oh belog

Sunday, July 3, 2011

tentang segala rungutan aku


Maaf aku selalu merungut
Bukannya xperasan
Atau baru perasan

Tapi da lama aku tahu
Yg aku ni jenis orang yg selalu merungut
Itu xbetul
Ini xadil
Sana xsama
Sini terlebih

Semua mesti nak merungut

Terkadang aku merungut dalam esakan
Hiba… drama queen sangat!

Terkadang dalam jeritan menghina
And kerap kali dalam nada ‘joyah kepoh’ mengumpat mengata

Hujan aku merungut
Panas aku merungut
Sejuk merungut
Beku, cair, cantik, hodoh
Semuanya merungut

Ada saja yg tidak betulnya
Ada saja yg terlebih terkurangnya
Semuanya pasti ada saja yg xkena

Dan sekarang
Jelas aku sedang merungut lagi
Merungut tentang aku yg ‘kuat merungut’
Haha
Bencilah camni!

Siapa ada ubat anti merungut
Aku mahu beli
And kalau ada sesiapa yg terjumpa doraemon dimana-mana

Tolong khabarkan pada dia
Sungguhpun aku xberkacamata
Sugguhpun bajuku bukan kuning warnanya
Sungguhpun aku bukan nobita
Please tolong aku sekali ini saja

Berikan aku alat berhenti merungut
Berikan aku ubat berhenti merungut

Biar kepala ini automatic diketuk bila merungut
Biar mulut ini tiba2 terkunci bila merungut
Aku bilang ini sekarang
Aku mahu berhenti
Cuba berhenti merungut

Jadi ingatkan aku di hari depan-depan ini
Bila saja mulut ini merungut
Ingatkan aku tentang tuhan
Ingatkan aku tentang ujian
Ingatkan aku tentang ganjaran
Ingatkan aku untuk teguhkan iman

Maka dari itu aku akan cuba berubah
Mencuba menjadi insan yg lebih tabah
Menghadapi liku2 yg bakal diredah
Tanpa rebah.

Tolong ingatkan aku: deedymyself
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com