oh belog

Friday, December 2, 2011

ogos 14


halu serapan lengkong!!

hari ini aku tiada niat untuk bersuka2 gelak ketawa
sebabnya mood malap saja hari ini

dari dulu aku mahu tuliskan lagu berkaitan kisah hidup aku yang ini
namun mungkin sebab terlalu bermakna, aku sukar untuk coretkan apa-apa

tidak ramai yang tahu kisah ini
kalaupun ada cuma orang2 terdekat yang tahu segala tentang aku
kisah aku
senang aku
duka aku

dulu pernah aku tuliskan puisi tentang ini
14 ogos
hari aku


another 14th august coming again
this is my day
the day of happinest
also the day of sadness

hmm
terkadang tertanya sendiri
kenapa mesti aku?
kenapa aku?
salahkan diri sendiri
untuk segala yg terjadi

14 ogos
hmmmmmmm
tarikh aku
saat org lain dihujani ucapan dan kata2 semangat
kulihat wajah berseri2 itu
senyum xputus
ucapan happy birthday xlekang
bersorak riang
kene simbah air, kena lontar tepung pun masih mampu terbahak-bahak
indahnya dapat miliki rasa itu
indahnya xterbelunggu rasa itu

namun dalam hati aku katakan yg aku xlayak
xlayak untuk semua itu
xlayak, bahkan xberhak
14 ogos buat aku kosong
buat aku hilang sebutir permata idaman, impian semua insan
yg aku hilang sebelum mampu memiliki
pergi xkembali

rasa berdosa
rasa bodoh
rasa hina
rasa malang kerna xsebertuah org2 lain
rasa bersalah merampas kebahagiaan yg lain
rasa malu
rasa kecil

pilihan
14ogos berikan aku banyak pilihan
antara merai atau menangisi
antara bersama atau menyendiri
antara menyukai atau membenci
antara hidup atau mati
antara bersemuka atau mengasingkan diri
antara malu dan irihati
antara datang atau pergi
antara suka dan mengasihi

xmudah buat pilihan
xsemudah petik jari
pilihan penuh erti

kini 14 ogos datang lagi
membawa bersamanya segala rasa itu
rasa yg xmampu untuk dirungkaikan
buat aku xtentu
senyum tipu
hmmmmmmmmmm
kenapa mesti ada 14 dalam ogos?
kenapa mesti ada??

maaf buat yg xmengerti
aku sekadar luahkan isi hati
bukan tagih simpati
cuma harap ada yg fahami
harap ada yg rasai

buat insan itu
Laminah bte Moksin
terima kasih atas segalanya
berikan segala peluang untukku mengenal dunia
kenal erti kasih sayang
miliki apa yg aku miliki selama ini

pengobanan itu xpernah terbalaskan
terlalu agung untuk dikenangkan
terlalu besar
terlalu suci

terima kasih mak atas segalanya
tanggal 14 ogos ini buat org kenal erti hidup
kenal erti sebuah pengobanan
kenal erti kasih sayang
kenal semuanya

terima kasih atas peluang ini
terima kasih atas nyawa ini
terima kasih atas nafas ini
terima kasih

walaupun ku tak sesempurna yg lain
walaupun xsebahagia yg lain
walaupun xsebertuah yg lain
kubersyukur pada tuhan atas segala nikmat ini
alhamdulilalh
moga dirimu ditempatkan bersama insan2 yg soleh
amin


untuk bonda tercinta
laminah bte moksin (1952-14 august 1990)
alfatihah



jadinya, beberapa bulan yang lepas aku tunjukkan puisi ini pada kawan aku 
dia yang waktu itu tengah mencari2 idea untuk buat lagu
tak sangka dia tuliskan lagu tentang kisah aku ini
tq kawan!!

dan setelah aku cuba2
akhirnya dapat juga aku siapkan lagu ini 
ogos 14

mungkin kedengaran terlalu emosi
jadi aku minta maaf sgt2 untuk yg xminat jenis2 lagu yg macam ini



ogos 14

sendiri aku sendiri
menangisi hari ini

seperti semua yang terjadi
tak pernah adil pada diri

mengapa... oh mengapa
cuma aku yang merana

mengapa oh mengapa
ia menghantui dalam jiwa

berdiri kumemandang sepi
segala hikmah yang terjadi

dan kini kumulai sedari
betapa tuhan memberkati

mengapa oh mengapa
cuma aku yang merana

mengapa oh mengapa
ia menghantui dalam jiwa

mereka yang takmengerti
cuma bilang tak mengapa

tetapi aku yang menjalani
tak bisa bertahan lagi

oh bunda
mengapa pergi
meninggalkanku tak kembali

belum puas ku
untuk merasai
hangat lembutnya kasih suci




i'll always love u mak!: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: