Saya xbersih. So saya kotor
Halu…. Serapan lengkonggg!!! Lengkong semalaaamm!! (dalam nada memberi dan menjawab salam) hahaha. Ish xbaik gitu kan. Hmm ok ni betul2
As sa laa mu alai kuuumm!!! (nada budak2 bagi salam ka uma cikgu mengaji)
Hmmm xtaulah kenapa dgn harini. Tergerak pulak untuk menulis pasal politik. Padahal dari dulu aku bilang aku xminat nak berpolitik. Belum cukup umur satu hal, tapi sebab bagi aku politik ni Nampak cam kotor. Hmmm tapi xtaulah. Org2 tua akan cakap kat aku “kau tu budak kecik ape tahu. Aku ni ha da lama makan garam” and selalunya aku cuma akan senyum saja. Malas nak melayan. Tapi dalam hati aku bilang. Xsuka xbermakna xambil tahu. Xsuka xbermakna aku xmengikuti apa yg berlaku. Janganlah dibangga sgt garam2 itu. Terlebih garam, gulai lemak cili api pun nak makan tak lalu.
And isu BERSIH baru2 ni buat aku semak. Makin semak. Buat aku makin xsuka poliik. Ibaratnya macam terpaksa buang air dekat tandas berdaki seinci. Eewww. Eee semaklah!!
Blog2 yg selalu aku buka hari2, semua semak dgn BERSIH
Wall facebook aku penuh dgn BERSIH
Youtube pun BERSIH
Paper, tabloid,media semua BERSIH
Menyemakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Aku benci BERSIH!!
‘NANTI DULU!!’ sebelum korang nak serang aku dengan apa2, dengarkan ini dulu
· aku xpernah bilang matlamat BERSIH itu salah.
Kita memang perlukan system pilihanraya yg adil, telus, jujur dan apa2 lagi. Aku xpernah sangkal hal itu. Kerana memang system itu sepatutnya begitu. Kuasa dan pemerintahan itu amanah dari rakyat. So memang seharusnya rakyat yg harus memilih. jadi dgr ini “AKU XPERNAH SANGKAL HAL INI! AKU SETUJU DGN MATLAMAT ITU!!”
Dengar?? So lepas ini jgn kau sibuk nak meng’kafir’kan aku bila aku kata aku xsokong perjuangan kamu. Sebab aku xpernah dengar agama ‘bersih’. Ramai rakan2 yg menjadi sgt ekstrim dalam hal ini, sehingga hubungan yang baik pun boleh menjadi renggang kini. Tolonglah, aku rayu, lihatlah apa sudah jadi. Kalau peristiwa 13 mei dulu kita darurat kerana perbezaan bangsa. Aku akan cukup malu jika selepas ini kita bertelagah sesama sendiri.
· Demonstrasi xsepatutnya berlaku
Aku adalah org yg paling xsuka bergaduh. Aku xsuka pergaduhan. Aku benci perang! So dalam hal ni, bagi aku, perhimpunan BERSIH tidak seharusnya berlaku. Aku xpeduli orang bilang aku ‘pengecut’ atau apa2 lagi. Kerna bagi aku kalau kita boleh aman, kenapa perlu nak bercakaran.
Aku tahu pembaca yg hatinya ber cop BERSIH akan mula muak untuk baca ini. Tapi aku bilang ini sekarang. Ini hanyalah pendapat dari aku.
Dan kamu2 akan bilang “hei budak! Kau apa tahu! Kau tu buta sampai xnampak semuanya tipu. Kerajaan penipu” blab la bla
Ok, dengan penuh rendah dirinya aku mengaku sekarang. Aku memang budak2!
Ya. Aku Cuma budak. Belum cukup beberapa bulan untuk genap 21 tahun. Pelajar university yg masih mentah. 1 tahun lagi baru boleh menggenggam ijazah. Itupun kalau tida sebarang subjek yg sangkut. Dengar ini, “AKU MEMANG BUDAK2!!”
Tapi, menjadi ‘budak2’ xbermakna aku buta politik. Dan tak bermakna aku xmengambil tahu.
Dalam isu BERSIH ini, sebagai ‘budak2’ aku pun ada membaca segala link2 di fb dan email2 yg dihantar berkaitan hal ini. Aku baca dari kedua2 pihak. Tapi aku bukan tuli. Aku xmemihak kepada yg mana2. Sebab kedua2nya ada point yg tersendiri. Aku xbilang mereka salah. Aku xbilang mereka betul.
Dengar, aku xtahu apa yg ada pada fikiran org dewasa bila membaca semua itu. Namun aku sebagai ‘budak2’ aku sukar untuk memilih yg mana satu.
Aku bukan bodoh untuk menilai. Aku bukan buta untuk melepas pandang. Aku Cuma ragu
Aku ‘budak2’
Aku belum cukup umur
Aku xpernah MENGUNDI
Kalaupun ada, Cuma pilihanraya kampus yg undiannya hanya berdasarkan sekerat manifesto. Selebihnya poster2 tergantung menunjuk muka ala2 default picture di facebook. Yg cantik, yg hensem, dapatlah jawatan dalam mpp. Yg muka xseberapa jadi mangsa conteng tambah misai janggut sana sini.
Jadi, walaupun aku baca, walaupun aku mampu untuk percaya, namun semua itu masih sukar untuk aku terima.
Aku xpernah mengundi. Jadi aku xtahu situasi sebenar yg terjadi.
Kau boleh saja bilang ‘mangga itu manis menjilat jari’ aku yg melihat ni pun ‘teringin makan sebiji’. Tapi siapa tahu rupanya masam macam ‘cuka basi’.
Jadi konklusinya ‘AKU TAK TAHU KEADAAN YG SEBENARJADI AKU RAGU’ boleh saja aku percaya semua yg tertulis di blog itu. Tapi rasanya tak adil untuk aku menuduh bila aku sendiri xpernah lalui semua itu.
Berbalik pada ‘mangga’ tadi. Situasinya begini.
Taukeh : mari mari lelong lelong!! Manis2 mangga baru punya. Sekilo lima linggit mari2!!
Engkau : manis ke mangga ni uncle?
Taukeh : ini manyak manis punya. Baru sampi ni stok!
Engkau : confirm ke manis uncle. Kalau xmanis saya xnak belilah
Taukeh : haiya ini olang. Wa cakap ini manyak manis ma. Lu xpercaya lu tanya sama dia (menunding jari kepada pekerja di sebelahnya)
Pekerja : betul bang, manis ni. Kalau buat pulut mangga meleleh air liur bang!!
Engkau : boleh rasa??
Kalau engkau, kau mahu percaya sama taukeh itu? Kau mahu percaya sama bukti pengesahan
Dari pekerja itu. Siapa tahu kalau mereka komplot menipu. Janji laku. Kan!
So, aku mungkin boleh je nak percaya taukeh itu. Boleh juga percaya sama pekerja itu. Tapi aku
Nak juga rasa mangga itu. Lebih senang kan begitu? Jadi aku xlah rugi jika nantinya mangga yg aku beli
masam macam cuka basi.
jadi pada rakan2 seangkatan, aku tahu aku xberhak untuk menentukan pada kamu tentang apa
yg harus dipercaya atau tidak. Cuma aku mau bilang ini. Sebelum engkau jinjit bag plastic berisi sekilo
mangga itu, tolong kau rasa dahulu sampelnya. Takut nanti kau rugi. Jelas??
Macam yg aku bilang di awal tadi, perhimpunan BERSIH itu tidak sepatutnya berlaku. Mengapa perlu kita merusuh jika cara yg lebih aman masih ada.
Aku xbilang cara berhimpun itu tdak berkesan. Sejarah telah membuktikan banyak Negara Berjaya menjatuhkan pemimpinnya dgn merusuh. Tapi, masih ada cara yg lebih aman kan??
Aku selalu bilang ini, “dalam ramai2 tu nanti mesti ada yg mengambil kesempatan nak buat kekecohan dan provokasi” tapi selepas semua yg terjadi. Rupanya polis pun tumpang sekaki. Sekali lagi wall facebook aku semak dgn video2 dan gambar2 bukti kekerasan polis sewaktu rusuhan terjadi. Aku lihat dan tonton semua itu. Xdapat aku nafikan ada diantaranya yg kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tapi aku bilang ini. Polis pun manusia. Polis pun rakyat. Ada juga polis yg menyokong BERSIH. Ada juga yg menolak mentah2. Kalaupun mereka salah. Tidak bermakna semua polis tu penyangak.
Bayangkan jika ayah kau seorang polis. Dan ayah yang kau kenal adalah seorang polis yg baik dan berdedikasi. Hidup kau dari baby sampai besar begitu adalah hasil gajinya bekerja sebagai polis. Kemudian datang pula aktivis2 bersih ini menyumpah seranah ayah kau semata2 dia polis. Adil ke??
Aku bukan membela mereka. Perbuatan mereka itu salah. Cuma bukan semua mereka begitu. Xadil untuk menuding jari dengan melulu.
Pak samat mencuri. Semua anak pak amat pencuri. Tapi anak bongsunya seorang doctor yang Berjaya. Banyak nyawa yang berjaya diselamatkannya. Jadi anak bongsu pak samat itu juga tetap pencuri. Begitu?? Adil ke jika kau yg jadi anak bongsu pak samat itu? Adil??
Aku geram tengok semua video2 itu. Sadis. Tapi status fb ku dulu pernah aku tulis begini “bukan matlamtnya yang salah, bukan juga misinya yang tersalah arah, Cuma perlaksanaannya harus di ubah, kerna nanti implikasinya bisa jadi parah”
Aku tahu perhimpunan2 begitu pasti berakhir haru biru. Jari dituding sesame sendiri. Ada yg kata polis yg salah. Ada yg bilang perusuh yg membuat onar. Tapi aku bilang ‘kalau xdiadakan perhimpunan itu, polis tiada point untuk memukul, orang awam pun tiada masa nak haru biru’
Kalau dalam stadium pun boleh terlepas mercun, laser segala, apatah lagi di jalanan bebas. Polis salah. Rakyat pun salah. Aku takkan bela siapa2. Aku duta keamanan. Boleh?? Haha
Jujur aku bilang kita tidak seharusnya merusuh. Banyak lagi cara yang lebih professional. Menjadi emotional di jalanan boleh membawa kepada banyak implikasi yang buruk. Even kemerdekaan kita pun diperoleh dgn cara yg aman. Cara yg professional. Ya memang dulu datuk nenek moyang kita berkorban nyawa mempertahankan bangsa. Aku xbilang pengorbanan itu sia2. Bahkan pengorbanan itu cukup mulia. Tapi alangkah baiknya jika sesuatu itu diperoleh tanpa pertumpahan darah segala. Alangkah amannya.
Impressive!! Xsangka pula aku boleh menulis sebanyak ini! Haaha
Bersyukurlah. Semua yg kita ada sekarang adalah usaha penat lemah semua orang. Jangan kita sebok nak hancurkan. Aku bilang lagi sekali AKU BUKAN PRO KERAJAAN. And aku juga bukan ANTI PEMBANGKANG. Aku Cuma budak2 mentah. Aku Cuma tawar xcukup garam. Mereka bilang “apa barang duduk atas pagar” aku xkesah. Sejujurnya aku xkesah. Aku bukannya jenis yg suka nak mengikut. ‘aku mahu sokong yg ni, berjuang, nanti Nampak cool’ sorry itu bukan aku. Aku rela duduk atas pagar. Dua2 belah hantur. Pagar aku insyaallah selamat.
Mereka juga akan bilang aku xpatriotik. Adusss terkena lagi. Sudah berkali2 aku dibilang xpatriotik. Jujur aku xfaham. Radar apa yang kau guna boleh detect aku punya tahap patriotic?? And apa maksud patriotic bagi engkau?? Sila terangkan. Aku xfaham. Berdiri tegak sambil melaung negaraku itu patriotic ke? Hipokrit! Berdiri tegak semata2 takut disebat guru disiplin selepas perhimpunan mingguan. Aduhh..
Keluar sikit dari isu BERSIH. Aku peminat kpop. Dan aku tahu ramai di luar sana sama macam aku peminat kpop. Aku sgt bengang bila aku di cop xpatriotik semata2 hanya kerana aku minat kpop
Aduhh come on lah, dulu pun kita sama2 minat lagu and drama2 indonesia
Patriotic sgt ke??? And ape pula yg dimaksudkan dgn patriotic bagi engkau??
Berjoget2 nyanyi lagu ‘pakai buang’ Stacey. Itu patriotic ke?
So ape bezanya dgn aku nyanyi lagu ‘genie’snsd sambil buat pose kaki yg melentik tu??
Kau minat Stacey, aku minat snsd, so kau patriotic aku x
Sebab Stacey org malaysia, sebab Stacey org sabah
Camtu????
Naik muak aku dgn isu patriotic. Tapi aku xkesah dibilang xpatriotik. Sebab insyaalah aku tau sampai dimana tahap patriotic aku. Xpayah risau. Yg aku sakit bila dibilangnya aku ini ‘kafir’
Subhanallah. Kau bilang BERSIH ini pejuangan agama. Jadi yg xmenyokong itu kafir ke?? Salah ke kami2 ini yg mahukan keamanan. Kalaupun kamu tidak di cop kafir, ada juga yang menolak kami mentah2 sebagai kawan. Semua yg dikata xboleh nak pakai. Nasihat satu sen pun xlaku. Lihat apa sudah jadi dengan kita. Berpecah belah sudah.
Cukuplah. Aku mohon ini. Kalaupun kau BERSIH, kalaupun aku KOTOR. Tolong jgn dibilang aku kafir. Tolong jangan dianggap aku musuh. Tolong jangan dibuang aku kawan.
Biar xsefahaman politik. Jangan bubar.
Biar xsefahaman agama. Jangan hina
Biar xsebangsa. Jangan tindas
Biar xsetaraf darjat. Jangan benci
Sebab kita manusia. Baik buruknya kita tuhan yang menentukan. Yang sudah berlaku biar lepas. Biar jadi pengajaran. Yg di depan ini nanti yg penting. Lihat kedepan. Aku mahu hidup aman. Aku mahu hidup tenang. Kalau ada yg mahu hidup susah dalam perang. Aku bilang dia gila!
Aku xsalahkan sesiapa dalam hal ini. Kalau ada yg terasa hati. Aku mohon maaf seikhlas hati. Sesungguhnya ini Cuma pendapat aku, seorang budak yg masih banyak xmenegerti. Seorang budak yg tawar xcukup masin serba serbi.
Kalaupun kau xbersetuju dengan aku. Harap jangan maki2. Bilang saja cara yg elok. Aku akan hargai.
Aku sudahi entri ini dengan lafaz wasalam.
Aku Xbersih. So aku KOTOR: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
6 comments:
"tanya ape bakti ko pada negara...
jangan tanya ape negara berbakti pada kau..."
bukan senang nk jd sorang pemimpin...
aku bersyukur negara ini sentiasa aman dan aku masih lg mampu hidup...tgk saudara kite kat luar sane patut kite rasa bersyukur...
aku xnak kite dijajah di negara sendiri...
dijajah oleh kaum yang 'menumpang' di negara kite...semoga bangsa melayu dapat bersatu....
tepuk dada tnye selera...
erm... xpe bro.. bgus la kalo ko suke keamanan.. aku pon suke.. tepuk dada tnye selere.. bnykkan mengkaji. jgn hnye berpegang pada kata2 manusia..
Hi deedy, thank god! ade jugak org yg berfikiran same mcm saye,, post kat atas sume same dgn ape yg nak diluahkan tapi x dapat,, thank you so much =D
Aku sokong kau... sayapun sukakan keamanan dan sangat menentang demonstrasi jalanan... gunakanlah cara yang lebih baik, kan kita suka yang terbaik.. ni tak, nak juga pilih cara yang susah..
Aku sokong kau... sayapun sukakan keamanan dan sangat menentang demonstrasi jalanan... gunakanlah cara yang lebih baik, kan kita suka yang terbaik.. ni tak, nak juga pilih cara yang susah..
Post a Comment