oh belog

Sunday, March 18, 2012

ORIGAMI_EPISODE 3




EPISODE 3
          “ Serius ok! Aku rasa macam nak pengsan waktu tu. Aku cair!” Hani yang berada di tempat duduk penumpang itu bercerita kepada Azman yang sedang memandu.
          “ Kau ni biar betul? Malaslah aku nak percaya ni!” Azman buat muka toya.
          “ wei, selama engkau kenal aku, kau pernah dengar tak aku cerita macam ni pasal seorang lelaki? Tak pernah kan? So maksudnya, kalau aku cakap yang ni hensem, means that dia memang hensemlah! Kau ni aku debik baru nak percaya ke?” Hani menaikkan sedikit nada suaranya demi meraih kepercayaan Azman.
          “ Kau ni memang saja nak buat aku jeles kan? Aku pun dah panas punggung dengar cerita kau ni. Bagi aku tengok orangnya atau gambar dulu. Baru aku boleh percaya ok! Aku manalah tau taste kau ni camne kan. Entah-entah muka tepi jalan je taste kau” Azman berkata sambil matanya tekun ke depan sambil memandu kereta tersebut.
          “ sesedap mulut kau je bercakap ye! Takpe,nanti kalau kita terserempak dengan dia bila-bila aku bagitau kau. Waktu tu kalau kau cair macam ais kena api aku pijak-pijak muka kau!”
          “ Aku tak boleh nak sabar ni. Aku nak tengok camnelah muka jantan yang boleh cairkan hati batu kawan aku ni. Tak payah tunggu bila-bila lah. Kau cakap dia duduk tingkat lapan kan? Jom kita pegi serang rumah dia! Hahahaha!” Azman ketawa mengilai seperti biasanya.
          “ Oi kau gila! Buat apa nak pergi rumah dia segala? Behave ok!” Hani menumbuk bahu Azman di sebelahnya.
          “ Sakitlah makcik! Kau tak nampak ke aku tengah drive ni? Karang tak pasal-pasal esok keluar kat metro artis popular terbabas masuk longkang!” Azman membetulkan cara duduknya yang teralih akibat ditolak Hani.
          “ Ha’a popularlah sangat engkau! Perasan! Engkau tu fashion designer butik je. Bukannya artis!” sekali lagi Hani menumbuk mesra bahu rakannya itu.
          “ Eleh jeleslah tu! Weh, tapi kan.... mr Camar Kertas kau tu  macammana?” Azman memalingkan mukanya ke arah Hani.
          “ Entahlah. Lagipun aku tak tahu pun siapa dia si Camar Kertas tu. Jumpa pun tak pernah”
          “ Habistu yang engkau cakap kat aku haritu yang kau dah jatuh cinta dengan si Camar Kertas segala tu apa benda? Kau jangan tamak tau! Mr Angel kau bagi kat aku ok! Hahaha” Azman tertawa lagi.
          “ Kau jangan nak mengada ok! Aku cakap haritu aku jatuh hati dengan tulisan-tulisan puisi Camar Kertas. Orangnya aku tak tahu. Karang tiba-tiba Camar Kertas tu perempuan aku nak jawab ape? Kau ingat aku ni songsang macam kau ke nok?” Hani memandang Azman dengan wajah tahan gelak.
          “kau kurang ajar ea mulut! Habistu kau rasa Mr Angel kau tu nak lah dengan kau? Kau dah bagi penampar jantan kat muka dia lepastu berharap dia jatuh hati kat kau pulak. Hei perempuan, kau rasa kau tu diva ke? Ahaha. Tak kira, Mr Angel bagi kat aku jugak!”Azman tersenyu sinis memandang Hani di sebelahnya.
          “ Aku bukannya sengaja nak tampar muka dia! Dah dia raba kaki aku siapa suruh. Kau ni, aku baru je semangat nak kenal dengan dia. Tapi bila ingat balik aku dah tampar dia, hilang semangat aku” Hani mengeluh panjang sambil membelek telefon bimbit di tangannya.
          “ ha eloklah tu! Kau ambil Camar Kertas, aku ambil Mr Angel! Seswai!!”Mereka berdua tertawa sesama sendiri. Hani menumbuk-numbuk Azman berkali-kali secara perlahan.  Kemudian suasana menjadi senyap bila tiada sesiapa antara mereka yang bersuara. Lama juga keadaan senyap begitu.
          “ Man, aku nak tanya sikit.” Hani memulakan bicara.
          “ Tanya jelah kau ni! Macam tak biasa pulak dengan aku ni ha”
          “ Orang lelaki pun ada period ea?” Hani soal selamba. Mendengar itu Azman ketawa mengilai-ngilai di dalam kereta.  Dia cuba untuk berkata-kata namun tidak mampu menahan tawanya.
          “ Kau gila? Kau pernah nampak ke budak-budak lelaki beli kotex? Mana ada lelaki period!” Azman memandang hairan pada Hani. “Mereng!”
          “ Bukan tu lah maksud aku. Maksud aku orang lelaki pun ada time-time nak bad mood, emo, macam perempuan jugak ke?”
          “ owh... bergantunglah. It depends on that guy punya character. Kalau dia memang jenis yang emo nak buat camne kan. Kenapa tanya?” Azman mengangkat kedua belah bahunya.
          “ Entah, adik aku tu angin ape ntah. Seminggu ni dia senyap je. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab”
          “ Hadi busyuk aku ke? Kenapa dengan budak comel tu? Frust putus cinta ke? Cakap kat dia jangan risau, akak Nora sedia menunggu! Hahahahahahaha!” Azman tesenyum nakal memandang  Hani. “Akak ipar!”
          “ wei aku serius lah! Dah seminggu dia macam tu. Hari ni mak aku cakap dia ponteng sekolah pulak. Angin ape ntah. Xpernah dia buat perangai camtu”
          “ aku rasa dia betul-betul period kot! Hahaha. Oklah nanti sampai rumah kau kita tanya dia. Aku pun belum bagi lagi hadiah birthday dia haritu. Terlupa.” Azman terus memandu menuju ke kondominium tempat Hani tinggal. Sesampainya di perkarangan bangunan tersebut, Azman terus memarkir keretanya. Mereka berdua terus berjalan menuju pintu masuk bangunan itu.
          “ cis, aku xpernah berpeluang nak tahu siapa yang letak origami ni kat sini. Tahu-tahu je mesti dah ada kat sini!” Hani membongkok di tepi rimbunan pandan tempat biasanya setiap petang dia mengutip burung kertas di situ.
          “ Camar Kertas ke?  Kau rasa dia tahu ke kau yang kutip burung dia hari-hari?” Azman memandang ke atas cuba untuk melihat kalau-kalau ada kelibat manusia di jendela atau balkoni. Kemudian dia tunduk pula ke bawah setelah pasti tiada kelibat manusia yang kelihatan. “ wei ada bunga!” Azman pantas mengutip sekuntum mawar putih yang juga dibuat dari kertas dari celah rimbunan pandan tadi.
          “ wow cantik gila! Bagi kat aku wei! Aku nak bunga tu! Bak sini!” Hani terus merampas mawar kertas di tangan Azman. Mulanya Azman cuba mengelak supaya Hani tidak dapat merampas bunga itu. Namun akhirnya dia akur kerana Hani lebih pantas darinya.
          “ Aku yang jumpa dulu. Mengada tau dia ni!” Azman buat muka monyok persis kanak-kanak merajuk minta dibelikan gula-gula.
          “ Ada aku kisah? Dah jom naik!” mereka berdua pun masuk ke lif dan naik ke tingkat lima.
          “ Bukaklah! Aku pun nak baca!”
          “ Sibuklah! Nantilah aku bukak!” mereka berdua pun keluar dari lif itu dan terus masuk ke rumah Hani.
          “ Cik Tipah Ge..” kata-kata Azman terhenti di situ. Permandangan di ruang tamu apartment itu dingin luar biasa. Kelihatan Hadi sedang berpeluk tubuh di seuatu sudut manakala Puan Latifah pula sedang berdiri di hadapannya.
          “ Hadi cakaplah mana Hadi pergi! Kenapa dah tiga hari ponteng sekolah? Pergi mana?” Puan Latifah meninggikan suara kepada anak lelakinya itu. Hani dan Azman hanya terdiam di pintu. Mereka jelas terkejut melihat Puan Latifah marah sebegitu. Seingat Azman dia tidak pernah melihat puan Latifah semarah itu. Hadi pula hanya terdiam membisu .
          “ oi, mak tanya tu jawablah!” Hani terus berjalan dan berdiri di sebelah ibunya itu. Azman pula hanya berdiri di tepi pintu.
          “ Akak ni sibuklah!” Hadi mula bersuara menjawab soalan kakanya itu. Namun matanya tepat memandang Azman.
          “ Eh kau jangan kurang ajar dengan aku ea! Ape masalah kau ni?” Hani mula hilang sabar dengan karenah adiknya itu.
          “ Hadi cakaplah dengan mak apa masalah Hadi ni?” Puan Latifah pula bertanya kepada Hadi. Tapi kali ini dengan nada yang lebih lembut.
          “ tanyalah bapok tu!” Hadi meninggikan suara dan terus berlari masuk ke biliknya dan menghempas pintu. Puan Latifah dan Hani tergamam di situ. Azman pula hanya terpaku di pintu. Dia bagaikan baru sahaja dihempap dengan seketul batu yang besar. Kekeliruan jelas tergambar di wajahnya. Hani terus menuju ke bilik Hadi dan mengetuk pintu dari luar.
          “ oi kau bukak pintu ni! Apsal kurang hajar sangat kau ni! Kau bukak!” Lama juga Hani mengetuk pintu sambil marah-marah begitu namun Hadi hanya berdiam diri di dalam biliknya. “ mak kunci mana mak?”
          Hani segera mendapatkan kunci bilik di dalam laci almari. Puan Latifah hanya melihat sahaja semua itu. Dia tahu sifat baran anak perempuannya. Lagi pula sikap Hadi hari itu sudah jauh melampau. Jadi dia biarkan sahaja Hani memarahi anak bujangnya begitu. Setelah mendapat kunci, Hani terus membuka pintu bilik Hadi.
          “ Oi, kau apsal kurang hajar sangat hari ni? Kau rasa kau dah besar sangat ke? Apsal kurang hajar dengan mak?” Hani sudah hilang sabar. Ditonjol-tonjol kepala adiknya itu sambil dia bertanyakan soalan. Sementara Itu, Azman yang masih terkejut itu masuk ke dalam rumah dan menuju ke sofa tempat Puan Latifah terduduk menangis di situ. Azman kemudiannya duduk bersebelahan perempuan itu lantas memujuknya. Pertengkaran antara Hadi dan Hani jelas kedengaran di seluruh ruang tamu.
          “ Apa ni kak tonjol-tonjol kepala orang! Sakitlah! Mana ada orang kurang hajar dengan mak!” Hadi menepis-nepis tangan Hani dari terus menonjol kepalanya.
          “ Habistu kenapa kau ponteng sekolah? Kau cakap dengan aku sekarang! CAKAPLAH!” Hani semakin hilang sabar. Adiknya itu tidak pernah berperangai sedemikian sebelum ini. Kalaupun ada mungkin tidaklah seteruk itu. Jadi dia hairan dan ingin benar-benar tahu tentang apa masalah adiknya.
          “ Akak tanyalah Abang Man tu! Dia dah malukan Hadi tau tak!”
          “ Ape kaitan dengan Man pulak? Ape dia buat?” Hani terus menolak-nolak badan adiknya itu.
          “ Akak tolak-tolak Hadi camni macam mana nak cerita!” Hadi hampir terjatuh akibat ditolak sebegitu.
          “ Ok sekarang cakap kat akak apa masalah kau! Apa kaitan dengan Man?” Hani berhenti dari menolak adiknya itu.
          “ Kenapa suruh Abang Man yang ambil Hadi dari sekolah! Hadi malulah! Semua orang kutuk Hadi tau tak! Tak payah ambil pun takpe. Hadi boleh naik bas!” Hadi menghempas punggungnya di atas katil dah duduk merenung lantai. Nafasnya turun naik.
          “ kenapa? kau malu dengan dia? Pergi matilah orang lain nak kata apa! Man ada kat luar tu. Kecik hati dia kau buat dia camni!” Hani merendahkan suaranya. Takut kalau-kalau semua itu didengar oleh Azman yang berada di ruang tamu. Tetapi mereka berdua tidak sedar yang Azman sudah sedari tadi berdiri di pintu bilik itu.
          “ Apa salah aku Hadi? Kalau betul aku malukan engkau, aku mintak maaf. Tapi janganlah buat macamni kat mak dan kakak kau” Azman memulakan bicara. Dia sedar jika dialah punca semua itu, Hadi tidak sepatutnya melepaskan masalahnya kepada Hani dan Puan Latifah.
          “ Semua kawan-kawan Hadi cakap Hadi gay! Semua orang cakap Hadi kawan ngan pondan. Cakap Hadi anak ikan lah! Ni semua abang punya pasal tau tak! Kat sekolah semua orang pandang serong kat Hadi.  Budak perempuan geli nak rapat dengan Hadi. Fina dah tiga hari tak balas message Hadi. Call pun dia tak nak angkat. Hadi tau dia pun pandang serong kat Hadi sama macam orang lain. Hadi malu tau tak!” Hadi tidak mampu bertahan lagi. Dilepaskan semua yang terbuku di hatinya waktu itu.
          “ woi, kau ni melampau dah ni! Sejak bila kau jadi kurang ajar macam ni ha? Pergi mampos lah ape orang lain nak kata! Siapa Fina? Girlfriend kau yang muka kemek tu ke? Ha baguslah kalau dia tak nak layan kau lagi, kau ingat aku ingin nak adik ipar muka camtu?” Hani semakin hilang sabar. Dia meluru ke arah Hadi namun ditahan oleh Azman.
          “ Nanti Hani! Jangan! Aku tau ni semua salah aku. Hadi, aku tau ni salah aku. Aku ingat kau faham aku. Aku ingat kau terima cara aku. Tapi aku silap. Maaf!” Azman menundukkan mukanya ke lantai. Air matanya jatuh kerna dia tidak mampu lagi menahan sebak.
          “ Memang semua salah abang Man! Hadi malu tau tak!”
          “ Kau ni kan!” Sekali lagi Hani ingin menerpa ke arah Hadi, namun Azman sempat menahannya.
          “ Takpelah Hadi, abang Man faham. Sesiapapun kat dunia ni akan malu bila dapat kawan macam aku. Aku ingat kau faham. Sorry”
          Hadi hanya terdiam kaku di situ. Tidak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Matanya masih terus merenung lantai.
          “ Aku tahu semua orang benci aku. So aku cukup faham kenapa kau pun rasa malu dengan aku. Hidup aku dah tak ada sesiapa. Lepas mak aku mati, aku tak pernah lagi balik rumah. Sebab macam kau, bapak aku pun tak terima aku sebagai anak dia. Malu dia kata. Aku kena buang dari kampus, sebab orang tuduh aku buat hal tak elok. Masyarakat tak terima aku! Aku faham!” Azman cuba bercakap dengan nada yang tenang. Air matanya ditahan seboleh mungkin
          “ Semua tempat tak nak ambil aku kerja. Semua orang jelak dengan aku. Aku rasa bodoh sangat sebab rasa aku ada family kau ni untuk menumpang kasih bila bapak aku buang aku. Aku tak pernah cerita hal ni pada orang selain dari Hani. Sebab aku malu family aku buang aku. Dan aku rasa bodoh sangat bila fikir yang masih ada orang yang faham aku. Aku silap. Aku tahu kau malu. Aku tak salahkan kau. Aku mintak maaf!” Azman tidak dapat mengawal air matanya. Segala yang terpendam di hatinya diluahkan hari itu. Sudah hampir dua tahun ibunya meninggal. Dan dalam tempoh itu jugalah dia tidak pernah pulang ke rumahnya kerana keluarganya tidak mahu menerima keadaannya yang begitu. Cuma arwah ibunya sahaja yang faham. Cuma arwah ibunya yang menerima. Sementara itu Puan Latifah masuk ke bilik itu dan mendakap Azman. Disekanya air mata lelaki itu dengan tangannya.
          “ Takpe Man, jangan nangis lagi.  Cik Tipah dah lama anggap Man macam anak sendiri. Dah jangan nangis lagi” Puan Latifah membawa Azman ke ruang tamu. Azman terduduk di lantai dan menangis terharu sambil tangannya menggenggam erat tangan puan Latifah.
          “ Man rindu mak Man!” Azman longlai di situ. Segala yang dipendamnya selama ini dilepaskan di situ. Kesedihannya, rasa malu, kemarahannya, kebenciannya yang dia tanggung selama ini dilepaskan bersama air matanya. Selama ini dia puas berpura-pura tabah. Namun hari ini dia tewas juga. Puan Latifah pun berlutut di lantai menghadap Azman. Dia mampu melihat jelas kesedihan di wajah anak muda itu. Semua yang Azman ceritakan tadi sudah lama disampaikan kepadanya oleh Hani. Sejak itu dia sudah menganggap Azman sebagai anaknya sendiri. Sebab itu dia selalu melayan Azman dengan baik. 
Setiap kali dia melihat Azman, wajah arwah ibu Azman pasti bermain di mindanya. Lama dia bersahabat baik dengan Azila. Sejak sekolah menengah lagi. Bila sudah berkahwin pun mereka tinggal berjiran.  Azman membesar di depan matanya. Dia tahu Azila begitu menyayangi anak bongsunya itu. Anak itu sudah tidak punya siapa-siapa. Dia sedar Azman perlukan kasih sayang dan dia tahu dialah orang yang paling layak untuk itu.
Sementara itu Hadi di dalam bilik masih duduk di atas katilnya. Wajahnya jelas kelihatan bingung. Dia bagaikan baru sahaja ditampar bekali-kali. Kenyataan Azman tadi benar-benar membuatkan dia tersedar yang dia sudah terlalu melampau dengan menyakiti hati lelaki itu. Sementara Hani sudahpun pergi ke arah Azman dan ibunya untuk menenangkan lelaki itu. Dia kemdiannya kembali ke dalam bilik Hadi.
“ kau tengok apa kau dah buat? Puas hati kau sekarang?” Hani berdiri di hadapan adiknya itu. Sementara itu Hadi masih lagi di tempatnya. Matanya hanya memandang ke lantai. Titisan-titisan jernih mula menitis dari kelopak matanya.
“ kau rasa kau sempurna sangat ke? Eh hello, takdelah manusia yang sempurna kat dunia ni! Kau cakap kat kawan-kawan kau yang bodoh tu, kalau rasa sempurna sangat tak payah pergi sekolah dah. Tak payah cari ilmu. Diorang kan dah pandai serba serbi! Kalau rasa muka tu dah cantik sangat, pergilah audition mana-mana nak jadi artis. Kalau setakat muka longkang baik tak payah. Semua manusia ada hatilah dik, siapa tak marah bila kena hina macam tu. Man tu dah lama bersabar dengan semua orang tau. Kita ni je yang dia ada sekarang. Sampai hati kau buat dia macam tu!” Hadi hanya duduk diam di situ. Tidak sepatah pun dia bersuara kepada Hani. Kepalanya hanya ditundukkan ke bawah.
“ suka hati kaulah! Aku malas nak layan kau” Hani keluar dari bilik itu dan menuju ke arah Azman dan ibunya yang sudah duduk di ruang tamu.
“ Cik Tipah, Man balik dulu lah. Ada baju nak kena jahit lagi ni. Lusa orang tu dah nak pakai” Azman bangkit dari duduknya dan besalaman dengan puan Latifah.
“ nanti dulu Man. Dah nak maghrib ni. Solat kat sini dulu, lepas makan nanti baliklah” Puan Latifah menarik tangan Azman.
“ Takpe, nanti bila-bila Man datang lagi” Azman melepaskan tangan puan Latifah dan terus menuju ke pintu. Hani dan ibunya hanya memerhatikan sahaja Azman yang sedang mengenakan stokinnya di depan pintu.
“ Abang Man!” tiba-tiba Hadi yang dari tadi duduk di biliknya keluar dan memanggil Azman. Azman yang sedang memakai kasut itu memalingkan mukanya ke arah remaja itu.
“maafkan  Hadi! Hadi janji Hadi takkan malukan abang lagi. Hadi minta maaf sebab Hadi hina abang. Tolong maafkan Hadi!” Hadi berdiri di depan biliknya sambil diperhatikan oleh Hani, ibunya dan Azman. Puan Latifah tersenyum melihat keadaan itu. Dia terus mendapatkan Azman yang kaku di pintu dan menariknya masuk ke dalam rumah.
“ Sorry sebab aku buat kau malu” Azman hanya berdiri sambil menunduk di depan Hadi.
“ Jadi abang Hadi! Boleh?” sekali lagi Hadi menyuarakan itu di hadapan Azman yang hanya tertunduk diam tanpa memberi sebarang respon kepada soalan itu. Dia jelas terkejut mendengarkan permintaan Hadi itu.
“ Dah salam cepat. Dah maghrib ni. Aku lapar!” Hani terus menyambar tangan Hadi dan Azman dan membiarkan mereka bersalaman. “ Kau buat lagi sekali macam tu dik, aku lempang muka kau! And jangan mimpi aku nak restu kalau kau bawak balik budak muka kemik tu nak buat isteri. Macam dah takde perempuan lain agaknya” Hani tersenyum melihat Hadi dan Azman berdakapan erat. Azman menepuk-nepuk belakang Hadi sambil tersenyum terharu.
“ Dah, pergi mandi dulu, lepas sembahyang nanti kita makan sama-sama. Mak nak masak special untuk tiga orang anak mak ni!” Puan Latifah segera masuk ke biliknya dan meninggalkan mereka di situ. Hatinya kini tenang melihat semua permasaalahan yang berlaku hari itu sudah selesai. Dia berdoa agar keluarganya akan terus tenang tanpa sebarang masalah selepas ini.
                             ********************
 -TAMAT EPISODE 3-


ini lagu yang aku tuliskan khas untuk episode ini

TETAP AKU

TETAP AKU

Aku takpernah bisa
Menjadi seperti
Mereka yang kau sering pinta

Dan aku tak pernah bisa
Merubah segalanya
Kerna ku telah terbiasa

Pernah ku cuba jalani
Tidak kutemui dirku siapa
Kerna aku
Tetap aku selamanya

Lelah ku cuba berdiri
Menjadi seperti selalu kau pinta
Ku rebah ke bumi
Ternyatalah ku tak bias

Bila kau bertanya
Mengapa ku tak bisa
Dan sering aku berkata padamu
Aku kan tetap aku selamanya


Usah kau meminta lagi
Kerna aku tak mampu lagi berdiri
Sebagai insan yang sering kau dambai

Takkan ku mecuba lagi
Kerna aku tak mahu rebah kebumi
Seperti insan tak punya jati diri

Ulang chorus:
Tak bisa 3x
Menjadi seperti yang kau pinta
Tak bisa 3x
Aku kan tetap aku selamanya


AKU TETAP AKU: DEEDYMARJI

teruskan membaca episode 4
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments: