminton.
Lepas tu final dia jumpa CHONG WEI
And aku yang sah2 muka jawa yg langsung xde rupa cina neh sebok boooo chong wei
Pastu aku pegang sepanduk ada muka LIN DAN sambil jerit
“LIN DAN! LIN DAN! LIN DAN! Go LIN DAN! GO LINDAN”
Setiap kali bola CHONG WEI sangkut di jarring aku gelak
Setiap kali bola CHONG WEI out aku boooo
Tapi setiap kali LIN DAN smash aku jerit
Setiap kali LIN DAN dapat mata aku sorak
Kau rasa apa orang akan cakap pasal aku?
Kau rasa apa orang akan buat pada aku???
Dilucut kerakyatan???
Dihumban masuk longkang??
Ditubuhkan satu page fb ‘kami benci deedy sebab boo chong wei’??
So Nampak x apa yg aku cuba sampaikan sekarang???
Jelas????
Jujur aku xfaham
Ada siapa2 boleh bagi penjelasan??
Aku buta bola sepak. So aku xtahu
Kalau kau Tanya aku nama2 pemain, mungkin Cuma 10 nama yg aku Cuma bisa beri. Sebab jujur aku xtau
Lihatlah balik video kat atas tadi
Insafi diri kita
Kesian kat mamat tu
Kalau situasi tu berlaku kat anfield mungkin aku boleh terima
Tapi situasi ni berlaku di bukit jalil. Haha kelakar
Aku bilang mereka itu fanatic xbertempat
Untuk mamat MU tu “aku kesian ngan kau. Lain kali jgn buat lagi ea!! Haha. Aku xtau ape niat kau pakai baju MU hari tu. Tapi apepun aku kesian kat kau”
Aku dengar lepas ni CHELSEA pulak nak datang. Korang2 yg baca ini haraplah sgt pakai baju kebangsaan. Xsalah sokong Chelsea. Tapi kalau Chelsea lawan Malaysia, apa salahnya sokong Malaysia kan??
Stadium akan penuh dengan si BIRU hari itu! Tapi tolonglah pakai biru yg ‘MALAYSIA’ OK! Pakai kuning hitam pun boleh. Da xde bersih2 dah. Polis xtangkap punya!
Kalau polis Tanya “kau bersih ea??”
Cakap je “x. saya kotor! Saya nak tengok bola lah encik!”
Oklah. Penat da menulis. Jumpa lain kali ok!!!!
Wasalam
Aku kaki bangku: deedymyself
edited: ada yg bilang aku mengutuk negerinya dalam entry ini. sumpah aku bengong!!
cuba kau baca satu2 ayat di atas. tiada satu nama negeri dalam malaysia pun yang aku mention.
prejudis!
aku tulis ini secara general untuk semua rakyat malaysia yg menonton bola
jangan emotional di sini. aku xpernah seebut pasal negeri engkau
xsangka blog cikai aku neh sudah punya 'anti'
tapi aku xkesah. sekurang2nya ada juga yg sudi nak membaca
terima kasih untuk engkau!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
No comments:
Post a Comment