hola!!!
assalamualaikum!
aku memekak lagi hari ni, dengan lagu baru
actually xdelah baru mana pun
aku tulis yg ini sebulan lepas
waktu ramai dikalangan rakan2 yg kelihatan kusut dengan segala assignment dan projek yg mahu dihantar
jujurnya aku pun kusut jugak waktu tu
hidup ini xselalunya indah
terkadang kita terperosok ke bawah
terkadang kita jatuh terbaring rebah
namun percayalah yg kita akan sentiasa ada cara untuk bangkit
sentiasa ada jalan walaupun perit
tunjukkan pada dunia betapa kita mampu
betapa kita kukuh bertugu
biar apa yg datang bertamu
so yg ini untuk kawan2 aku
walau sejauh manapun kita jatuh
percayalah kita ada jalan untuk kesana
dan andai satu hari aku rebah
tolong pimpin aku biar susah
sebab kalianlah yg selalu buat aku kuat biarpun sebenarnya payah
MELANGKAH KE SANA
biarkan saja semalam sudah berlalu
seka airmata tersenyum kepadaku
biar dunia tahu kau tak selemah itu
kobarkan semangatmu yang jitu
tak usah lagi kau gundah
jangan sekali engkau mengalah
percaya kau kan berjaya
jadi janganlah menyerah saja
tuhan ada bersama kita
selagi kita masih percaya
masih berserah kepadanya
genggam tanganku jangan rebah
bersiaplah untuk melangkah bersama
dan tak usah lagi terus mengalah
oh bangkitlah, untuk melangkah kesana
tiap jalanan beza pasti ada likunya
tiap manusia kita pasti ada kurangnya
tapi hanya yang lemah mengalah kerna itu
kuatkanlah tekad di hatimu
dan kupercaya kita kan ke sana
dan kita melangkah
usah gentar
maju saja
melangkah ke sana: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
1 comment:
tak usah lagi kau gundah
jangan sekali engkau mengalah
percaya kau kan berjaya
jadi janganlah menyerah saja
"wat model!!!"
Post a Comment